Saturday, December 7, 2024

REDHA ALLAH SWT ..



Kelebihan Mengucapkan Kalimah Ini ..
 
 Selain itu, terdapat kelebihan yang besar bagi mereka yang mengucapkan kalimah ini, iaitu:
 
 رَضِيتُ بِاللهِ رَبَّا، وَبِالإِسْلَامِ دِيْنَا، وَبِمُحَمَّدٍ – صَلَى اللهُ عَلَيْهِ وِسَلَم – رَسُولًا 
 
Maksudnya: 
 
“Aku redha Allah sebagai Rab, Islam sebagai agama dan Muhammad SAW sebagai Rasul.”
 
 Antara kelebihannya: 
 
Wajib Baginya Syurga Daripada Abu Sa’id al-Khudri, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
 
 مَنْ قَالَ: رَضِيتُ بِاللَّهِ رَبًّا، وَبِالإِسْلاَمِ دِينًا، وَبِمُحَمَّدٍ رَسُولاً، وَجَبَتْ لَهُ الْجَنَّةُ. Maksudnya:
 
 Sesiapa yang mengucapkan 
 
“Aku redha Allah sebagai Rab, Islam sebagai agama dan Muhammad SAW sebagai Rasul,” 
 
pasti dia mendapat syurga. 
 
Riwayat Muslim (1884), Abu Daud (1529) dan al-Nasa’ie (3131) 
 
Allah SWT Jamin untuk Redha Padanya Ketika Hari Kiamat 
 
 Daripada Abu Sallam bahawa Rasulullah SAW bersabda: 
 
 مَا مِنْ عَبْدٍ أَوْ إِنْسَانٍ أَوْ مُسْلِمٍ يَقُولُ حِينَ يُمْسِي وَحِينَ يُصْبِحُ: رَضِيتُ بِاللهِ رَبًّا وَبِالْإِسْلَامِ دَيْنًا وَبِمُحَمَّدٍ نَبِيًّا إِلَّا كَانَ حَقًّا عَلَى اللهِ أَنْ يُرْضِيَهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ 
 
Maksudnya: 
 
“Tiada seorang pun hamba (Allah) atau manusia atau muslim mengucapkan di waktu pagi dan petang: 
 
“Aku redha Allah sebagai Rab, Islam sebagai agama dan Muhammad sebagai Rasul,” 
melainkan Allah jamin untuk meredhainya pada hari kiamat nanti. 
 
 Riwayat al-Nasa’i dalam al-Sunan al-Kubra (9832), Ahmad (23111) dan al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir (921). 
Syeikh Syu’aib al-Arna’ut menyatakan bahawa hadith ini sahih li ghairihi dalam takhrij al-Musnad. 
 
Rasulullah SAW Jamin untuk Memegang Tangannya Masuk ke dalam Syurga Daripada al-Munaizir sahib Rasulillah SAW,
bahawa beliau mendengar 
 
Rasulullah SAW 
bersabda:
 
 مَنْ قَالَ إِذَا أَصْبَحَ: رَضِيتُ بِاللهِ رَبًّا، وَبِالْإِسْلَامِ دِينًا، وَبِمُحَمَّدٍ نَبِيًّا، فَأَنَا الزَّعِيمُ لِآخُذَ بِيَدِهِ حَتَّى أُدْخِلَهُ الْجَنَّةَ 
 
Maksudnya:
 
Sesiapa yang mengucapkan di waktu pagi: 
 
“Aku redha Allah sebagai Rab, Islam sebagai agama dan Muhammad sebagai Rasul”, 
 
aku jamin akan memegang tangannya hingga masuknya ke dalam syurga. 
 
 Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir (838). 
 
Isnadnya adalah sahih sepertimana dinyatakan dalam al-Silsilah al-Sahihah (2686) 
 
 Bukti Keimanan Seseorang 
 
 Daripada Ibn ‘Abbas R.Anhuma,
 bahawa Rasulullah SAW bersabda:
 
 بِحَسْبِ امْرِئٍ مِنَ الْإِيمَانِ أَنْ يَقُول
 رَضِيتُ بِاللَّهِ رَبًّا، وَبِمُحَمَّدٍ رَسُولًا، وَبِالْإِسْلَامِ دِينًا 
 
Maksudnya: 
 
Cukup sebagai bukti telah beriman apabila seseorang mengucapkan: 
 
“Aku redha Allah sebagai Rab, Islam sebagai agama dan Muhammad sebagai Rasul.”
 
 Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Ausat (7472) dan al-Dailami dalam al-Firdaus (2739).
 
Semoga Allah SWT mengurniakan kekuatan kepada kita dan menolong kita untuk sentiasa zikir kepada-Nya. 
 
Kami akhiri dengan doa: 
 
 اللَّهُمَّ أَعِنَّا عَلَى ذِكْرِكَ، وَشُكْرِكَ، وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ 
 
Maksudnya: 
 
“Ya Allah, tolonglah kami untuk zikir kepada-Mu,bersyukur kepada-Mu dan elok dalam beribadat kepada-Mu.” 
 
WALLAHU A'LAM ..

No comments:

ASMAULHUSNA YA HAYYU YA QAYYUM YA DZUL JALALI WAL IKRAM ..

Zikir "Ya Dzal Jalali Wal Ikram"  (Wahai Yang Memiliki Kebesaran dan Kemuliaan)  ialah nama Allah yang mulia, sering diamalkan unt...