Selain disunnahkan untuk dibacakan pada Solat Jumaat rakaat pertama,
Surah Al A’la juga mempunyai kelebihan lainnya yang sangat berguna bagi kita sebagai makhluk milik Allah SWT :
1. Penawar Hati Yang Gelisah
Kelebihan Surah Al A’la yang pertama adalah dapat menjadi penawar hati yang sedang gelisah.
Selalu berzikir dengan menyebut nama Allah SWT dan membaca Surah Al A’la dengan tulus dan ikhlas akan menjadikan hati kita yang sedang gelisah terutama kerana hal duniawi akan kembali menjadi berseri.
2. Penerang Hati Yang Sedang Diselubungi Banyak Masalah
Tak Hanya sebagai penawar hati yang sedang gelisah. Kelebihan Surah Al A’la juga sebagai penerang hati.
Bagi anda yang sedang dirundung masalah duniawi maka mengamalkan Surah Al A’la akan dapat menjadi salah salah satu upaya untuk mendapatkan ketenangan hati.
3. Mendapatkan Pahala Kebaikan
Sebanyak Huruf Yang Telah Diturunkan Kepada Nabi Ibrahim, Nabi Musa,
Dan Nabi Isa
Ya benar kelebihan surah al a’la selanjutnya adalah bagi siapapun yang membaca surah Al-A’ala dengan tulus dan ikhlas kerana Allah SWT, maka dia akan mendapatkan pahala kebaikan sebanyak huruf yang telah diturunkan kepada Nabi Ibrahim, Nabi Musa, dan Nabi Isa
KELEBIHAN surah Al A’la ini berdasarkan riwayat berikut;
Dari Ubay bin Ka’ab, dia berkata; Rasulullah SAW berkata kepadaku,
‘Barangsiapa membaca surah
‘Sabbihisma robbikal a’laa,
Maka Allah akan memberinya pahala sepuluh kebaikan dengan hitungan setiap huruf yang diturunkan Allah atas
Nabi Ibrahim, Musa, Isa,
semoga Allah memberikan kepada mereka semua.
4. Surah Yang Dicintai oleh Rasulullah saw
Keutaamaan Surah Al A’la berikutnya adalah merupakan surah yang sangat dicintai oleh Rasulullah saw.
Kelebihan ini berdasarkan riwayat berikut;
Dari Sayidina Ali bahwa dia pernah berkata; Nabi SAW mencintai surah ini, iaitu
Sabbihisma robbikal a’laa.
Selain di sunnahkan dibacakan pada pelaksanaan Solat Jumaat, surah Al-A’la juga di sunnahkan dibaca saat Solat Witir.
Hal ini berdasarkan riwayat bahawa surah al A’la merupakan surah yang dibaca oleh Nabi SAW ketika melaksanakan Solat Witir.
Dari Imran bin Husain bahawa sesungguhnya Nabi SAW melaksanakan solat Witir dengan membaca surah
Sabbihisma robbikal a’laa,
Qul yaa ayyuhal kafirun, dan
Qul huwallaahu ahad.
~~~
Nabi Penerima Suhuf
Disebutkan dalam sebuah riwayat, ada 4 nabi yang menerima suhuf.
Disebutkan dalam sebuah riwayat, ada 4 nabi yang menerima suhuf.
Hadits ini berasal dari Abu Dzar ra. dia bertanya kepada Rasulullah SAW:
"Berapa jumlah kitab yang telah Allah turunkan?"
Rasulullah menjawab:
مِائَةُ كِتَابٍ وَأَرْبَعَةُ كُتُبٍ أُنْزِلَ عَلَى شِيثٍ خَمْسُونَ صَحِيفَةً وَأُنْزِلَ عَلَى أَخْنُوخَ ثَلَاثُونَ صَحِيفَةً وَأُنْزِلَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ عَشَرُ صَحَائِفَ وَأُنْزِلَ عَلَى مُوسَى قَبْلَ التَّوْرَاةِ عَشَرُ صَحَائِفَ وَأُنْزِلَ التَّوْرَاةُ والإنجيل والزبور والقرآن
Artinya:
مِائَةُ كِتَابٍ وَأَرْبَعَةُ كُتُبٍ أُنْزِلَ عَلَى شِيثٍ خَمْسُونَ صَحِيفَةً وَأُنْزِلَ عَلَى أَخْنُوخَ ثَلَاثُونَ صَحِيفَةً وَأُنْزِلَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ عَشَرُ صَحَائِفَ وَأُنْزِلَ عَلَى مُوسَى قَبْلَ التَّوْرَاةِ عَشَرُ صَحَائِفَ وَأُنْزِلَ التَّوْرَاةُ والإنجيل والزبور والقرآن
Artinya:
"Ada 104 kitab.
Diturunkan kepada Nabi Syits 50 suhuf,
diturunkan kepada Nabi Idris 30 Suhuf,
diturunkan kepada Nabi Ibrahim 10 suhuf,
diturunkan kepada Nabi Musa sebelum taurat 10 suhuf.
Allah juga menurunkan Taurat, Injil, dan Al Quran."
(HR. Ibnu Hibban).
WALLAHU A'LAM ..
WALLAHU A'LAM ..
No comments:
Post a Comment