Monday, July 29, 2024

MURKA ALLAH .. ISTIGHFAR DAN TAUBAT ..


 
 
Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
 
 “Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh al-Quran tentang sah batalnya),
 
 maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, 
 
dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya. 
 
“Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, 
 
dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, 
 
dan batallah apa yang mereka telah kerjakan.” 
 
(Hud: 15-16)
 
 
ISTIGHFAR DAN TAUBAT ..
 
Dijauhkan Daripada Kesempitan Hidup

Daripada Ibn Abbas RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

“Barangsiapa yang melazimi (sentiasa) istighfar, Allah SWT menjadikan untuknya bagi setiap kesempitan itu jalan keluar, setiap kebimbangan itu kelapangan dan Allah juga mengurniakan kepadanya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka”.

 

– Riwayat Abu Daud (1518)

 

 Menolak Bala

Istighfar boleh menghalang murka Allah SWT sekaligus menolak bala.

 

Firman Allah SWT:

“Dan Allah sekali-kali tidak akan mengazab mereka sedang engkau berada di tengah-tengah mereka. Dan tidak pula Allah mengazab mereka kerana mereka meminta ampun.”

(Surah Al-Anfal ayat 33)

 

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

“Katakanlah (wahai Muhammad):

 “Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; 

sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

“Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat, serta berserah bulat-bulat kepadaNya, sebelum kamu didatangi azab; kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan.”

(az-Zumar: 53–54)

 

No comments:

4 KALIMAT TASBIH TAHMID TAHLILDAN TAKBIR ...

  KALIMAT ZIKIR MENGELILINGI ARSY    بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ     Dari an-Nu’man bin Basyir berkata, Rasulullah SAW bersabda:  ...