Sunday, August 2, 2026

GOLONGAN MUNAFIK QS AN NISAA' AYAT 138 DAN 139 ..

Surah An-Nisa (Ayat 138-139)

 menyampaikan amaran keras Allah SWT kepada golongan munafik yang mencari kemuliaan dan kekuatan daripada orang kafir dengan membelakangkan orang beriman.


 QS AN NISAA' 138 ..


 بَشِّرِ ٱلْمُنَـٰفِقِينَ بِأَنَّ لَهُمْ عَذَابًا أَلِيمًا 


 Terjemahan:


 "Sampaikanlah khabar berita kepada orang-orang munafik: bahawa sesungguhnya disediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya;" 


 QS AN NISAA' 139


 ٱلَّذِينَ يَتَّخِذُونَ ٱلْكَـٰفِرِينَ أَوْلِيَآءَ مِن دُونِ ٱلْمُؤْمِنِينَ ۚ أَيَبْتَغُونَ عِندَهُمُ ٱلْعِزَّةَ فَإِنَّ ٱلْعِزَّةَ لِلَّهِ جَمِيعًا 


 "(Iaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. 


 Tidaklah patut mereka (orang-orang munafik) mencari kekuatan dan kemuliaan di sisi orang-orang kafir itu, kerana sesungguhnya kekuatan dan kemuliaan itu semuanya ialah milik Allah."


 Utama Sindiran


 "Khabar Gembira": 


 Perkataan Bashshir selalunya bermaksud membawa berita gembira, namun dalam ayat 138 ia digunakan sebagai sindiran tajam kepada orang munafik bahawa "hadiah"

 yang menanti mereka adalah azab yang sangat pedih.


 Definisi Sifat Munafik: 


 Ayat 139 membongkar salah satu sifat utama kaum munafik, iaitu mereka suka berpakat dan menjadikan musuh Islam sebagai pelindung atau rakan sekutu demi kepentingan peribadi, sambil memulaukan orang Islam. 





 Sumber Kemuliaan Hakiki: 


 Allah menegaskan bahawa segala bentuk kekuatan, pengaruh, dan kemuliaan (al-Izzah) adalah milik mutlak-Nya. 


Sesiapa yang mencari kemuliaan daripada jalan yang membelakangkan agama, mereka hanya akan berakhir dengan kehinaan.











WALLAHU A'LAM ..



ANGGOTA TUBUH MENJADI SAKSI DI AKHIRAT KELAK ..



Sepertimana perbicaraan di dunia, ia memerlukan bukti dan saksi.

 Di hari ini bumi, malaikat, anggota badan semuanya menjadi saksi.


QS Zalzalah [4] 


Pada hari itu bumi pun menceritakan khabar beritanya:


Dari Abu Hurairah ra.,

 katanya, 

Rasulullah s.a.w., 

membaca

 (firman Allah Taala, ertinya:

 “Pada hari qiamat – itu bumi menerangkan berita-beritanya”);

 Kemudian Baginda s.a.w., bertanya:

 “Tahukah kamu apa dia berita perihal bumi itu?” 

Sahabat-sahabat Baginda menjawab:

 “Allah dan RasulNya sahajalah yang mengetahui”; 

Nabi s.a.w., bersabda:

 “Sesungguhnya berita-beritanya bahawa ia memberi keterangan terhadap tiap-tiap seorang, lelaki atau perempuan, berkenaan apa yang masing-masing lakukan semasa mereka hidup di atasnya, iaitu ia berkata: 

“Si anu melakukan ini dan ini, pada masa anu-anu.”

 Baginda s.a.w., selanjutnya bersabda:

 “Inilah dia berita-beritanya.”

 (Riwayat Tirmizi)



QS An-Nur [24]

 Pada hari lidah mereka dan tangan mereka serta kaki mereka menjadi saksi terhadap diri mereka sendiri, tentang segala yang mereka lakukan


QS Fussilat [21]

 Dan (setelah berlaku yang demikian), berkatalah mereka kepada kulit-kulit badan mereka:

 Mengapa kamu menjadi saksi terhadap kami? 

Kulit-kulit badan mereka menjawab:

 Allah yang berkuasa menjadikan tiap-tiap sesuatu pandai berkata-kata, telah menjadikan kami dapat berkata-kata dan Dialah yang menciptakan kamu pada mulanya dan kepadaNyalah kamu dikembalikan (untuk menerima balasan)


Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya;

 sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya. 

(QS Isra:36) 





WALLAHU A'LAM ..



SETIAP AMAL KEBAIKAN BEROLEH PAHALA ..


Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali menganiaya (seseorang) sekalipun seberat zarah (debu) dan kalaulah (amal yang seberat zarah) itu amal kebajikan, nescaya akan menggandakannya dan akan memberi, dari sisiNya, pahala yang amat besar.

 (QS Nisaa:40)



Selain digandakan pahala amalan yang dilakukan,

 Allah SWT memberikan tambahan pahala dari sisiNya yang tiada siapa tahu nilainya. 


Pahala Dari Sisinya


Dan kalau sebenarnya mereka itu tetap beriman dan bertakwa (nescaya mereka akan mendapat pahala); sesungguhnya pahala dari sisi Allah itu adalah lebih baik, kalau mereka mengetahui.

 (QS Baqarah:103)


Dalam ayat yang lain, 


Allah SWT berfirman:


An-Naml [89] 

Sesiapa yang datang membawa amal kebajikan (yang telah dikerjakannya) maka ia akan beroleh balasan yang lebih baik daripadanya ..


Gandaan Pahala


Setiap perbuatan baik dibalas pahala yang setaraf dengan perbuatannya.

 Setiap 1 kebaikan diberikan 10 pahala dan ada kemungkinan sehingga 50, 100, 700, 1000 kali ganda pahala.

 Jikalau niat untuk melakukan kebaikan tapi tidak dilakukan masih dapat 1 pahala.


Gandaan pahala sedekah pula bergantung pada keikhlasan niat dan sumber harta itu samada halal atau haram.


Syarat untuk mendapat pahala ini mestilah mempunyai iman dan iman itu letaknya di hati.

 Allah hanya memberikan syurga kepada orang yang memiliki iman dan islam.


Gafir [40]..

dan sesiapa yang mengerjakan amal soleh dari lelaki atau perempuan sedang dia beriman, maka mereka itu akan masuk Syurga; mereka beroleh rezeki di dalam Syurga itu dengan tidak dihitung.


Balasan amalan itu dinilai dari segi keikhlasan niatnya.

 Besar ikhlas besarlah balasannya. Amalan diberi pahala mengikut nilai atau kadar kasih sayang dan takwa seseorang itu kepada Allah. 


Oleh itu tingkatkanlah nilai ini agar ibadah kita menjadi lebih cemerlang untuk membawa lebih banyak duit (pahala) pulang ke kampung akhirat. 


Di dalam hadith Rasulullah s.a.w. bersabda:-



Sesungguhnya Allah S.W.T.

 merekodkan (segala) pahala kebaikan dan dosa kejahatan,

 sehingga Baginda Mulia (Nabi Muhammad s.a.w.) 

menerangkan, 

Siapa (orang Islam) yang berazam melaku (mengerjakan) kerja yang baik tidak ia lakukan, 

Allah S.W.T. memberi baginya 1 pahala kebajikan yang penuh, 

tapi jika ia berazam dan melakukannya,

 Allah memberi ia 10 pahala kebajikan yang penuh sehingga 700 kali ganda, 

dan sehingga lebih banyak lagi, dan jika sesorang orang Islam berazam hendak melakukan sesuatu kerja jahat (yang berdosa) tidak ia lakukannya,

 Allah mengurniakannya 1 pahala kebajikan yang penuh, tapi jika ia berazam dan melakukannya,

 Allah menulis dosa satu kejahatan yang penuh, dan tidak binasa seseorang itu disisi Allah S.W.T.

 melainkan orang yang telah ditakdir binasa.


 (Bukhari, Muslim – Jamek Saghir 1/270)





WALLAHU A'LAM ..





 Pahala Diganda dan Ditambah Lagi | Nasbun Nurain

Saturday, August 1, 2026

zikir and du'aa for protection from all evils ..


The phrase begins the protective Islamic supplication (dua)


 Bismillahillazi la yadurru ma'asmihi syai'un fil-ardhi wala fis-sama'i wahuwas-sami'ul-'alim,

 meaning protection from harm. 


 بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ


 Bismillahillazi la yadurru ma'asmihi syai'un fil-ardhi wala fis-sama'i wahuwas-sami'ul-'alim


 "In the Name of Allah with Whose Name there is protection against every kind of harm in the earth or in the heaven, and He is the All-Hearing and the All-Knowing."


Recite three times.

 Every morning and evening.


Benefit: 

It serves as a shield of faith so that nothing will harm the person who reads it.



 أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ


 A'udhu bikalimatillahit-taammati min sharri ma khalaq


 I seek refuge in the Perfect Words of Allah from the evil of what He has created.


When to recite: 

When stopping or resting in a new place, or three times in the evening/morning for general safety.





wallahu a'lam ..



GOLONGAN MUNAFIK QS AN NISAA' AYAT 138 DAN 139 ..

Surah An-Nisa (Ayat 138-139)  menyampaikan amaran keras Allah SWT kepada golongan munafik yang mencari kemuliaan dan kekuatan daripada orang...