Monday, December 30, 2024

KETENTUAN ALLAH SWT ~ AL QADR ..

AL QADR ..


Al-Qadr is the concept that Allah knows everything and has already decided everything that will happen.

 This is called predestination . 

Al-Qadr is linked to the six beliefs of Sunni Islam.

 This is because it shows that Allah is omniscient, meaning 'knowing everything', and omnipotent, meaning 'having unlimited power.'

 

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

 “Setiap golongan manusia mempunyai batas waktu.

Maka apabila batas waktunya telah datang, mereka tidaklah dapat mengundur atau memajukannya sesaatpun.” 

( Al-Araf: 34 )

 

Sesungguhnya Allah s.w.t telah menentukan bahawa sesuatu hasil itu harus datang dengan usaha.


Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
 
 “Tegakkanlah dirimu untuk agama ini, dengan keinginan sendiri. Pertahankanlah pembawaan-Nya (naluri ciptaan Allah) yang manusia telah diciptakan-Nya di atas itu. 
 
Janganlah diganti fitrah Allah itu.
 
 Agama ini (yang dibawa oleh Muhammad), adalah agama yang lurus. Hanya kebanyakan manusia tidaklah mengetahuinya.”

  ( Ar-Rum: 30 )

 

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
 
 “Sebahagian orang-orang mukmin itu ada yang sampai ajalnya(mati syahid) di tengah-tengah perjuangan dan ada pula yang harus menunggu. Mereka tidak dapat mengganti dan mengubahnya.”
 
(Al-Ahzab: 23 )
 
 
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: 
 
“Tuhanmu telah memaklumkan:
 
Sungguh kalau kamu bersyukur, nescaya Aku akan benar-benar memberikan tambahan kepadamu, dan sungguh kalau kamu menolak (tidak suka mensyukuri kurniaan Allah s.w.t. itu, bukan pada tempatnya),maka sesungguhnya siksaKu benar-benar sangat pedih.”
 
( Ibrahim: 7 )
 
Daripada Abdullah bin Mas’ud RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
 

إِنَّ أَحَدَكُمْ يُجْمَعُ خَلْقُهُ فِي بَطْنِ أُمِّهِ أَرْبَعِينَ يَوْمًا، ثُمَّ يَكُونُ فِي ذَلِكَ عَلَقَةً مِثْلَ ذَلِكَ، ثُمَّ يَكُونُ فِي ذَلِكَ مُضْغَةً مِثْلَ ذَلِكَ، ثُمَّ يُرْسَلُ الْمَلَكُ فَيَنْفُخُ فِيهِ الرُّوحَ، وَيُؤْمَرُ بِأَرْبَعِ كَلِمَاتٍ: بِكَتْبِ رِزْقِهِ، وَأَجَلِهِ، وَعَمَلِهِ، وَشَقِيٌّ أَوْ سَعِيدٌ، فَوَالَّذِي لَا إِلَهَ غَيْرُهُ إِنَّ أَحَدَكُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ الْجَنَّةِ حَتَّى مَا يَكُونُ بَيْنَهُ وَبَيْنَهَا إِلَّا ذِرَاعٌ، فَيَسْبِقُ عَلَيْهِ الْكِتَابُ، فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ، فَيَدْخُلُهَا، وَإِنَّ أَحَدَكُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ، حَتَّى مَا يَكُونُ بَيْنَهُ وَبَيْنَهَا إِلَّا ذِرَاعٌ، فَيَسْبِقُ عَلَيْهِ الْكِتَابُ، فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ الْجَنَّةِ، فَيَدْخُلُهَا

 
Maksudnya:

 “Sesungguhnya setiap kamu dikumpulkan penciptaannya di perut ibunya dalam keadaan air mani selama empat puluh hari, kemudian berubah menjadi seketul darah selama empat puluh hari, kemudian menjadi segumpal daging selama empat puluh hari. 

Kemudian diutus kepadanya malaikat untuk ditiupkan kepadanya roh dan (malaikat) diperintahkan untuk menetapkan empat perkara: 

Menetapkan rezekinya, ajalnya, amalnya dan kesudahannya sama ada derita atau bahagia. 

Demi Allah yang tidak ada tuhan melainkan-Nya, sesungguhnya di antara kamu ada yang melakukan amalan ahli syurga sehingga jarak antara dirinya dengan syurga tinggal sehasta, akan tetapi telah ditetapkan baginya ketentuan, lalu dia melakukan amalan ahli neraka, maka masuklah dia ke dalam neraka. 

Sesungguhnya di antara kamu ada yang melakukan amalan ahli neraka sehingga jarak antara dirinya dengan neraka tinggal sehasta, akan tetapi telah ditetapkan baginya ketentuan, lalu dia melakukan amalan ahli syurga, maka masuklah dia ke dalam syurga.”

 [Riwayat Muslim (2643)]

 

Dalam memahami masalah ini, kita wajib beriman bahawa Allah SWT bersifat Maha Mengetahui. 

Allah SWT Maha Mengetahui keadaan setiap manusia sebelum Allah SWT menciptakan mereka lagi. 

Hal ini berdasarkan sebuah hadith Nabi SAW, daripada Ali bin Abi Thalib RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

 

مَا مِنْ نَفْسٍ مَنْفُوسَةٍ إِلَّا كُتِبَ مَكَانُهَا مِنَ الجَنَّةِ وَالنَّارِ، وَإِلَّا قَدْ كُتِبَ شَقِيَّةً أَوْ سَعِيدَةً

 

Maksudnya:

 “Tidak ada jiwa yang bernyawa melainkan telah ditulis (atau ditentukan) akan tempatnya di syurga atau neraka dan telah ditulis (atau ditentukan) juga bahawa dia akan menderita atau bahagia.” 

[Riwayat al-Bukhari 1362)]

 

WALLAHU A'LAM ..

 

No comments:

zikir Ya MUHYI

Jika seseorang mempunyai satu bebanan yang berat dan mengulangi ‘Ya Muhyi’ 7 kali setiap hari, InsyaAllah bebanannya akan dikura...