Sunday, July 21, 2024

ASMAULHUSNA 61-70

 
 
 
۞ Al-Mumītu ۞ Al-Hayyu ۞ Al-Qayyūm ۞ Al-Wājid ۞ Al-Mājid ۞ Al-Wahīd ۞ Al-‘Ahad ۞ As-Shamad ۞ Al-Qādir ۞ Al-Muqtadir 
 
 
 ASMAULHUSNA 61-70
 
 61. Al-Mumiit: ( المميت ) 
 
Maha Mematikan, iaitu mengambil kehidupan (roh) dari apa-apa yang hidup. 62. Al-Hay: ( الحي ) Maha Hidup, iaitu sentiasa kekal hidupNya itu. 
 
63. Al-Qayyuum: ( القيوم ) 
 
Maha Berdiri Dengan Sendiri-Nya , iaitu baik ZatNya, SifatNya, Af’alNya. Juga membuat berdirinya apa-apa yang selain Dia. DenganNya pula berdirinya langit dan bumi ini. 
 
 
64. Al-Waajid: ( الواجد ) 
 
Maha Penemu / Maha Menemukan, iaitu dapat menemukan apa saja yang diinginkan olehNya, maka tidak berkehendakkan pada suatu apa pun kerana sifat kayaNya yang secara mutlak. 
 
 
65. Al-Maajid: ( الماجد ) 
 
Maha Mulia, (sama dengan no. 48 yang berbeda hanyalah tulisannya dalam bahasa Arab, Ejaan sebenarnya no. 48 Al-Majiid, sedang no.65 A1-Maajid). 
 
 
66. Al-Waahid: ( الواحد ) 
 
Maha Esa. 
 
 
67. Al-Ahad: ( الأحد ) 
 
Maha Tunggal. 
 
 
68. Ash-Shamad: ( الصمد ) 
 
Maha Diperlukan / Maha Diminta / Yang Menjadi Tumpuan, iaitu selalu menjadi tujuan dan harapan orang di waktu ada hajat keperluan. 
 
 
69. Al-Qaadir: ( القادر ) 
 
Maha Berkuasa/ Maha Kuasa / Maha Berupaya 
 
 
70. Al-Muqtadir: ( المقتدر ) 
 
Maha Menentukan.
 

No comments:

Zikir La ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minaz zalimin (doa Nabi Yunus) ..

Zikir La ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minaz zalimin (doa Nabi Yunus) mempunyai kekuatan luar biasa untuk melepaskan diri daripada ke...