Selawat Ringkas
(Bacaan Rumi & Makna)
Selawat ringkas ini amat mudah untuk di baca.
Hanya satu ayat sahaja iaitu
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Allahumma Solli ‘Ala Muhammadin Wa ‘Ala Aali Muhammad
Makna:
Ya Allah, berilah selawat kepada penghulu kami Muhammad, hamba-Mu dan utusan-Mu Nabi yang Ummi (tidak boleh membaca) dan kepada keluarga baginda dan sahabat baginda berserta sejahtera.
Hadis An-Nasae’i: 1292
Kelebihan Berselawat
Terlalu banyak kelebihan dan kebaikan yang bakal diperoleh oleh orang yang sentiasa berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. ini.
Antaranya ialah:
Dituliskan oleh Malaikat sepuluh kebaikan atas setiap selawat.
Dihapuskan oleh Allah sepuluh kejahatan atas setiap selawat.
Segala doa akan diperkenankan oleh Allah.
Mendapat syafaat daripada Rasulullah SAW.
Mendapat keampunan Allah serta akan ditutup segala keaiban.
Allah akan menutupi segala perasaan dukacita.
Mendapat darjat al-Sidq.
Sejahtera pada hari kiamat.
Allah dan para Malaikat akan berselawat ke atas individu yang berselawat.
Mendapat khabar gembira daripada Allah dengan balasan syurga.
Rasulullah SAW akan menjawab secara langsung ke atas setiap selawat yang dilafazkan.
Mendapat kesejahteraan daripada doa Rasulullah SAW kepada yang berselawat.
Selawat akan menjemput setiap pengucapanya ke jalan syurga.
selawat ringkas
WALLAHU 'ALAM ..
No comments:
Post a Comment