Saturday, July 6, 2024

SALAM MAAL HIJRAH 1 Muharram 1446H / 2024 ..



Sempena kedatangan Tahun Baru Islam 1446H 

bersamaan 1 Muharram 1446H, 

 

 jatuh pada 7hb JULAI 2024

HARI AHAD

 ..


anda digalakkan untuk membaca doa akhir tahun dan doa Awal Muharram seperti perkongsian di bawah.

Bagi anda yang tidak tahu, berdasarkan kalendar Islam, pertukaran tarikh hijri (hijrah) bermula selepas masuknya waktu Maghrib.


Doa akhir tahun

Doa akhir tahun Hijrah (1445H) boleh dibaca sebelum masuk waktu Maghrib (akhir waktu Asar atau selepas solat Asar) pada 

29 Zulhijjah 1445H bersamaan 

6 Julai 2024 (Sabtu).

 

اَللَّهُمَّ مَا عَمِلْتُ مِنْ عَمَلٍ فِي هَذِهِ السَّنَةِ مَا نَهَيْتَنِي عَنْهُ وَلَمْ أَتُبْ مِنْه وَحَلُمْتَ فِيْها عَلَيَّ بِفَضْلِكَ بَعْدَ قُدْرَتِكَ عَلَى عُقُوبَتِي وَدَعَوْتَنِي إِلَى التَّوْبَةِ مِنْ بَعْدِ جَرَاءَتِي عَلَى مَعْصِيَتِكَ فَإِنِّي اسْتَغْفَرْتُكَ فَاغْفِرْلِي وَمَا عَمِلْتُ فِيْهَا مِمَّا تَرْضَى وَوَعَدْتَّنِي عَلَيْهِ الثّوَابَ فَأَسْئَلُكَ أَنْ تَتَقَبَّلَ مِنِّي وَلَا تَقْطَعْ رَجَائِ مِنْكَ يَا كَرِيْمُ

 

 

“Allahumma ma ‘amiltu min ‘amalin fi hadzihis sanati ma nahaitani ‘anhu, 

wa lam atub minhu, 

wa hamalta fiha ‘alayya bi fadhlika ba’da qudratika ‘ala ‘uqubati, 

wa da’autani ilat taubati min ba’di jara’ati ‘ala ma’shiyatik.

 Fa inni astaghfiruka, 

faghfirlî wa ma ‘amiltu fiha mimma tardha, 

wa wa’attani ‘alaihits tsawaba,

 fa’as’aluka an tataqabbala minni 

wa la taqtha’ raja’i minka ya karim.”

 

Maksudnya:

 “Ya Tuhanku, aku meminta ampun atas perbuatanku di tahun ini termasuk yang Engkau larang sementara aku belum sempat bertaubat, 

 perbuatanku yang Engkau maklumi kerana kemurahanMu sementara Engkau mampu menyiksaku, 

dan perbuatan (dosa) yang Engkau perintahkan untuk taubat sementara aku menerjangnya yang bererti mendurhakaiMu. 

Kerananya aku memohon ampun kepadaMu, ampunilah aku. 

Ya Tuhanku, aku berharap Engkau menerima perbuatanku yang Engkau redhoi di tahun ini dan perbuatanku yang terjanjikan pahalaMu. 

Janganlah pupuskan harapanku, wahai Tuhan Yang Maha Pemurah.”

 

Doa Awal Muharram

Doa Awal Tahun Hijrah (1446H) 

pula dibaca selepas masuk 

waktu Maghrib pada 

6 Julai 2024 (Sabtu) 

bersamaan 

1 Muharram 1446H.

 

اَللَّهُمَّ أَنْتَ الأَبَدِيُّ القَدِيمُ الأَوَّلُ وَعَلَى فَضْلِكَ العَظِيْمِ وَكَرِيْمِ جُوْدِكَ المُعَوَّلُ، وَهَذَا عَامٌ جَدِيْدٌ قَدْ أَقْبَلَ، أَسْأَلُكَ العِصْمَةَ فِيْهِ مِنَ الشَّيْطَانِ وَأَوْلِيَائِه، وَالعَوْنَ عَلَى هَذِهِ النَّفْسِ الأَمَّارَةِ بِالسُّوْءِ، وَالاِشْتِغَالَ بِمَا يُقَرِّبُنِيْ إِلَيْكَ زُلْفَى يَا ذَا الجَلَالِ وَالإِكْرَامِ

 

“Allahumma antal abadiyyul qadîmul awwal. 

Wa ‘ala fadhlikal ‘azhimi wa karimi judikal mu’awwal. 

Hadza ‘amun jadidun qad aqbal. 

As’alukal ‘ishmata fihi minas syaithani wa auliya’ih, 

wal ‘auna ‘ala hadzihin nafsil ammarati bis su’i,

 wal isytighala bima yuqarribuni ilaika zulfa, 

 ya dzal jalali wal ikram.”

 


 

Ertinya: 

“Ya Tuhanku, 

Engkau yang Abadi, 

Qadim, dan Awal. 

Atas karuniaMu yang besar dan kemurahanMu yang mulia, 

Engkau menjadi pintu harapan. Tahun baru ini sudah tiba. 

Aku berlindung kepadaMu dari pujukan iblis dan para walinya di tahun ini. 

Aku pun mengharap pertolonganMu dalam mengatasi nafsu yang kerap mendorongku berlaku jahat. KepadaMu, aku memohon bimbingan agar urusan keseharian mendekatkanku pada rahmatMu. Wahai Tuhan Pemilik Kebesaran dan Kemuliaan.”

 

~~~~~~~~~~~~~

 

1. SOLAT SUNAT TAUBAT 

2. ZIKIR SBNYAKNYA 

3. DOA MOHON SEGALA KEBAIKAN



اللَّهُمَّ رَحْمَتَكَ أَرْجُو فَلاَ تَكِلْنِى إِلَى نَفْسِى طَرْفَةَ عَيْنٍ وَأَصْلِحْ لِى شَأْنِى كُلَّهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ 

سْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ


4. MOHON AMPUNAN KEPADA DIRI SENDIRI KELUARGA SERTA KEDUA IBUBAPA DAN SELURUH UMAT ISLAM 

5. MOHON KEBAIKAN SELURUH ALAM SEJAGAT


 

6. DOA KETEGUHAN IMAN SEHINGGA BERTEMU DGN ALLAH SWT KELAK ..

7. DOA ALLAHUMMA A'INNI ALA ZIKRIKA WA SYUKRIKA WA HUSNI IBADATIKA ..

 


 




DOA LAGI DAN LAGI DAN LAGI ...

SEMOGA KITA MASUK TAHUN BARU DLM KEADAAN DIRI KITA DIAMPUNI SELURUH DOSA DAN SENTIASA MENDAPAT RAHMAT ALLAH SWT ..

 



 


No comments:

Zakat ..

Allah SWT telah menetapkan lapan golongan asnaf yang diberikan zakat kepada mereka di dalam al-Quran.  Allah SWT berfirman:   إِ...