Surah al-Ikhlas penyebab masuk Syurga
Daripada Abu Hurairah RA:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ: أَقْبَلْتُ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَسَمِعَ رَجُلًا يَقْرَأُ: قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ اللَّهُ الصَّمَدُ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: وَجَبَتْ. قُلْتُ: مَا وَجَبَتْ؟ قَالَ: الجَنَّةُ
Maksudnya:
“Aku datang bersama Rasulullah SAW lalu aku dengar seorang lelaki membaca Qulhu Allahu Ahad Allahussamod,
Lalu Rasulullah SAW bersabda:
“Telah wajib.”
Aku bertanya:
“Apa yang telah menjadi wajib?”.
Kata Baginda:
“Syurga (baginya).”
Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunan (2897).
Beliau berkata:
“Hadis hasan sahih gharib.”
Penebus Diri
Membaca Al-Ikhlas 1000 kali, bermakna ia telah pun membeli dirinya kepada Allah Ta’ala.
“Sesiapa yang mampu membaca Al-Ikhlas seribu kali berarti ia telah menebus dirinya dari neraka.”
Diriwayatkan oleh Iman Bukhari, sabda Nabi Muhammad SAW:
“Sesiapa membaca ‘Qul Huwa’llahu Ahad’ 100,000 kali, maka sesungguhnya ia telah menebus dirinya dari Allah, maka menyeru yang menyeru dari pihak Allah di langit dan di bumi.
Ku saksikan bahawa sifulan itu telah menjadi pemendekaan Allah sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah, Sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari neraka’.
Inilah yang dinamakan membaca Qulhu A’llahu ahad satu khatam iaitu 100,000 kali dengan diwiridkan seberapa ribu kesanggupan kita sehari.”
wallahu a'lam ..


No comments:
Post a Comment