Tuesday, May 12, 2026

ZIKIR HARI ARAFAH ..


Imam Abu ‘Isa al-Tirmizi meriwayatkan di dalam al-Jami’ menerusi sanadnya daripada ‘Amr b. Syu’aib daripada bapanya, daripada datuknya bahawa Rasulullah SAW bersabda:


 خَيْرُ الدُّعاءِ دعاءُ يَوْمِ عَرَفَةَ، وَخَيْرُ ما قُلْتُ أنا وَالنَّبِيُّونَ مِنْ قَبْلِي: لا إِلهَ إِلاَّ اللَّهُ وحده لا شَريكَ لَهُ، لَهُ المُلْكُ، وَلَهُ الحَمْدُ، وَهُوَ على كُلّ شئ قَدِيرٌ 


“Sebaik-baik doa ialah doa pada hari Arafah. Dan sebaik-baik (zikir) yang dilafazkan oleh aku dan para Nabi sebelumku ialah (Kalimah Tauhid):


 “Tiada Tuhan selain Allah, satu-satunya Dia sahaja tiada sekutu bagi-Nya. 


Hanya milik-Nya segala Kerajaan, dan hanya milik-Nya jua segala puja, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu.”





Zikir terbaik pada Hari Arafah ialah Kalimah Tauhid yang diamalkan oleh Nabi Muhammad SAW dan para nabi terdahulu. 

Rasulullah SAW bersabda bahawa sebaik-baik doa dan ucapan pada hari tersebut adalah pengesaan terhadap Allah SWT.

 Bacaan Zikir Utama

 Laa ilaaha illallaahu wahdahu laa syariika lah, lahul mulku wa lahul hamdu, wa huwa 'alaa kulli syai'in qadiir .. 

 Maksud: 

 "Tiada Tuhan selain Allah, satu-satunya Dia sahaja tiada sekutu bagi-Nya. Hanya milik-Nya segala Kerajaan, dan hanya milik-Nya jua segala puja, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu." 

 Dianjurkan dibaca sebanyak 100 kali atau lebih pada 9 Zulhijjah.

 Amalan zikir tambahan .. 

 Selain zikir utama, umat Islam digalakkan memperbanyakkan:

 Tasbih, Tahmid, Takbir, dan Tahlil.
Istighfar (memohon ampunan).
 Selawat Nabi. 


 Waktu TerbaikWaktu paling mustajab adalah semasa Wukuf, bermula dari gelincir matahari (Zohor) pada 9 Zulhijjah sehingga terbit fajar (Subuh) 10 Zulhijjah.



Disunatkan juga untuk membaca Surah al-Hasyr, Imam al-Ramli berkata:

وَيُسْتَحَبُّ أَنْ يُكْثِرَ مِنْ قِرَاءَةِ سُورَةِ الْحَشْرِ

“Dianjurkan (pada hari Arafah) memperbanyakkan membaca Surah al-Hasyr.”

 Hal ini kerana, Surah al-Hasyr sarat dengan unsur simbolik perhimpunan dan perkumpulan sekalian manusia kelak pada hari kiamat, dan ia bersamaan serta bersesuaian dengan tujuan perkumpulan jemaah Haji di padang Arafah.



Surah Al-Hasyr ..

Ayat 21:

لَوْ أَنزَلْنَا هَٰذَا الْقُرْآنَ عَلَىٰ جَبَلٍ لَّرَأَيْتَهُ خَاشِعًا مُّتَصَدِّعًا مِّنْ خَشْيَةِ اللَّهِ ۚ وَتِلْكَ الْأَمْثَالُ نَضْرِبُهَا لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ

Ayat 22:

هُوَ اللَّهُ الَّذِي لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ ۖ عَالِمُ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ ۖ هُوَ الرَّحْمَٰنُ الرَّحِيمُ

Ayat 23:

هُوَ اللَّهُ الَّذِي لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ الْمَلِكُ الْقُدُّوسُ السَّلَامُ الْمُؤْمِنُ الْمُهَيْمِنُ الْعَزِيزُ الْجَبَّارُ الْمُتَكَبِّرُ ۚ سُبْحَانَ اللَّهِ عَمَّا يُشْرِكُونَ

Ayat 24:

هُوَ اللَّهُ الْخَالِقُ الْبَارِئُ الْمُصَوِّرُ ۖ لَهُ الْأَسْمَاءُ الْحُسْنَىٰ ۚ يُسَبِّحُ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۖ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ



Ayat 21-24 Surah Al-Hasyr

 menekankan keagungan Al-Quran, kekuasaan Allah SWT, serta nama-nama-Nya yang indah (Asmaul Husna). 

Ayat ini memberi peringatan tentang betapa dahsyatnya kuasa Allah yang mampu menghancurkan gunung jika Al-Quran diturunkan kepadanya, serta menegaskan kewajipan manusia untuk bertasbih dan mengakui keesaan-Nya.

Berikut adalah maksud ringkas bagi setiap ayat:

Ayat 21: 

Kepentingan Al-Quran

"Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu tunduk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. 
Dan ingat-ingatlah perumpamaan itu Kami kemukakan kepada manusia agar mereka berfikir".

Maksud: 

Al-Quran mempunyai impak yang sangat besar dan berat, sehingga gunung yang kukuh pun akan hancur jika menerima wahyu, melambangkan kebesaran Allah yang wajib digeruni.

Ayat 22: 

Allah Yang Maha Mengetahui

"Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia;
 Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata;
 Dialah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani".

Maksud:

 Menegaskan tauhid, iaitu Allah ialah satu-satunya Tuhan yang berhak disembah, meliputi segala ilmu, dan bersifat Maha Pemurah.

Ayat 23:

 Allah Yang Maha Agung

"Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; 
Yang Menguasai (sekalian alam),
 Yang Maha Suci,
 Yang Maha Sejahtera, 
Yang Maha Melimpahkan Keamanan,
 Yang Maha Memelihara keselamatan, 
Yang Maha Kuasa, 
Yang Maha Memaksa,
 Yang Melimpahkan Kebesaran.
 Maha Suci Allah dari apa yang mereka sekutukan".

Maksud: 

Menjelaskan beberapa sifat Allah (Asmaul Husna) yang menunjukkan kekuasaan, kesucian, dan kedaulatan mutlak Allah.

Ayat 24: 

Allah Yang Maha Pencipta

"Dialah Allah, Yang Menciptakan, Yang Mengadakan, Yang Membentuk Rupa; Bagi-Nya nama-nama yang paling indah. Bertasbih kepada-Nya apa yang ada di langit dan di bumi. Dan Dialah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".

Maksud: 

Allah adalah pencipta mutlak dari tiada kepada ada, membentuk rupa, dan segala isi langit dan bumi bertasbih kepada-Nya.

Fadhilat/Kelebihan:

Membaca ayat 21-24 Surah Al-Hasyr (3 atau 4 ayat terakhir) pada waktu pagi atau petang dipercayai mendapat perlindungan daripada 70,000 malaikat sehingga petang/pagi, dan jika meninggal dunia pada hari tersebut, ia dikira mati syahid.


https://mufti.pahang.gov.my/panduan/doa-doa-hari-arafah?


wallahu a'lam ..

No comments:

4 BULAN HARAM ..

  Empat bulan haram ialah bulan-bulan suci dalam Islam yang dimuliakan Allah SWT, di mana maksiat dilarang keras dan pahala amal soleh digan...