Monday, December 2, 2024

FIR,MAN SURAH AL ALAQ .. MENUNTUT ILMU ..

 


 

Sesungguhnya kita akan mendapat banyak kebaikan dengan menuntut ilmu. 

Ada beberapa kelebihan menuntut ilmu dari ayat al-Quran,

 hadis Rasulullah SAW, dan kalam sahabat Rasulullah yang boleh direnungi bersama: 

 

Pertama: Tuntutlah ilmu, kerana sesungguhnya Allah akan meninggikan darjat seseorang di dunia dan akhirat kerananya.

 

 Allah SWT berfirman dalam Surah al-Mujadalah ayat 11: 

 

يَرْفَعِ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ مِنكُمْ وَٱلَّذِينَ أُوتُوا۟ ٱلْعِلْمَ دَرَجَـٰتٍۢ ۚ

Maksudnya: “Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) – beberapa darjat”. 

(Surah al-Mujadalah 53:11)

 

Kedua: Tuntutlah ilmu, kerana sesungguhnya Allah akan memudahkan jalan kita ke syurga kerananya. 


Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: 

“Barangsiapa yang menempuh satu jalan untuk menuntut ilmu maka Allah SWT akan memudahkan baginya jalan untuk ke syurga”. 

 

(Hadis Riwayat Imam Muslim) 

 

Ketiga: Tuntutlah ilmu, kerana sesungguhnya Allah memuliakan penuntut ilmu dengan memerintahkan para malaikat-Nya untuk membentangkan sayap sebagai tanda redha kepada penuntut ilmu. 

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: 

 

“Sesungguhnya malaikat meletakkan sayapnya sebagai tanda redha kepada penuntut ilmu”.

(Hadis Riwayat Ibnu Majah) 

 

Keempat: Tuntutlah ilmu, kerana sesungguhnya Allah akan menambahkan kebaikan kepada orang yang menuntut ilmu. 

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: 

 

“Barangsiapa yang Allah kehendaki kebaikan padanya, maka Allah akan memberinya kefahaman dalam agama”.

(Hadis Riwayat Imam Muslim)

 

Kelima: Tuntutlah ilmu, kerana sesungguhnya ilmu lebih baik dari harta. 

 

Saidina Ali radhiyallahu anhu pernah berkata: 

 

“Ilmu lebih baik daripada harta, kerana ilmu mampu menjaga dirimu, sedangkan kamu yang menjaga harta, dan ilmu akan bertambah apabila disebarkan, sedangkan harta akan berkurangan apabila dibelanjakan”.
 
 
WALLAHU A'LAM ..
 
 

No comments:

ASMAULHUSNA AL HAKEEM ` THE ALL WISE ..

  Al-Hakim / Al-Hakeem (The All-Wise) Al-Hakim Meaning: The Wise, The Judge of Judges, The One who is correct in His doings. All...