10. Melakukan Takbir Mursal Dan Takbir Muqayyad
.
Takbir Raya terbahagi kepada dua jenis Utama: takbir mursal dan takbir muqayyad:
.
a) Takbir mursal ialah takbir yang tidak terikat dengan waktu solat, iaitu takbir dilakukan pada setiap masa. Ia berlaku pada Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha.
.
Waktunya: Bermula dari terbenam matahari malam hari raya sehingga solat hari raya didirikan.
.
b) Takbir muqayyad pula ialah takbir yang dilakukan selepas solat, sama ada solat fardu, solat qada, solat sunat, atau solat jenazah. Ia berlaku hanya pada Hari Raya Aidiladha. Begitu juga disunatkan mendahulukan takbir ini berbanding zikir dan wirid selepas solat. Kata Al-allamah Sulaiman Bin Umar Al-Jamal:
.
ويقدم على أذكارها لأنه شعار الوقت ولا يتكرر فكان الاعتناء به أشد من الأذكار وأما المطلق فيسن تأخيره عن الأذكار
.
“Dan disunnahkan untuk mendahulukannya (takbir) keatas zikir-zikir lain kerana ia adalah syiar (amalan utama) bagi waktu tersebut dan tidak berulang, maka lebih patut untuk diberi perhatian yang lebih berbanding zikir-zikir lain. Adapun takbir yang bersifat mutlak, disunnahkan untuk dilewatkan selepas zikir-zikir lain”. [12]
.
Waktunya: Bagi bukan jemaah haji: Bermula dari Subuh hari Arafah (9 Zulhijjah) hingga Asar hari terakhir Tasyriq (13 Zulhijjah).
.
Bagi jemaah haji: Bermula dari Zuhur hari Nahr (10 Zulhijjah) hingga Subuh hari terakhir Tasyriq. Jika telah bertahallul, mereka bertakbir hingga waktu Asar.
.
Takbir mursal pada Aidilfitri adalah lebih utama daripada takbir mursal pada Aidiladha. Manakala takbir muqayyad pada Aidiladha adalah lebih utama daripada kedua-duanya. [13]
.
Sighah Takbir Raya Menurut Mazhab imam Al-Syafie:
.
الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر، لا إله إلا الله، الله أكبر، الله أكبر، ولله الحمد {3x}
الله أكبر كبيرًا، والحمد لله كثيرًا، وسبحان الله بكرة وأصيلا
لا إله إلا الله وحده، صدق وعده، ونصر عبده، وأعز جنده، وهزم الأحزاب وحده
لا إله إلا الله، ولا نعبد إلا إيَّاهُ، مُخْلِصِين له الدين ولو كره الكافرون
اللهم صل على سيدنا محمد، وعلى آل سيدنا محمد، وعلى أصحاب سيدنا محمد، وعلى أنصار سيدنا محمد، وعلى أزواج سيدنا محمد، وعلى ذرية سيدنا محمد وسلم تسليمًا كثيرًا.
.
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, tiada Tuhan melainkan Allah, Allahu Akbar, Allahu Akbar, dan bagi Allah segala pujian.
(3 kali)
.
Allahu Akbar yang Maha Besar, dan segala puji bagi Allah yang banyak, dan Maha Suci Allah pada waktu pagi dan petang.
Tiada Tuhan melainkan Allah Yang Maha Esa, Dia menepati janji-Nya, menolong hamba-Nya, memuliakan tentera-Nya, dan mengalahkan golongan-golongan (kafir) sendirian.
Tiada Tuhan melainkan Allah, dan kami tidak menyembah melainkan Dia sahaja, kami mengikhlaskan agama untuk-Nya, walaupun orang-orang kafir membencinya.
.
Ya Allah, limpahkanlah selawat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad, dan ke atas keluarga penghulu kami Nabi Muhammad, dan ke atas para sahabat penghulu kami Nabi Muhammad, dan ke atas para penolong penghulu kami Nabi Muhammad, dan ke atas para isteri penghulu kami Nabi Muhammad, dan ke atas keturunan penghulu kami Nabi Muhammad, serta berilah kesejahteraan yang banyak”. [14]
COPY PASTE FROM ..



No comments:
Post a Comment