Tuesday, January 7, 2025

ZIKRULLAH - SENTIASA HATI HIDUP DALAM Z'KIR KEPADA ALLAH SWT ..



FIRMAN ALLAH SWT ..


وَاذْكُر رَّبَّكَ فِي نَفْسِكَ تَضَرُّعًا وَخِيفَةً

Maksudnya : 

Dan ingatlah Tuhan kamu di dalam diri kamu secara rendah diri dan penuh rasa takut.

Surah Al-A’raaf (205)

 

Imam Al-Thabari dalam tafsiran beliau ke atas ayat ini menukilkan pendapat Mujahid bin Jabr yang menyebut :

 

أمروا أن يذكروه في الصدور تضرعًا وخيفة

 

Maksudnya : 

Mereka diperintahkan untuk mengingatinya (Allah) di dalam dada dengan penuh rendah diri dan juga penuh rasa takut.

Rujuk Tafsir Al-Thabari (13/354)




Berkata Sheikhul-Islam Ibnu Taimiyyah;

“Peranan zikrullah bagi hati sama seperti air bagi ikan. Bagaimana keadaan ikan jika dikeluarkan dari air?”

Maksudnya ialah ikan akan mati jika dikeluarkan daripada air, maka begitu juga dengan hati, hati akan mati jika tidak berada di dalam zikrullah.

Mereka yang di dalam hidupnya tiada langsung pun berusaha untuk mengingati Allah diibaratkan seperti ikan yang terpisah daripada air. Hati akan mati jika lalai dari mengingati Allah.

Zikrullah bererti mengingati Allah. Ia sebenarnya bukan hanya kita melafazkan kalimah zikir seperti tahmid, tasbih, tahlil dan lain-lain lagi tetapi ianya bermaksud suatu ungkapan yang di dalamnya mengandungi apa sahaja perbuatan yang kita lakukan yang membawa kita ke arah ketaatan kepada Allah SWT. 

 

Solat, puasa, zakat, haji, menuntut ilmu dan menyampaikan kebenaran Islam juga adalah sebahagian daripada zikrullah.

 

Zikir lidah adalah dengan perkataan seperti kita mengucapkan tasbih (Subhanallah) dan tahmid (Alhamdulillah).

 


 

Sesungguhnya Rasulullah SAW adalah orang yang paling sempurna di dalam zikirnya dalam mengingati Allah. 

Setiap kata-katanya, perbuatan dan tingkah laku baginda semuanya adalah dalam mencapai ketaqwaan kepada Allah SWT.

 

Zikrullah adalah makanan bagi rohani.


 Di dalam riwayat Imam Al Bukhari Dari Abu Musa Al-Asy’ari RA:

“Perumpamaan seorang yang berzikir mengingati Tuhannya dan orang yang tidak berzikir sama seperti orang hidup dan orang mati”

 

Di dalam hadis daripada 

AbU Said Al Khudri Ra dan 

AbU Hurairah RA bersaksi bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Tidak duduk satu kaum berzikir mengingati Allah S.W.T melainkan akan dilindungi oleh malaikat rahmat akan menyelubungi mereka, ketenangan akan turun ke atas mereka dan Allah S.W.T akan menyebut-nyebut mereka di kalangan malaikat yang berada di sisiNya”

 

Riwayat Sahih Muslim

 

Dengan mengingati Allah di dalam kehidupan seharian, kita bukan hanya akan mendapat ketenangan dan kebahagian. 

Malah Allah juga mengangkat darjat kita di sisi Allah S.W.T. 

Abu Said Al Khudri R.A berkata:

Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda:

 

Terdapat satu kaum di dunia yang berzikir di atas hamparan-hamparan yang dibentangkan lalu Allah SWT menempatkan mereka di darjat-darjat yang tinggi di akhirat.

 

Riwayat Ibnu Hibban, Al Suyuti berkata: Hadis Sahih

 

Allah menyatakan bahawa orang yang sentiasa berzikir kepada Allah dijanjikan dengan kejayaan. 

 

Firman Allah yang bermaksud :

“Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati daripada limpah kurnia Allah SWT, serta ingatlah akan Allah SWT banyak-banyak (dalam setiap keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat)”

 

Surah al Jumuah : 10

 

Mereka yang meninggalkan zikrullah pula akan menyebabkan hati mereka menjadi keras.

 Imam Al Tirmizi meriwayatkan daripada Abdullah bin Umar RA berkata.

 Rasulullah SAW bersabda:

“Janganlah kamu banyak berkata-kata tanpa zikrullah kerana banyak berkata-kata tanpa zikrullah menyebabkan hati menjadi keras.

 

Sesungguhnya manusia yang paling jauh daripada Allah SWT adalah manusia yang keras hatinya”

 


WALLAHU A'LAM ..

 

No comments:

FIRMAN ALLAH SWT .. MENGHARAMKAN KEZALIMAN ..

Hadits Ke-24   Dari Abu Dzar Al-Ghifari radhiyallahu anhu, dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, beliau meriwayatkan dari    Allah ‘azza ...