Pengertian ini dijelaskan oleh Allah dalam beberapa tempat di dalam al-Quran.
Antara firman Allah:
Maksudnya
“ Berdoalah kepadaku, nescara akan Ku perkenankan bagimu.
Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembahKu akan masuk ke Neraka Jahannam dalam keadaan hina dina.”
(Ghafir: ayat 60)
KELEBIHAN DAN KEUTAMAAN DOA
1- Doa merupakan tali penyambung yang kukuh antara hamba dan RabNya.
2- Doa merupakan satu bentuk ibadah kepada Allah.
3- Doa merupakan satu bentuk zikir kepada Allah.
4- Doa merupakan senjata yang ampuh bagi setiap mukmin dalam menghadapi realiti kehidupan.
ADAB BERDOA KPD ALLAH SWT ..
Berada dalam keadaan suci zahir (tubuh badan) dan batin (hati) dari perkara-perkara kotor dan maksiat.
Merendah diri dan khusyu’ dan dengan penuh pengharapan agar doa tersebut diterima oleh Allah dan perasaan takut tidak diperkenankannya.
Berdoa dengan penuh kesungguhan dengan penuh keyakinan bahawa doa tersebut akan diperkenankan Allah.
Membaca doa dengan penuh ketenangan dan tidak tergopoh -gapah.
Merendahkan suara.
Pengakuan terhadap segala dosa yang telah dilakukan dan memohon keampunan dari Nya.
Pengakuan terhadap segala nikmat dan dan bersyukur di atas segala nikmat dan kurniaan tersebut.
Berdoa dengan mengulang-ulangkannya sebanyak 3 kali bagi setiap permintaan dan tidak terburu-buru supaya ia diperkenankannya.
Berwudhu’ sekiranya tidak menjadi keberatan dan tidak menyusahkan.
Berdoa dengan menggunakan nama-nama Allah yang Maha baik (Asma’ulla al-Husna) dn sifat-sifatNya yang Maha Tinggi.
DAN tutup dgn Aameenn yra doa tersebut.
No comments:
Post a Comment