Sunday, July 28, 2024

Akhlak yang baik ..


Nabi SAW bersabda: 

"Kebanyakan perkara yang memasukkan manusia ke dalam syurga ialah ketakwaan kepada Allah dan mempunyai akhlak yang baik."

 Hadis Riwayat al-Tirmidzi

 

Saidina Usamah bin Zaid mengatakan:

 "Katakanlah kepada kami wahai Rasulullah, apakah pemberian paling baik yang diberikan Allah kepada manusia? 

Lalu baginda SAW bersabda: 

"Akhlak yang baik."

 

 Hadis Riwayat Ibn Majah

 

Baginda SAW bersabda lagi: 

"Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia." 

Hadis Riwayat al-Bukhari

 

Di dalam hadis yang lain Rasulullah SAW bersabda: 

 

"Sesuatu paling berat ditimbang oleh Allah ditimbangan-Nya ialah akhlak yang baik." 

 

Hadis Riwayat al-Tirmidzi

 


No comments:

4 KALIMAT TASBIH TAHMID TAHLILDAN TAKBIR ...

  KALIMAT ZIKIR MENGELILINGI ARSY    بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ     Dari an-Nu’man bin Basyir berkata, Rasulullah SAW bersabda:  ...