Wednesday, July 17, 2024

SURAH AL FALAQ DAN AN NAS ..

 



Mu’awwizatain mengandungi dua surah Madaniyah iaitu  
Surah Al-Falaq dan Surah An-Naas 
yang mempunyai sebelas jumlah ayat iaitu lima ayat dalam 
Surah Al-Falaq dan enam ayat lagi dalam Surah An-Naas. 
 
Kedua-dua surah yang bermaksud ‘seluruh makhluk’ dan ‘manusia’ ini juga dipanggil “Mu’awwizatain” 
 atau Ta’awuz” kerana mengandungi permohonan perlindungan.
 
Ia diturunkan apabila Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam selalu berdoa kepada Allah SWT untuk memohon perlindungan dari kejahatan manusia, syaitan dan juga jin setelah disihir oleh orang Yahudi.

‘Al-Mu’awwizatain’ mempunyai kedudukan yang tinggi dibandingkan antara surah-surah yang lain. Rasulullah Shalallahu Alaihi Wasallam bersabda:
 
 
أُنْزِلَ أَوْ أُنْزِلَتْ عَلَيَّ آيَاتٌ لَمْ يُرَ مِثْلُهُنَّ قَطُّ الْمُعَوِّذَتَيْنِ
 
“Telah diturunkan kepadaku ayat-ayat yang tidak standing sepertinya iaitu 
Al-Mu’awwizatain 
(surah An-Falaq dan surah Al-Naas). 
 
(HR Muslim, At Tirmidzi, 
An Naasa’i)
 
“Setelah turunnya dua surah ini, Rasulullah Shalallahu Alaihi Wasallam melengkapkan kedua-duanya sebagai bacaan (wirid) untuk membentengi dari pandangan buruk jin maupun manusia. 
 
(HR. At Tirmidzi, dari shahabat Abu Sa’id radhiallahu ‘anhu)
 

Ringkasan Fadhilat dan Faedahnya seperti di bawah :

1 - Untuk menyembuhkan orang terkena sihir atau yang seumpamanya,bacakan sebanyak 41 kali setiap hari selama tiga, lima atau tujuh hari berturut-turut.
Insya-Allah akan sembuh.
 
2 - Untuk menaikkan semangat berani membela kebenaran dari kekejaman orang-orang yang memegang kuasa,orang-orang jahat dan sebagainya,bacalah kedua-dua surah ini sebanyak 100 kali.
 
3 - Juga bacalah kedua-dua surah ini seberapa banyak apabila kita sesat jalan seperti dalam gelap atau dalam hutan,
Insya-Allah akan selamat.
 
4 - Amalkan membaca kedua-dua surah ini sebanyak tiga kali,pada waktu pagi dan petang hari didahului dengan membaca Surah Al-fatihah dan Surah Al-Ikhlas,
 
Insya-Allah segala keperluan hidupnya akan cukup sempurna.
 
 Aisyah menerangkan:

 

Bahwa Rasulullah s.a.w pada setiap malam apabila hendak tidur,beliau membaca

 

Surah Ikhlas,

 

Surah Falaq,

 

Surah An Naas

 

di tiup pada kedua tapak tangan kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala.

 

Sayyidina Ali menerangkan:

 

 

Pernah Rasulullah digigit kala-jengking,kemudian mengambil garam,lalu dibacakan

 

Surah Al-Falaq,

 

Surah An-Naas

 

dan disapukan pada anggota yang digigit kala tadi.

 

 Uqbah bin amir menerangkan:

 

Ketika saya sesat jalan dalam suatu perjalanan bersama dengan Rasulullah beliau membaca

 

surah Al-Falaq,

 

Surah An-Naas dan

 

aku pun disuruh membacanya.

 

 

No comments:

4 KALIMAT TASBIH TAHMID TAHLILDAN TAKBIR ...

  KALIMAT ZIKIR MENGELILINGI ARSY    بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ     Dari an-Nu’man bin Basyir berkata, Rasulullah SAW bersabda:  ...