Tuesday, July 30, 2024

SURAH ALI IMRAN ~ DOA ..

   

Surah Ali ‘Imran Surah Ali ‘Imran 
 
(Keluarga Imran) - آل عمران 
 
 ini terdiri dari 200 ayat, 
merupakan surah Madaniyyah. 


Dinamakan Ali Imran kerana memuat kisah keluarga Imran yang di dalam kisahnya disebutkan kelahiran Nabi Isa, persamaannya dengan Nabi Adam, kenabian dan beberapa mukjizatnya, serta disebut pula kelahiran Maryam puteri Imran, ibunda daripada Nabi Isa. Surah Ali Imran ini dan surah Al Baqarah dinamakan 
 
"Az Zahrawaani" 
(dua yang cemerlang),
 
 kerana kedua surat ini menyingkapkan hal-hal yang disembunyikan oleh para Ahli Kitab, 

seperti kejadian dan kelahiran 
Nabi Isa, 
kedatangan Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam dan sebagainya. 
 
 
Ayat-ayat Doa dalam Surah Ali ‘Imran 
 
 
1. Hati tidak menyimpang setelah mendapat petunjuk al-Quran: 
 
 Maksudnya:
 
 (Mereka berdoa dengan berkata): 
 
"Wahai Tuhan kami! 
 
Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberianNya.
 
(Ali ‘Imran 3:8) 
 
Maksudnya: 
 
"Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk (menerima balasan pada) suatu hari (hari kiamat) yang tidak ada syak padanya". 
 
Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya.
 
 (Ali ‘Imran 3:9) 
 
2. Memohon ampun atas kesalahan dan dilindungi daripada azab api Neraka: 
 
 Maksudnya: 
 
(Iaitu) orang-orang yang berdoa dengan berkata: 
 
"Wahai Tuhan kami! 
 
Sesungguhnya kami telah beriman, oleh itu, ampunkanlah dosa-dosa kami dan peliharalah kami dari azab neraka".
 
 (Ali ‘Imran 3:16) 
 
 3. Setelah melahirkan anak 
(Doa ibu Mariam): 
 
Maksudnya: 
 
Maka apabila ia melahirkannya, berkatalah ia: 
 
"Wahai Tuhanku! 
 
Sesungguhnya aku telah melahirkan seorang anak perempuan (sedang yang aku harap-harapkan ialah anak lelaki), - dan Allah memang mengetahui akan apa yang dilahirkannya itu - dan memanglah tidak sama anak lelaki dengan anak perempuan; dan bahawasanya aku telah menamakannya Maryam, dan aku melindungi dia dengan peliharaanMu, demikian juga zuriat keturunannya, dari godaan syaitan yang kena rejam (yang dikutuk dan disingkirkan)". 
 
(Ali ‘Imran 3:36) 
 
4. Mendapatkan anak: 
 
Maksudnya:
 
 Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya: 
 
"Wahai Tuhanku! 
 
Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik;
 sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar (menerima) doa permohonan". 
 
(Ali ‘Imran 3:38) 
 
 
5. Menjadi seorang saksi bagi Allah dan Kitab-Nya: 
 
Maksudnya: 
 
"Wahai Tuhan kami! 
 
Kami telah beriman kepada apa yang telah Engkau turunkan, dan kami mengikut RasulMu; oleh itu suratkanlah kami beserta orang-orang yang menjadi saksi (yang mengakui keesaanMu dan kebenaran RasulMu)". 
 
(Ali ‘Imran 3:53) 
 
 6. Memohon ampun atas kesalahan dan yang berlebihan dalam urusan, teguhkan pendirian, dan pertolongan terhadap kaum yang tidak percaya: 
 
Maksudnya: 
 
Dan tidaklah ada yang mereka ucapkan (semasa berjuang), selain daripada berdoa dengan berkata: 
 
“Wahai Tuhan kami! 
 
Ampunkanlah dosa-dosa kami dan perbuatan kami yang melampau dalam urusan kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami (dalam perjuangan); dan tolonglah kami mencapai kemenangan terhadap kaum yang kafir”. 
 
(Ali ‘Imran 3:147) 
 
7. Doa ketika menghadapi tekanan (stress) 
 
 Maksudnya: 
 
Mereka juga ialah yang diberitahu oleh orang-orang (pembawa berita) kepada mereka: 
 
"Bahawa kaum (kafir musyrik) telah mengumpulkan tentera untuk memerangi kamu, oleh itu hendaklah kamu gerun kepadanya". 
 
Maka berita itu makin menambahkan iman mereka lalu berkata: 
"Cukuplah Allah untuk (menolong) kami, dan ia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadanya segala urusan kami)". 
 
(Ali ‘Imran 3: 173) 
 
 Menurut Bukhari, Ibn al-Munzir, al-Hakim dan al-Baihaqi, daripada Ibn Abbas berkata bahawa doa di atas merupakan kalimah yang terakhir diucapkan oleh Nabi Ibrahin ‘alaihis salam sebelum dicampakkan ke dalam api. 
 
Ia juga diucapkan oleh Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam ketika golongan kafir menakut-nakutkan Nabi tentang tentera bersekutu yang akan menyerang Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam.
 
 (Tafsir al-Fakhrurrazi, tafsir ayat 173, surah ali ‘Imran). 
 
8. Dijauhkan daripada azab api neraka, ampun atas kesalahan, lepas daripada kejahatan, mati sebagai orang yang taat, dan tidak diaibkan pada Hari Kiamat 
 
(Doa ketika memikirkan tentang ciptaan langit dan bumi): 
 
 Maksudnya: 
 
(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): 
 
"Wahai Tuhan kami! 
 
Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.
 
 (Ali ‘Imran 3:191) 
 
Wahai Tuhan kami! 
 
Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya, dan orang-orang yang zalim tidak akan beroleh seorang penolong pun; 
 
(Ali ‘Imran 3:192) 
 
Wahai Tuhan kami! 
 
Sesungguhnya kami telah mendengar seorang penyeru (Rasul) yang menyeru kepada iman, katanya:
 
 `Berimanlah kamu kepada Tuhan kamu ', maka kami pun beriman. 
 
Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami, dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami, dan matikanlah kami bersama orang-orang yang berbakti; 
 
(Ali ‘Imran 3:193) 
 
Wahai Tuhan kami! 
 
Berikanlah kepada kami pahala yang telah Engkau janjikan kepada kami melalui Rasul-rasulMu, 
dan janganlah Engkau hinakan kami pada hari kiamat; 
sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji". 
 
(Ali ‘Imran 3:194) 
 
 

 http://kehidupan-insan.blogspot.com/2012/07/doa-doa-yang-boleh-diamalkan-daripada_30.html
 
 

No comments:

4 KALIMAT TASBIH TAHMID TAHLILDAN TAKBIR ...

  KALIMAT ZIKIR MENGELILINGI ARSY    بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ     Dari an-Nu’man bin Basyir berkata, Rasulullah SAW bersabda:  ...