Friday, April 19, 2024

ZIKIR taubat Nabi Yunus as ..


Firman Allah SWT yang bermaksud:
 
 “Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucapkan tasbih bagi Allah dan tiada sesuatu pun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya, akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun.
 
 (Surah al-Israa’, ayat 44)
 

Nabi Yunus berdoa kepada Allah SWT,

 La ilaha illa anta, Subhanaka, inni kuntu minaz zhalimin ...

yang bermaksud: 

“Tiada Tuhan melainkan Engkau
 
(ya Allah)! 
 
Maha Suci Engkau, 
 
Sesungguhnya aku adalah daripada orang-orang yang menganiaya diri sendiri.”


Kelebihan Doa Nabi Yunus
 
1. Dimakbulkan Doa & Permintaan
Menurut hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad, 
 
Rasulullah ﷺ berpesan bahawa sesiapa yang berdoa dengan doa Nabi Yunus ini, 
 
maka Allah akan memperkenankan doa mereka.

Sabda Rasulullah:

Sesungguhnya tidak ada muslim yang berdoa dengannya untuk apa saja (hajatnya), melainkan akan dimakbulkan Allah doanya itu.”

(HR Ahmad, dinilai Sahih oleh Ahmad Syakir)
 
2. Doa Yang Terbaik
 
Intipati doa terbaik adalah doa yang mengandungi elemen tauhid, tasbih dan istighfar.

Doa Nabi Yunus mengandungi ketiga-tiga komponen ini.

Ini sekaligus akan menzahirkan diri kita adalah sebagai seorang hamba yang sangat memerlukan kepada Tuhan yang Esa.


Allah SWT menceritakan hal itu dalam firman-Nya :

Dan (ingatlah kisah) Zun Nun (Yunus), ketika ia pergi dalam keadaan marah, lalu ia menyangka bahwa Kami tidak akan mempersempitnya (menyulitkannya) maka ia menyeru dalam keadaan yang sangat gelap: 
 
‘ Tidak ada tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau. Sungguh aku termasuk orang-orang yang zalim.”

(Surah al-Anbiya’ ayat 87)
 





No comments:

ZIKIR ..

Zikir (ذکر) berasal daripada bahasa Arab yang bermaksud ingat atau sebut. Di dalam Islam, zikir lebih merujuk kepada ingat kepad...