Friday, May 17, 2024

TAUBAT INSAF DAN SIFAT SOMBONG..






Antara dalil mereka ialah firman Allah SWT:

إِنَّ اللَّـهَ لَا يَغْفِرُ أَن يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَٰلِكَ لِمَن يَشَاءُ

Maksudnya: 
 
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apa jua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya).”

Surah al-Nisa’ (48)

Ibn Kathir berkata: 
 
Allah SWT memberitahu bahawa Dia tidak mengampuni perbuatan syirik dengan maksud Dia tidak mengampuni seseorang hamba yang menemui-Nya (mati) dalam keadaan musyrik. 
 
Sebaliknya Allah SWT mengampuni dosa yang selain itu bagi mereka yang dikehendaki-Nya daripada kalangan hamba-Nya. 
 
(Lihat Tafsir al-Quran al-‘Azim, 2/327)

Begitu juga dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Aisyah R.Anha, 
 
Nabi SAW bersabda:

إِنَّ الْعَبْدَ إِذَا اعْتَرَفَ بِذَنْبِهِ ثُمَّ تَابَ تَابَ اللَّهُ عَلَيْهِ

Maksudnya: 
 
“Sesungguhnya hamba, jika dia mengakui dosanya dan kemudian dia bertaubat, nescaya Allah SWT menerima taubatnya.”

Riwayat al-Bukhari (2661)

Mulla Ali al-Qari dalam Mirqat al-Mafatih (4/1616) menyebut: 
 
Iaitu seseorang yang menyedari keadaan dirinya yang berdosa, kemudian dia bertaubat dengan memenuhi segala rukun dan syarat-syaratnya seperti menyesal, meninggalkannya, berazam dan berusaha memperbaiki diri maka Allah SWT akan menerima taubatnya berdasarkan firman-Nya:

وَهُوَ الَّذِي يَقْبَلُ التَّوْبَةَ عَنْ عِبَادِهِ

Maksudnya: 
 
Dan Dia lah Tuhan yang menerima taubat dari hamba-hamba-Nya (yang bertaubat).

Surah al-Syura (25)

Al-Qurtubi berkata: 
 
Allah pasti mengampunkan sebarang bentuk dosa iaitu dari perlakuan syirik sebelum mereka Islam. 
 
Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan dari kebaikan dan kejahatan. 
 
(Lihat al-Jami' li Ahkam al-Quran, 7/27)

Kedua, berkenaan tanda-tanda Allah SWT menerima taubat seseorang ialah antaranya apabila sikap dan akhlaknya berubah, jiwanya menjadi dekat dan kasih dengan masjid, akhlak dan bahasanya baik, dia merasa seronok untuk melakukan ibadat serta dia tetap berterusan memohon keampunan kepada Allah SWT. 
 
Maka itu adalah merupakan antara tanda Allah SWT menerima ibadatnya.

Abu al-Laith al-Samarqandi dalam kitabnya Tanbih al-Ghafilin menyatakan bahawa sebahagian hukama’ menyebut: 
 
Taubat seseorang dapat diketahui pada empat perkara:

Jika dia sudah dapat mengawal lidahnya daripada berkata dusta, ghibah dan kata-kata yang tidak penting baginya.
 
Jika sudah tidak ada rasa hasad, dengki, iri hati terhadap semua manusia.
 
Jika telah menjauhi rakan taulan yang jahat.
 
Sentiasa bersiap sedia menghadapi mati dan selalu beristighfar menyesali dosa-dosanya yang lalu serta bersungguh-sungguh dalam melakukan ibadah kepada Tuhannya. 
 

(Lihat Tanbih al-Ghafilin bi Ahadith Sayyid al-Anbiya' wa al-Mursalin, hlm. 109)





SIFAT SOMBONG ..

Rasulullah s.a.w telah menjelaskan tentang bahayanya sifat sombong dan angkuh, sebagaimana diriwayatkan dari Abdullah Bin Mas’ud r.a., dari Nabi s.a.w, Baginda bersabda,

“Tidak masuk syurga sesiapa yang ada di dalam hatinya sedikit sifat sombong”. 
 
Kemudian seseorang berkata: 
 
“(Ya Rasulullah) Sesungguhnya seseorang itu suka pakaiannya bagus dan kasutnya bagus”. 
 
Baginda bersabda: 
 
“Sesunguhnya Allah itu indah dan Dia menyukai keindahan, (dan yang dimaksud dengan) kesombongan itu adalah menolak kebenaran dan merendah-rendahkan orang lain”. 

(Hadith riwayat Muslim)
 
 
SIFAT TAWADUK ..
 
 
Sifat tawaduk adalah sifat yang dapat menghindarkan diri kita dari bersifat sombong. 
 
Sedangkan sifat sombong itu adalah sifat yang keji dan dibenci oleh Allah Subhanahu Wata'ala. 

Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al Furqan ayat 63 :
 
Tafsirnya : 
 
''Dan hamba-hamba Tuhan yang Maha Pemurah ialah orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka (dengan kata-kata yang menghina), maka menjawab dengan perkataan yang baik-baik (untuk menghindarkan dosa).''
 
 

 


No comments:

PUASA SUNAT ..

      Niat puasa sunat Isnin adalah seperti berikut:   Maksudnya: Sahaja aku berniat puasa sunat hari isnin kerana Allah Taala N...