Sunday, July 21, 2024

asmaulhusna 91-99


 
 
۞ Ad-Dhār ۞ An-Nafī’ ۞ An-Nūr 
۞ Al-Hādī ۞ Al-Bādī ۞ Al-Bāqī 
 ۞ Al-Wārits ۞ Ar-Rasyīd 
۞ As-Shabūr ۞ 
 
91. Adh-Dhaar: ( الضار ) 
 
Maha Mendatangkan Mudharat / Maha Pembuat Bahaya / Maha Pemberi bahaya, iaitu dengan menurunkan seksa-seksaNya kepada musuh-musuhNya 
 
92. An-Naafi’: ( النافع ) 
 
Maha Pemberi Manfaat , iaitu meluaslah kebaikan yang dikurniakanNya itu kepada semua hamba, masyarakat dan negeri. 
 
 93. An-Nuur: ( النور ) 
 
Maha Pemberi Cahaya / Maha Bercahaya, iaitu menonjokan ZatNya sendiri dan menampakkan untuk yang selainNya dengan menunjukkan tanda-tanda kekuasaanNya. 
 
94. Al-Haadi: ( الهادى ) 
 
Maha Pemberi Petunjuk / Yang Memimpin dan Memberi Pertunjuk, iaitu memberikan jalan yang benar kepada segala sesuatu agar berterusan adanya dan terjaga kehidupannya. 
 
 95. Al-Badii’: ( البديع ) 
 
Maha Indah / Tiada Bandingan / Maha Pencipta yang baru, sehingga tidak ada contoh dan yang menyamai sebelum keluarnya ciptaanNya itu. 
 
96. Al-Baaqi: ( الباقع ) 
 
Maha Kekal, iaitu kekal hidupNya untuk selama-Iamanya 
 
97. Al-Waarits: ( الوارث ) 
 
Maha Membahagi / Maha Mewarisi / Maha Pewaris, iaitu kekal setelah musnahnya seluruh makhluk. 
 
 
98. Ar-Rasyiid: ( الرشيد ) 
 
Maha Cendekiawan / Maha Pandai / Bijaksana / Maha Memimpin, iaitu yang memimpin kepada kebenaran, iaitu memberi penerangan dan panduan pada seluruh hambaNya dan segala peraturanNya itu berjalan mengikut ketentuan yang digariskan oleh kebijaksanaan dan kecendekiawanNya. 
 
99. Ash-Shabuur: ( الصبور ) 
 
Maha Penyabar yang tidak tergesa-gesa memberikan seksaan dan tidak juga cepat melaksanakan sesuatu sebelum masanya. 
 
 

No comments:

Zikir La ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minaz zalimin (doa Nabi Yunus) ..

Zikir La ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minaz zalimin (doa Nabi Yunus) mempunyai kekuatan luar biasa untuk melepaskan diri daripada ke...