Monday, February 17, 2025

UMAT AKHIR ZAMAN YG DIRINDUI RASULULLAH SAW ..

 



Rasulullah SAW sebenar-nya amat merindui umat-nya pada akhir zaman. 



 Ba-ginda SAW ketika hidupnya pernah melafazkan luahan hatinya yang amat rindu untuk melihat diri kita se-mua.
Kerinduan Baginda itu di-nyatakan di hadapan saha-batnya, Abdullah bin Ab-bas. 
 
Beliau menceritakan, pada satu hari selepas solat Subuh berjemaah, Rasu-lullah SAW duduk sambil menghadap sahabatnya.
Kemudian Baginda ber-tanya: 
“Wahai seluruh ma-nusia, siapakah makhluk Allah yang beriman paling mengagumkan?”


Sahabat menjawab: 
“Su-dah tentu malaikat, wahai Rasulullah.”


 Dengan cepat Rasulullah SAW membalas balik jawapan itu dengan menegaskan: 
“Bagaimana mungkin malaikat tidak beriman?


 Sedangkan me-reka adalah pelaksana pe-rintah Allah?”
Seketika kemudian, mun-cul jawapan lain daripada sahabatnya: 
“Jika demikian, maka sudah pasti makhluk Allah yang beriman paling mengagumkan itu adalah para nabi, wahai Rasulul-lah.”


Sekali lagi Rasulullah SAW bersabda:


 “Bagaimana mungkin para nabi tidak beriman sedangkan wahyu dari langit turun kepada mereka?”
Sahabat Baginda masih tidak berputus asa untuk memberikan jawapan dan kali ini ada yang menja-wab:
 “Kalau begitu, makh-luk Allah yang beriman paling mengagumkan ada-lah sahabat tuan, wahai Rasulullah.”
Rasulullah SAW sekali lagi bersabda yang sama seperti sebelumnya: 
“Ba-gaimana mungkin saha-bat-sahabatku tidak ber-iman sedangkan mereka menyaksikan apa yang me-reka saksikan mengenai diriku.
“Mereka bertemu terus denganku, melihatku, men-dengar kata-kataku dan juga menyaksikan dengan mata kasar tanda-tanda kenabian dan kerasulan-ku.”
 
Sebaik bersabda sedemi-kian, Baginda terdiam se-jenak, kemudian dengan perlahan tetapi bernada tegas Baginda memberi-tahu sahabatnya:


 “Demi Allah, yang paling 
menga-gumkan imannya adalah kaum yang datang sesudah kamu.
“Mereka itu beriman ke-padaku, padahal mereka semua tidak pernah ber-temu denganku. 
Mereka membenarkan diriku tan-pa pernah menyaksikan diriku.
“Mereka menemui tuli-san dan beriman kepadaku. 
Mereka mengamalkan apa-apa yang ada dalam tulisan itu.
 Mereka membelaku seperti kamu membelaku.
“Demi Allah, aku sangat ingin berjumpa dengan para kekasihku itu.”
Kemudian, Baginda SAW membaca Surah al-Baqarah ayat 3: 
“Mereka yang ber-iman kepada yang ghaib, mendirikan solat dan menginfakkan sebahagian daripada apa yang Kami berikan kepada mereka.” 
 
Selesai membaca ayat itu, 
Rasulullah SAW mela-fazkan: 
“Berbahagialah orang yang pernah meli-hatku dan beriman kepa-daku.”
 
Sambung Baginda lagi dan kali ini dengan nada penuh kerinduan 
Baginda bersabda:


 “Berbahagialah orang yang beriman kepa-daku padahal tidak pernah melihatku.”


Baginda SAW mengula-ngi lafaz itu sebanyak tu-juh kali lagi: 


 “Berbahagia-lah orang yang beriman kepadaku padahal tidak pernah melihatku.” 


(Hadis Riwayat Imam Ahmad)
 
WALLAHU A'LAM ..

 

No comments:

ZIKIR 2 KALIMAH TASBIH GABUNG DGN HAUQOLAH ..

Zikir yang menggabungkan kalimah Tasbih dan Hauqolah merupakan amalan yang sangat mulia dengan kelebihan yang besar, baik dari segi pahala d...