سُبْحَانَ اللهِ ، وَالْحَمْدُ ِللهِ ، وَ لآ إِلهَ إِلاَّ اللهُ ، وَاللهُ أَكْبَرُ لاحول ولا قوة الا بالله
Wednesday, July 3, 2024
ASMAULHUSNA ALLAH ~ 99 NAMA ALLAH SWT ..
SURAH AL AHZAB AYAT 35 ..
Tuesday, July 2, 2024
SURAH AL AHZAB ayat 33 ..
SELURUH CIPTAAN LANGIT DAN BUMI BERTASBIH ..
تُسَبِّحُ لَهُ السَّمٰوٰتُ السَّبْعُ وَالْاَرْضُ وَمَنْ فِيْهِنَّۗ وَاِنْ مِّنْ شَيْءٍ اِلَّا يُسَبِّحُ بِحَمْدِهٖ وَلٰكِنْ لَّا تَفْقَهُوْنَ تَسْبِيْحَهُمْۗ اِنَّهٗ كَانَ حَلِيْمًا غَفُوْرًا
Dalam hal ini, Nabi Muhammad s.a.w pernah ditanya oleh para sahabat,
“Apakah ucapan tasbih itu?”
Baginda menjawab,
“SubahanALLAH.”
Maha Suci Allah.
Lalu, siapakah sebenarnya yang bertasbih?
Terdapat ayat-ayat khusus menceritakan tentang para malaikat bertasbih.
Semua malaikat dan penghuni setiap tujuh lapis langit kerjanya hanya bertasbih memuji Allah siang dan malam.
Siapakah pula yang bertasbih di Bumi?
“Tidakkah engkau mengetahui bahawasanya Allah (Yang Maha Esa dan Maha Kuasa) sentiasa bertasbih kepadaNya sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi serta burung-burung yang terbang berbaris di angkasa?…”
(Surah An Nur, ayat 41).
Begitu juga dengan kicauan dan siulan burung, ketika ombak menghempas pantai, bunyi deruman air terjun, suara-suara serangga, batu, pokok dan sekalian makhluk Bumi yang diciptakan olehNya. Sebab itulah, jika kita mendengarnya, hati akan merasa tenang dan tenteram.
Selain itu, ada hadis sahih menyatakan bahawasanya Abdullah bin Mas’ud pernah makan bersama Nabi Muhammad s.a.w dan mendengar makanan bertasbih.
Nabi juga pernah mendengar pasir memuji Allah ketika berjalan di gurun.
Abi Dzar Al-Ghiffary turut menyatakan pernah mendengar kerikil di tangan baginda bertasbih dengan bunyi mendengung seperti suara lebah.
Guruh dan petir juga memuji Allah seperti mana yang dijelaskan dalam surah Ar Ra’d, ayat 13.
Seluruh Isi Langit dan Bumi Bertasbih ..
QS. As-Saff Ayat 1
SELAWAT KE ATAS RASULULLAH SAW ..
Monday, July 1, 2024
zkir sebelum tidur ..
ZIKIR SEBELUM TIDUR .. TERHAPUS DOSA ..
SURAH ALI IMRAN AYAT 26 &27 ..
Jika dijadikan ayat 26-27 sebagai amalan wirid harian, Insya’Allah dapat menjadi karamah, meluaskan rezeki, melangsaikan hutang dan ...

-
Selain disunnahkan untuk dibacakan pada Solat Jumaat rakaat pertama, Surah Al A’la juga mempunyai kelebihan lainnya yang sangat berguna...
-
Niat puasa sunat Isnin adalah seperti berikut: Maksudnya: Sahaja aku berniat puasa sunat hari isnin kerana Allah Taala N...
-
FIRMAN ALLAH SWT .. وَاذْكُر رَّبَّكَ فِي نَفْسِكَ تَضَرُّعًا وَخِيفَةً Maksudnya : Dan ingatlah Tuhan kamu di dalam diri kamu secara ren...