Sunday, January 4, 2026

ASMAULHUSNA ALLAH 99 NAMES ..




QS AL- A'RAF AYAT 180 ..

Ayat-ayat sebelum ini adalah mengenai mereka yang dimasukkan ke dalam neraka kerana kesalahan mereka.

 Sekarang diberikan penawar dan jalan keluar iaitu dengan menyeru Allah ﷻ sebaik-baiknya dengan menyeru nama-Nya yang terbaik.

وَلِلَّهِ الأَسماءُ الحُسنىٰ فَادعوهُ بِها ۖ وَذَرُوا الَّذينَ يُلحِدونَ في أَسمٰئِهِ ۚ سَيُجزَونَ ما كانوا يَعمَلونَ


wa lillâhil-asmâ'ul-ḫusnâ fad‘ûhu bihâ wa dzarulladzîna yul-ḫidûna fî asmâ'ih, sayujzauna mâ kânû ya‘malûn


(SAHEEH INTERNATIONAL)

And to Allāh belong the best names, so invoke Him by them. And leave [the company of] those who practice deviation concerning His names.¹ They will be recompensed for what they have been doing.

MALAY

Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepadaNya dengan menyebut nama-nama itu, dan pulaukanlah orang-orang yang berpaling dari kebenaran dalam masa menggunakan nama-namaNya. Mereka akan mendapat balasan mengenai apa yang mereka telah kerjakan.

 



 


99 Nama Allah (Asmaul Husna) & Maksudnya

Berikut adalah 99 nama Alla h berserta maksudnya:

1. Ar-Rahman – Maha Pengasih

2. Ar-Rahim – Maha Penyayang

3. Al-Malik – Maha Merajai

4. Al-Quddus – Maha Suci

5. As-Salam – Maha Sejahtera

6. Al-Mu’min – Maha Memberi Keamanan

7. Al-Muhaimin – Maha Pemelihara

8. Al-Aziz – Maha Gagah

9. Al-Jabbar – Maha Perkasa

10. Al-Mutakabbir – Maha Megah,  Yang Memiliki Kebesaran

11. Al-Khaliq – Maha Pencipta 

12. Al-Bari’ – Yang Melepaskan (Membuat, Membentuk)

13. Al-Musawwir – Yang Membentuk Rupa

14. Al-Ghaffar – Maha Pengampun

15. Al-Qahhar – Yang Memaksa

16. Al-Wahhab – Maha Pemberi

17. Ar-Razzaq – Maha Pemberi Rezeki

18. Al-Fattah – Maha Pembuka Rahmat

19. Al-‘Alim – Maha Mengetahui

20. Al-Qabidh – Maha Menyempitkan Rezeki

21. Al-Basit – Maha Melapangkan Rezeki

22. Al-Khafidh – Maha Merendahkan Darjat Seseorang

23. Ar-Rafi’ – Maha Meninggikan Darjat

24. Al-Mu’izz – Maha Memuliakan

25. Al-Mudzil – Maha Menghina Musuh-Nya

26. Al-Sami’ – Maha Mendengar

27. Al-Basir – Maha Melihat

28. Al-Hakam – Maha Menghakimi

29. Al-‘Adl – Maha Adil

30. Al-Latif – Maha Lembut

31. Al-Khabir – Maha Sedia Mengetahui

32. Al-Halim – Maha Penyantun dan Penyabar

33. Al-‘Azim – Maha Agung

34. Al-Ghafur – Maha Pengampun

35. Al-Syakur – Maha Menggandakan Balasan

36. Al-‘Aliyy – Maha Tinggi

37. Al-Kabir – Maha Besar

38. Al-Hafiz – Maha Memelihara

39. Al-Muqit – Maha Pemberi Keperluan

40. Al-Hasib – Maha Menghitung

41. Al-Jalil – Maha Memiliki Sifat Keagungan

42. Al-Karim – Maha Mulia dan Sedia Memberi

43. Ar-Raqib – Maha Mengawasi

44. Al-Mujib – Maha Memperkenankan

45. Al-Wasi’ – Maha Luas Ilmu dan Rahmat-Nya

46. Al-Hakim – Maha Bijaksana

47. Al-Wadud – Maha Pengasih

48. Al-Majid – Maha Sempurna

49. Al-Ba’ith – Maha Membangkitkan

50. Asy-Syahid – Maha Menyaksikan

51. Al-Haqq – Maha Benar

52. Al-Wakil – Maha Pelindung

53. Al-Qawiyy – Maha Berkuasa

54. Al-Matin – Maha Teguh

55. Al-Waliyy – Maha Memberikan Pertolongan

56. Al-Hamid – Maha Layak Menerima Pujian

57. Al-Muhsi – Maha Menghitung Segala Sesuatu

58. Al-Mubdi’ – Maha Memulai

59. Al-Mu’id – Maha Mengembalikan Ciptaan-Nya

60. Al-Muhyi – Maha Menghidupkan

61. Al-Mumit – Maha Mematikan

62. Al-Hayy – Maha Hidup

63. Al-Qayyum – Maha Berdiri Dengan Sendiri-Nya

64. Al-Wajid – Maha Memperoleh Segala Yang Dikehendaki-Nya

65. Al-Majid – Maha Dimuliakan

66. Al-Wahid – Maha Tunggal

67. Al-Ahad - Maha Esa

68. As-Samad – Yang Kekal dan Men­jadi Tempat Bergantung Sekalian Makhluk

69. Al-Qadir – Maha Berkuasa

70. Al-Muqtadir – Maha Menentukan Sesuatu

71. Al-Muqaddim – Yang Memulakan Wujudnya Sesuatu

72. Al-Mu’akhkhir – Maha Melambatkan

73. Al-Awwal – Yang Awal dan Tiada Permulaan

74. Al-Akhir – Yang Akhir dan Tiada Kesudahan

75. Az-Zahir – Yang Menzahirkan Kewujudan

76. Al-Batin – Yang Menyembunyikan Kewujudan

77. Al-Wali – Maha Memiliki dan Memerintah Segala Sesuatu

78. Al-Muta’ali – Maha Tinggi dan Suci

79. Al-Barr – Yang Menjadi Sumber Kebaikan

80. At-Tawwab – Maha Penerima Taubat

81. Al-Muntaqim – Maha Penyiksa

82. Al-‘Afuww – Maha Pemaaf

83. Ar-Ra’uf – Maha Pemberi Kasih Sayang

84. Malikul Mulk – Pemilik Mutlak Segala Kekuasaan

85. Dzul Jalali Wal Ikram – Maha Pemilik Keagungan dan Kemuliaan

86. Al-Muqsith – Maha Adil dan Saksama

87. Al-Jami’ – Maha Penghimpun

88. Al-Ghaniyy – Maha Kaya

89. Al-Mughni – Maha Pemberi Kekayaan

90. Al-Mani’ – Maha Mencegah dan Menolak

91. Al-Darr – Maha Pemberi Mudharat

92. Al-Nafi’ – Maha Pemberi Manfaat

93. An-Nur – Maha Pemberi Cahaya

94. Al-Hadi – Maha Pemberi Hidayah Kepada Hamba-Nya

95. Al-Badi’ – Maha Pencipta yang Tiada Bandingannya

96. Al-Baqi – Maha Kekal

97. Al-Waris – Maha Pewaris

98. Ar-Rasyid – Maha Memberi Petunjuk Kepada Kebenaran , Maha Pemimpin dan Bijaksana 

99. As-Sabur – Maha Sabar




Dijamin Masuk Syurga bagi yang Menghafalnya

Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya Allah mempunyai 99 nama. Sesiapa yang menghafalnya akan masuk syurga.”

(Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)



No comments:

MERAIH PAHALA YG BANYAK DGN BERSABAR ATAS KESUSAHAN DAN KESEDIHAN ..

  Pahala yang paling banyak didapati oleh seorang mukmin di akhirat kelak salah satunya berasal dari rasa kesusahan, kegelisahan, dan kesedi...