Thursday, December 5, 2024

SOLAT SUNAT TAUBAT 2 RAKAAT .. SERTA ISTIGHFAR ..




Sabda Rasulullah SAW:

 

مَنْ سَنَّ فِي الْإِسْلَامِ سُنَّةً حَسَنَةٌ، فَعَمِلَ بِهَا بَعْدَهُ، كُتِبَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِ مَنْ عَمِلَ بِهَا، وَلَا يَنقُصُ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْءٌ


Maksudnya:

 “Siapa yang menghidupkan sunnah dalam Islam, dia mendapat pahalanya sekali gus pahala siapa sahaja yang mengamalkannya dengan tanpa mengurangi pahala mereka sedikit pun.

(HR. Muslim no. 1017)

 

Solat Dua Rakaat Ketika Bertaubat Daripada Dosa

Dalam masalah ini, terdapat hadis yang diriwayatkan oleh Abu Bakar As-Siddiq dan Abu Darda’. 

Hadis daripada Hasan Al-Basri, daripada sabda Rasulullah SAW.

 

Beberapa ulama membincangkan kedudukan hadis berkaitan masalah ini:

1. Hadis daripada Abu Bakar As-Siddiq RA,

Daripada jalur Asma bin Al-Hakam Al-Fazani, daripada Ali dan Abu Bakar As-Siddiq, Nabi SAW bersabda yang bermakna:

 

“Seseorang yang melakukan suatu dosa, kemudian bangkit untuk berwuduk, mengerjakan solat dua rakaat, beristighfar kepada Allah, nescaya Allah mengampuni dosanya.”

 

Hadis ini diriwayatkan oleh Ahmad no. 2, 47, 48; Tirmizi no. 406 bab: Ma Ja’a fis Salah ‘indat taubah (mengerjakan solat semasa bertaubat); 

 Nasai dalam Al-Kubra no. 10175; Ibnu Majah no. 1395; 

Humaidi dalam Musnad no. 1, 4; 

Abu Daud no. 1521; 

Ibnu Syahin dalam At-Targhib no. 175; 

Ibnu Hibban no. 623;

 Tabrani dalam Al-Ausat no. 584;

 Al-Baghawi no. 1015 dan yang lainnya.

 

Hadis ini didaifkan oleh al-Bukhari dan Uqaili, tetapi Al-Mizzi membantah pernyataan al-Bukhari dalam Tahzibul Kamal 2/534-535, dengan menyebutkan beberapa hadis penguat. 

Namun, Al-Hafiz dalam Tahzibut Tahzib 1/171 menguatkan pendapat al- Bukhari dan melemahkan pendapat Al-Mizzi.

Al-Hafiz Ibnu Kathir dalam Tafsirnya (1/362 cetakan Ar-Rasyid) juga mensahihkan hadis ini dengan berkata,

 “Kami sudah memaparkan jalur-jalur periwayatan hadis ini. Carilah penjelasannya dalam Musnad Abu Bakar As-Siddiq.”

 

Kesimpulannya, hadis tersebut darjatnya hasan, iaitu daripada jalur riwayat Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib, daripada Abu Bakar As-Siddiq, khalifah Nabi SAW.

 

Ibnu Adi menyebutkan dalam Al-Kamil 1/431, “hadis ini mempunyai jalur periwayatan hasan, dan darjatnya menjadi sahih.”

 

Hadis ini turut dihasankan oleh Al-Hafiz Musa bin Harun, sebagaimana yang dinukilkan oleh Ibnu Hajar dalam At-Tahzib.

 

Az-Zahabi juga menghasankan hadis ini dalam Tazkiratul Hufaz 1/11. Sementara Al-Allamah Ibnu Baz mensahihkan hadis ini dalam fatwanya 11/420 dan Al-Allamah Al-Albani dalam takhrijnya melalui hadis yang diriwayatkan oleh Tirmizi dan Ibnu Majah.

 

1. Hadis Abu Darda’ yang diriwayatkan oleh Ahmad 6/450 dan Tabrani dalam Al-Ausat no. 5026 dan beberapa hadis yang memperkuatkan riwayatnya. 

Hadis ini juga disahihkan oleh Syeikh Albani dalam As-Sahihah 7/1179.

2. Hadis mursal hasan yang diriwayatkan oleh Al-Humaidi dalam Musnad no. 1. Wallahu a’lam.

 

Takhrij hadis di atas dipaparkan secara singkat, tetapi cukup untuk menetapkan kesahihan berdasarkan pendapat ahli hadis dan ulama yang telah disebutkan. 

 

Sumber: 100 Sunnah Yang Hampir Dilupakan oleh Haifa Abdullah Al-Rasyid

 

WALLAHU A'LAM ..

No comments:

SURAH AL HASYR AYAT 21-24 ..