Wednesday, June 11, 2025

2 KALIMAH TASBIH ..


Keutamaan Zikir
 
 Subhanallah Wabihamdihi 
Subhanallahil 'Azhim
 
 Berat dalam Timbangan
. ... 
 
Sebaik-baik Ucapan kepada Allah
. ... 
 
Perkataan yang Paling Utama
. ... 
 
Dosanya Diampuni Sebanyak Buih 
di Lautan
. ... 
 
Memperoleh Banyak Kebaikan
. ... 
 
Kalimat yang Sangat Dicintai Allah
. ... 
 
Mendapat Limpahan Rezeki
. ... 
 
Kalimat yang Dipilih Allah 
. ... 
 
WALLAHU A'LAM 
 
...
 
 

Monday, June 9, 2025

"MasyaAllah! Keajaiban Istighfar: Kunci Hidup Bahagia dan Rezeki Melimpah!"

Berhenti Bilang Semoga Atau Mudah - Mudahan Pada Saat Berdoa | Ustadz Kh...

zikir pagi dan petang .. radhiitu billahi rabba ..


 رَضِيْتُ بِاللهِ رَبًّا، وَبِالإِسْلَامِ دِيْنًا، وَبِمُحَمَّدٍ نَبِيًّا

Radhiitu billahi rabba, wa bil islaama diina, wa bimuhammadin nabiyya.

Artinya:
 
 "Aku rela (ridha) Allah sebagai Rabb-ku (untukku dan orang lain), Islam sebagai agamaku dan Muhammad صلى الله عليه وسلم sebagai Nabiku (yang diutus oleh Allah)."


Rasulullah saw bersabda,

من قال رضيت بالله ربا وبالإسلام دينا وبمحمد صلى الله عليه وسلم رسولا وجبت له الجنة

Maksudnya: 
 
Barang siapa yang mengucapkan ‘Radhiitu billahi rabbaa, wa bil islaami diinaa, wa bi muhammadin shallaa allahu ‘alaihi wa sallama rasuulaa’ 
 
 (Aku rela Allah Swt sebagai Tuhanku, Islam sebagai agamaku, dan Nabi Saw sebagai Rasul) 
 
maka syurga merupakan suatu kepastian baginya. 
 
(HR. Abu Dawud)
 
  WALLAHU A'LAM ..
 

Amalkan Dzikir Ini 100 Kali Setiap Hari Agar Urusanmu Dimudahkan Allah |...

Bacalah Dzikir Ini Ketika Masalahmu Terasa Tidak Ada Jalan Keluar Lagi |...

ASMAULHUSNA - MOHON REZEKI SELUASNYA ..


ASMAULHUSNA
SEMOGA ALLAH SWT LIMPAHKAN REZEKI SELUASNYA ..
 
Ya Allahu Ya Razzaqu Ya Fattah 
 
Ya Ghaniyu Ya Mughni Ya Allah 
 
313 Times








Thursday, June 5, 2025

LIVE | Hajj 2025 Live | Mecca live| Mina Tents 2025 | Arafat day | تکبیر...

MENADAH TANGAN SERTA BERDOA ..



Berkaitan soalan di atas, terdapat beberapa hadith yang menunjukkan bahawa Nabi SAW mengangkat tangan Baginda yang mulia ketika berdoa. 
 
Antaranya yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari RA di dalam Sahihnya:

    Daripada Abu Musa RA, berkata:

دَعَا النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِمَاءٍ فَتَوَضَّأَ بِهِ، ثُمَّ رَفَعَ يَدَيْهِ فَقَالَ: "اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِعُبَيْدٍ أَبِي عَامِرٍ" وَرَأَيْتُ بَيَاضَ إِبْطَيْهِ، فَقَالَ: "اللَّهُمَّ اجْعَلْهُ يَوْمَ القِيَامَةِ فَوْقَ كَثِيرٍ مِنْ خَلْقِكَ مِنَ النَّاس"

Maksudnya:
 
 “Nabi SAW meminta dibawakan air, lalu Baginda SAW berwudhuk dengan  air tersebut. Kemudian Baginda SAW mengangkat kedua tangan sambil berdoa: 
 
“Ya Allah, Kau ampunilah ‘Ubaid Abi ‘Amir”, sehingga aku terlihat putihnya ketiak Baginda SAW. Baginda SAW meneruskan berdoa: 
 
“Ya Allah, Kau jadikanlah dia di hari Kiamat antara orang yang terbaik daripada kalangan manusia”.
 
 [Riwayat al-Bukhari (6383)]

 

Di dalam hadith ini, menunjukkan bahawa Nabi SAW mengangkat tangan Baginda SAW ketika berdoa.
 
 Di samping itu juga, terdapat hadith lain yang menunjukkan bahawa Allah SWT malu kepada hambanya yang mengangkat tangan memohon kepada-Nya seperti hadith di dalam Sunan al-Tirmizi:

 
    Daripada Salman al-Farisi RA, bahawa Nabi SAW bersabda:


إِنَّ اللَّهَ حَيِيٌّ كَرِيمٌ يَسْتَحْيِي إِذَا رَفَعَ الرَّجُلُ إِلَيْهِ يَدَيْهِ أَنْ يَرُدَّهُمَا صِفْرًا خَائِبَتَيْنِ

Maksudnya: 
 
“Sesungguhnya Allah Maha Hidup lagi Maha Mulia malu jika seorang lelaki itu mengangkat kedua tangannya kepada-Nya serta memulangkannya dalam keadaan kosong yang tidak membawa hasil”.
 
 [Riwayat al-Tirmizi (3556)][Hadith ini dinilai hasan gharib oleh Imam al-Tirmizi]

Di dalam Tuhfah al-Ahwazi  dikatakan bahawa terdapat banyak hadith-hadith sahih dan jelas menunjukkan bahawa Nabi SAW mengangkat tangan ketika berdoa. 
 
[Lihat: Tuhfah al-Ahwazi, 232/9]

 
 
 https://www.muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-al-hadith/1025-irsyad-al-hadith-siri-ke-159-mengangkat-tangan-ketika-berdoa
 
 
WALLAHU A'LAM ..
 
 

doa yg banyak utk HARI ARAFAH .. TERUSKAN BERDOA NON STOP ..




 


 


 

 


 


 


 

 


 

 


 


 

 
 
 
 
 
 
 
 

 

 

















Tuesday, June 3, 2025

ORANG YG MENGAJAR KEBAIKAN ...

 


 

Diriwayatkan oleh Abu Umamah RA, bahawa Rasulullah SAW: 

إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكتَهُ وَأَهْلَ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ حَتَّى النَّمْلَةَ فِيْ جُحْرِهَا وَحَتَّى الحُوْتَ لَيُصَلُّوْنَ عَلَى مُعَلِّمِ النَّاسِ الخَيْرَ

Maksudnya: 

 

“Sesungguhnya Allah SWT, para Malaikat dan semua penduduk di langit dan di bumi, sehinggakan semut di sarangnya dan ikan (di lautan) pasti berselawat (mendoakan) kebaikan bagi orang yang mengajarkan kebaikan kepada manusia”.

 

 [Riwayat al-Tirmizi, no. Hadith 2609]

 

    Diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

 

أَلاَ إِنَّ الدُّنْيَا مَلْعُونَةٌ مَلْعُونٌ مَا فِيهَا إِلاَّ ذِكْرُ اللَّهِ وَمَا وَالاَهُ وَعَالِمٌ أَوْ مُتَعَلِّمٌ

Maksudnya:

 

 “Ketahuilah !

 sesungguhnya dunia dan segala isinya adalah dilaknat kecuali dengan berzikir kepada Allah SWT dan apa yang terlibat dengannya, serta orang yang alim (tahu) atau orang yang belajar”. 

 

[Riwayat al-Tirmizi, no. Hadith 2244]

 

    Diriwayatkan oleh Muaz bin Anas RA, bahawa Rsulullah SAW:

 

مَنْ عَلَّمَ عِلْمًا فَلَهُ أَجْرُ مَنْ عَمِلَ بِهِ لَا يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ العَامِلِ

Maksudnya:

 

 “Barangsiapa yang mengajarkan sesuatu ilmu maka dia akan mendapat pahala orang yang mengamalkannya tanpa mengurangi pahala orang yang  mengamalkannya sedikitpun”.

 

 [Riwayat Ibn Majah, no. Hadith 236]

 

 


 

WALLAHU A'LAM ..

HARI ARAFAH - MUSTAJAB DOA


Hari Arafah Diampunkan Dosa dan Waktu Doa Mustajab 
 
 Daripada Ibnul Musayyab ia berkata, 
 
Aisyah berkata; 
 
Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: 
 
Di antara hari yang Allah banyak membebaskan seseorang dari neraka adalah hari Arafah.
 
 Allah mendekati mereka lalu Allah membanggakan mereka (menunjukkan keutamaan) kepada para malaikat.
 
 Kemudian Allah berfirman:
 
 Apa yang diinginkan oleh mereka?” 
 
[Sahih Muslim No. 3354]. 
Status: Hadis Sahih 
 
WALLHU A'LAM ..
 

Monday, June 2, 2025

zul hijjah perbanyakkan ..zikir tasbih dll


 



 

KEISTIMEWAAN HARI ARAFAH .. 9 ZUL HIJJAH ..



 1. SEBAHAGIAN daripada Rukun Haji.

Pentingnya Hari Arafah adalah ia merupakan sebahagian daripada Rukun Haji.

Ibadah ini juga sangat signifikan dan adalah puncak berkumpulnya seluruh jutaan jemaah Haji dari segenap pelosok dunia.

Daripada Abdulrahman bin Ya’mur, bahawa Nabi S.A.W bersabda:
- Advertisement -

الحَجُّ عَرَفَةُ

“Haji adalah Arafah.”

[Riwayat al-Tirmizi (814)]

2. Hari kesempurnaan agama.

Di Arafah inilah Rasulullah S.A.W telah menyampaikan Khutbah Wada’ atau khutbah perpisahan. Ia digelar ‘perpisahan’ kerana tidak lama setelah menyampaikan khutbah tersebut, Baginda pun wafat.

Pada ketika itu, telah turunnya surah al-Ma’idah ayat ke-3 sebagai pernyataan telah sempurna dan lengkapnya ajaran Islam yang disampaikan Allah S.W.T melalui Rasulullah S.A.W:

اليَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الإِسْلاَمَ دِينًا

“…Pada hari ini telah Ku-sempurnakan untuk kamu agamamu dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku dan telah Ku-ridhai Islam itu menjadi agama bagimu….”

[Al-Ma’idah: 3]

3. Hari Arafah adalah hari raya buat umat Islam.

Daripada Uqbah bin Amir R.A, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

يَوْمُ عَرَفَةَ، وَيَوْمُ النَّحْرِ، وَأَيَّامُ التَّشْرِيقِ عِيدُنَا أَهْلَ الْإِسْلَامِ، وَهِيَ أَيَّامُ أَكْلٍ وَشُرْبٍ

“Hari Arafah, hari korban serta hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah) adalah hari raya kita orang Islam dan ia adalah hari makan dan minum.”

[Riwayat Abu Daud (20660), Tirmizi (704) dan al-Nasa’ie (2954)]

4. Hari Arafah adalah hari penyaksian.

Hari Arafah turut digelar sebagai hari penyaksian kerana pada hari tersebut, Allah S.W.T mengambil perjanjian setia daripada zuriat Nabi Adam sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah telah mengambil perjanjian setia di Arafah daripada zuriat yang berada dalam tulang belakang Nabi Adam, dan mengeluarkan zuriat itu di hadapannya seperti biji-bijian, kemudian Allah berkata kepada mereka dengan firmanNya, “Bukankah Aku Tuhan kamu? Mereka menjawab: Benar (Engkaulah Tuhan kami) kami menjadi saksi,” yang demikian itu supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: “Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) mengenai (hakikat tauhid) ini.”

[Riwayat Ahmad]

5. Kedahsyatan doa pada Hari Arafah.

Arafah dikenali sebagai tempat berdoa paling mustajab dan di situlah Nabi Muhammad S.A.W mengambil masa yang sangat lama untuk berdoa. Menurut sumber, ada juga pendapat lain mengaitkan wukuf dengan wahyu yang diterima Nabi Ibrahim agar menyembelih anaknya, Nabi Ismail.

Daripada Abdullah bin ‘Amr, bahawa Nabi S.A.W bersabda:

خَيْرُ الدُّعَاءِ دُعَاءُ يَوْمِ عَرَفَةَ

“Sebaik-baik doa adalah doa pada Hari Arafah.”

[Riwayat al-Tirmizi (3509)]

6. Ganjaran puasa Arafah.

Berpuasa pada Hari Arafah adalah sunat bagi mereka yang tidak mengerjakan Haji. Ia adalah peluang keemasan bagi membersihkan diri daripada dosa yang telah dilakukan kerana ganjaran puasa pada hari tersebut menghapuskan dosa setahun sebelum dan selepas.

Daripada Abi Qatadah R.A, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda apabila ditanya mengenai puasa pada Hari Arafah:

يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَالْبَاقِيَةَ

“Puasa pada hari tersebut akan menghapuskan dosa setahun yang lalu dan akan datang”.

[Riwayat Muslim (1977)]

7. Hari keampunan.

Ambillah peluang untuk bertaubat dan memohon ampun sebanyak-banyaknya kerana Hari Arafah adalah hari pelepasan dari api neraka. Pada hari ini, keampunan dari Allah terbuka luas.

Daripada Aisyah R.A, bahawa Nabi S.A.W bersabda:

مَا مِنْ يَوْمٍ أَكْثَرَ مِنْ أَنْ يُعْتِقَ اللهُ فِيهِ عَبْدًا مِنَ النَّارِ، مِنْ يَوْمِ عَرَفَةَ

“Tidak ada satu hari yang lebih banyak dibebaskan hamba-Nya daripada api neraka melainkan pada Hari Arafah.”

[Riwayat Muslim (2402)]

 

 

 

 WALLAHU A'LAM ..

 

Sunday, June 1, 2025

HARI ARAFAH .;. 9 ZUL HIJJAH

 
 
Pada tarikh 9 Zulhijjah adalah hari yang sangat agung dalam Islam.
 
 Ia bukan hanya untuk jemaah haji, tetapi seluruh umat Islam disarankan berpuasa dan memperbanyakkan doa Hari Arafah.
 
 Kelebihan Doa Hari Arafah Nabi SAW bersabda:
 
 خَيْرُ الدُّعَاءِ دُعَاءُ يَوْمِ عَرَفَةَ 
 
Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah.
 
 Riwayat al-Tirmizi (3509) Daripada Aisyah RA, bahawa Nabi SAW bersabda: 
 
 مَا مِنْ يَوْمٍ أَكْثَرَ مِنْ أَنْ يُعْتِقَ اللهُ فِيهِ عَبْدًا مِنَ النَّارِ، مِنْ يَوْمِ عَرَفَةَ 
 
Tidak ada satu hari yang lebih banyak dibebaskan hamba-Nya daripada api neraka melainkan pada hari Arafah. 
 
Riwayat Muslim (2402) 
 
Waktu Terbaik Untuk Berdoa Sekiranya seseorang itu berada di Malaysia, maka dia boleh berdoa bermula daripada masuknya 9 Zulhijjah mengikut waktu tempatan. 
 
Sekiranya dia berada di Arab Saudi, maka dia perlu mengikut waktu wukuf di Arafah berdasarkan waktu tempatan di sana.
 
 Ia bermula selepas tergelincirnya matahari pada waktu Zohor sehinggalah terbenamnya matahari pada waktu Maghrib. 
 
 Sekiranya mampu untuk berdoa pada waktu yang sama dengan waktu wukuf bagi mereka melakukan haji, maka itu lebih baik. 
 
 (Disarankan juga berpuasa pada hari tersebut bagi bukan jemaah haji) 
 Contoh Doa Hari Arafah Yang Boleh Diamalkan Doa Nabi SAW pada Hari Arafah:
 
 لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ، وَلَهُ الْحَمْدُ، وَهُوَ عَلَى كُلَّ شَيْءٍ قَدِيْرُ 
 
 Tidak ada yang berhak disembah selain Allah yang satu, tidak ada sekutu bagi-Nya, milik-Nya kekuasaan dan milik-Nya segala pujian, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu. 
 
 Amalan Sunat Pada Hari Arafah 
 
 ✅ Berpuasa (bagi yang tidak mengerjakan haji) 
 
Sabda Nabi SAW: 
 
 يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَالْبَاقِيَةَ 
 
Puasa pada hari tersebut akan menghapuskan dosa setahun yang lalu dan akan datang. 
 
 Riwayat Muslim (1977) 
 
✅Membacadoa hari Arafah sebanyak mungkin
 
 ✅Berzikir & membaca al-Quran 
 
✅Muhasabah & perbanyakkan taubat
 
 🕋 Berdoa ini juga termasuklah di dalam amalan soleh yang boleh kita lakukan pada 10 hari pertama bulan Zulhijjah. 
 
Telah datang daripada Nabi SAW tentang kelebihan ibadah pada hari tersebut sehingga Baginda memuliakannya lebih daripada berjihad. 
 
Sabda Nabi SAW:
 
 مَا الْعَمَلُ فِي أَيَّامٍ أَفْضَلَ مِنْهَا فِي هَذِهِ؟ قَالُوا: وَلَا الْجِهَادُ؟ قَالَ: وَلَا الْجِهَادُ، إِلَّا رَجُلٌ خَرَجَ يُخَاطِرُ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ، فَلَمْ يَرْجِعْ بِشَيْءٍ 
 
 Tiada amalan yang dilakukan pada hari lain yang lebih baik daripada amalan pada 10 hari ini. 
 
Para sahabat bertanya: 
 
Walaupun Jihad? 
 
Baginda menjawab: 
 
Tidak juga Jihad, kecuali jika seseorang keluar dengan nyawa dan hartanya dan tidak kembali lagi. 
 
 Riwayat al-Bukhari (696) 
 
Jangan lepaskan peluang dengan memperbanyakkan amal soleh pada Hari Arafah.
 

 
 
WALLAHU A'LAM ..
 

SURAH ALI IMRAN AYAT 26 &27 ..

    Jika dijadikan ayat 26-27 sebagai amalan wirid harian,    Insya’Allah dapat menjadi karamah, meluaskan rezeki, melangsaikan hutang dan ...