Saturday, January 17, 2026

ASMAULHUSNA AL BAATHIN ..


76. Al Baathin
The Hidden / The All Encompassing

Maha Tersembunyi / Maha Ghaib / Perahsia – Allah berkuasa menyembunyikan sesuatu, iaitu tidak dapat dimaklumi ZatNya, sehingga tidak seorang pun dapat mengenal ZatNya itu.

.

Fadhilat Al Baathin

.

  • Amalkanlah zikir ‘Ya Baathin’ sebanyak 30 X selesai solat fardhu di tempat sunyi (khalwat), nescaya Allah akan membuka hijab baginya dari segala rahsia yang pelik & sukar serta diberi kefahaman ilmu.

.

  • Untuk ilmu yang jarang dimiliki oleh manusia biasa, ‘Ya Baathin’ dibaca setiap lepas solat 5 waktu sebanyak 30 kali, pasti akan dikabulkan ilmu-ilmu yamg jarang dimiliki oleh manusia.

.

  • Sesiapa menyebut ‘Ya Baathin’ 3 kali setiap hari, InsyaAllah akan dapat mengetahui kebenaran mengenai segala yang ingin diketahuinya.

.

  • Seseorang yang menzikirkan ‘Ya Baathin’  ini sebanyak 33 X setiap hari, InsyaAllah akan mengetahui rahsia-rahsia Ilahi dan cinta serta asyik kepada Allah SWT.

 

.

Wallahu A’lam bishowab.

والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

.

https://shafiqolbu.wordpress.com/

No comments:

MERAIH PAHALA YG BANYAK DGN BERSABAR ATAS KESUSAHAN DAN KESEDIHAN ..

  Pahala yang paling banyak didapati oleh seorang mukmin di akhirat kelak salah satunya berasal dari rasa kesusahan, kegelisahan, dan kesedi...