Apakah itu Qunut?
Perkataan Qunut (الْقُنُوْتُ) adalah dari Bahasa Arab yang membawa beberapa makna diantaranya ialah berdiri lama, diam, selalu taat, tunduk, doa dan khusuk.
Manakala maksud doa Qunut secara istilah adalah — doa yang dibaca seorang Muslim dalam solat pada tempat yang dikhususkan semasa berdiri.
Imam Ahmad meriwayatkan daripada Anas r.a, katanya:
Rasulullah SAW sentiasa membaca dia qunut pada solat Subuh sehingga baginda meninggal dunia.
(Riwayat Ahmad dalam kitab Musnad Ahmad, kitab Musnad Anas bin Malik)
Al-Bukhari dan Muslim juga meriwayatkan daripada Anas r.a bahawa:
Dia telah telah ditanya: ‘Adakah Rasulullah membaca qunut ketika Subuh?’
Jawabnya: ‘Ya’.
Mereka bertanya lagi: ‘Adakah Baginda membaca qunut sebelum rukuk?’
Katanya: ‘Sebaik sahaja selepas rukuk’
(Riwayat al-Bukhari dalam Sahih al-Bukhari, kitab Jumaat: Bab qunut sebelum dan selepas rukuk)
Bacaan Doa Qunut Rumi
Saya ada menyediakan trasliterasi rumi untuk Qunut seperti dibawah:

Allahhummah Dinii Fiiman Hadait

Wa ’Aa Finii Fiiman ‘Aafait

Watawal-Lanii Fiiman Tawal-laiit

Wabaariklii Fiimaa A’thait

Waqinii Syarramaa Qadhait

Fainnaka Taqdhii Walaa Yuqdho ‘Alaik

WainNahu Laa Yadzilu-man Walait

Walaa Ya’izzu-man ‘Aadait

Tabaa-rakta Rabbanaa Wata ’Aalait

Falakal-hamdu ‘Alaa Maa Qadhait

Astaghfiruka Wa ’AtuuBu ilaik

Wasallallahu ‘Ala Sayyidina Muhammadin Nabiyyil Ummiyyi,
Wa ’Alaa Aalihi Washahbihi Wasallam.
Berikut adalah maksud doa qunut:
“Ya Allah tunjukkanlah aku sebagaimana mereka yang telah Engkau beri petunjuk.
Berilah kesehatan kepadaku sebagaimana mereka yang telah Engkau berikan kesehatan.
Peliharalah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau lindungi.
Berikanlah keberkahan kepadaku pada apa yang telah Engkau berikan.
Selamatkanlah aku dari bahaya kejahatan yang telah Engkau tentukan.
Engkaulah yang menghukum dan bukan dihukum.
Tidak hina orang yang Engkau jadikan pemimpin.
Tidak mulia orang yang Engkau musuhi.
Maha Suci Engkau wahai Tuhan kami dan Maha Tinggi.
Bagi-Mu segala pujian di atas apa yang Engkau tentukan.
Aku memohon ampun kepada-Mu dan bertaubat kepada-MU.
Semoga Allah mencurahkan rahmat dan kurnia atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW, keluarga, dan para sahabatnya.”
No comments:
Post a Comment