Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala yang tafsirnya:
“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka):
Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka);
Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu.”
(Surah al-Baqarah: 186)
Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam bersabda yang maksudnya:
“Tidak ada sesuatu (zikir dan ibadat) yang lebih mulia di sisi Allah Ta‘ala daripada doa.”
(Hadis riwayat at-Tirmidzi)
Berkata Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu yang maksudnya:
“Bahawa sebakhil-bakhil
manusia adalah siapa yang bakhil memberi salam, dan selemah-lemah
manusia adalah siapa yang lemah (malas) untuk berdoa.”
(Hadis riwayat Abu Ya‘la)
No comments:
Post a Comment