Kemudian datang pula seorang lelaki merintih mengenai kebunnya kekeringan kerana musim kemarau.
Jawapan sama diulangi dengan penuh hikmah,
“Beristighfarlah kepada Allah.”
Jawapan Hasan al-Basri menghairankan masyarakat sekitarnya.
Salah seorang daripada penduduk itu bertanya,
“Beberapa orang lelaki datang dan mengadu pelbagai masalah, tetapi tuan hanya menyuruh mereka semua untuk melafazkan
istighfar.”
Hasan al-Basri menjawab:
“Aku sama sekali tidak mengatakan apapun dari diriku sendiri.
Sesungguhnya Allah berfirman seperti itu.
” Firman Allah yang dimaksudkan oleh Hasan adalah Surah Nuh ayat 10-12.
Diriwayatkan dari Abdullah bin Abbas,
Rasulullah bersabda yang bermaksud:
“Barang siapa melazimkan
istighfar,
maka Allah akan jadikan jalan keluar dalam setiap kesulitan hidup dan jadikan setiap kegundah-gulanaan menjadi kebahagiaan dan Allah akan memberinya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka.”
(Hadis Riwayat Abu Dawud dan Ibnu Majah)
WALLAHU A'LAM ..
[lang.geng] | لڠݢڠ.
Definisi : Jw selama-lamanya, abadi, kekal; kelanggengan keadaan yg kekal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
No comments:
Post a Comment