QS AL QAMAR 49 ..
Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir (yang telah ditentukan).
Takdir Allah, dalam konteks Islam, merujuk pada ketetapan dan ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT untuk segala sesuatu yang ada di alam semesta, termasuk kehidupan manusia.
Semua Takdir Itu Baik
Daripada Anas Bin Malik RA, daripada Rasulullah SAW bersabda:
عجبْتُ للمُؤْمِنِ إنَّ اللهَ تعالى لَا يَقْضِي للمؤمِنِ قضاءً إلا كان خيرًا لَهُ
Maksudnya:
” Aku begitu takjub pada seseorang mukmin.
Sesungguhnya Allah tidaklah menakdirkan sesuatu untuk seorang mukmin melainkan pasti itulah yang terbaik untuknya.”
Riwayat Ahmad (12906)
Kerana kita hidup di bumi yang sama, tapi dengan takdir yang berbeza.
Terima apa yang sudah terjadi, ikhlaskan apa yang tidak boleh diubah dan perbetulkan apa yang masih boleh diperbaiki.
No comments:
Post a Comment