Thursday, July 25, 2024

ASMAULHUSNA 54 AL MATIIN ..


  

Al Matiin
The Firm/ The Steadfast

Maha Kukuh / Maha Teguh / Maha Kukuh atau Perkasa / Maha Sempurna Kekuatan-Nya  – 

 

Dia berkuasa dan teguh, tidak ada kuasa yang boleh menghumbankanNya, iaitu memiliki keperkasaan yang sudah sampai di puncaknya.

 

.

Fadhilat Al Matiin


  • Amalkanlah zikir ‘Ya Matiin’ ini sebanyak mungkin kerana ianya mempunyai fadhilat yang besar sekali, antaranya untuk mengembalikan kekuatan sehingga musuh merasa gentar untuk mengganggu.


  • Jika seseorang mempunyai kesusahan dan bacalah berulang-kali ‘Ya Matiin’, InsyaAllah kesusahannya akan lenyap.


  • Untuk mengembalikan kekuatan terutama diwaktu dalam pertempuran, dibaca ‘Ya Matiin’ sebanyak-banyaknya (keduanya ‘Ya Hayyu Ya Qawiyyu’), InsyaAllah kekuatan akan pulih seperti semula.


  • Tuliskan ‘Al-Matiin’ (المتين)  pada sehelai kertas lalu direndam dalam air dan diberi minum kepada ibu yang tidak mengeluarkan / kekeringan susu. InsyaAllah akan berhasil.



والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته


No comments:

Zikir La ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minaz zalimin (doa Nabi Yunus) ..

Zikir La ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minaz zalimin (doa Nabi Yunus) mempunyai kekuatan luar biasa untuk melepaskan diri daripada ke...