Saturday, July 13, 2024

GOLONGAN PEMBACA AL QURAN ~


 


 
Sabda Rasulullah s.a.w: 
 
“Siapa kerap membacakan 10 ayat Quran tidaklah dituliskan daripada golongan yang lalai, 
 
‎ Siapa membacakan 100 ayat Quran adalah dituliskan daripada golongan Setiawan ‎ dan 
 
siapa membacakan 1000 ayat Quran nescaya dituliskan daripada golongan Jutawan”. 
 
(H.R Abi Daud M. Abdullah bin Amru bin ‎Al-Ash
 
bnu Umar ra. meriwayatkan, Rasulullah SAW bersabda: 
 
“Tidak mampukah seseorang dari kamu sanggup membaca seribu ayat setiap hari?”
 
 Sahabat bertanya kembali: 
 
“Siapa yang boleh melakukan itu wahai Rasulullah?” 
 
Sabda Nabi SAW: 
 
“Tidakkah seseorang diantara kamu boleh membaca ‘Alhaakumuttakatsur’?”
 
 (HR. Hakim dan Baihaqi)
 

 
Tingkat atau golongan pembaca Quran dapat dibahagikan 6 tingkat~

‎1. GOLONGAN YANG LALAI DARI MEMBACA AL-QUR'AN

AL-GHAFILIN:
 Pembaca sekitar 0-9 ayat. 
(0 HINGGA 1 MUKASURAT).

Golongan paling rendah ialah orang-orang yang membaca Quran kurang dari 10 ayat pada setiap hari, ini berdasar kenyataan ‎Tamim Ad-Dhari yang pernah berkata yang maksudnya: 
 
“Siapa membaca sepuluh ayat Quran pada suatu malam, tidaklah dituliskan ‎dia daripada golongan yang lalai.”‎

2. GOLONGAN YANG MENGINGATI AL-QUR'AN

AL-ZAKIRIN:
Pembaca sekitar 10-49 ayat. 
(1 HINGGA 4 MUKASURAT)

Kata Abi Said Al-Khadari yang bermaksud: 
 
” Siapa membaca pada suatu malam sepuluh ayat Quran adalah dituliskan daripada ‎golongan ingat.”‎

3. GOLONGAN YANG MEMELIHARA AL-QUR'AN

AL-HAFIZIN:
 Pembaca 50-99 ayat. 
(4 HINGGA 10 MUKASURAT)

Sahabat nabi, Tamim Ad-Dhari dan Fadholah bin Abid pernah berkata yang maksudnya: 
 
” Siapa membaca 50 ayat Quran pada suatu ‎malam, adalah dituliskan daripada golongan pemelihara-penghafal Quran.”‎

4. GOLONGAN YANG SETIA DENGAN AL-QUR'AN

AL-QANITIN
Pembaca sekitar 100-199 ayat. 
(10 HINGGA 20 MUKASURAT)

Ibnu Umar berkata: 
 
“Siapa membaca Quran pada suatu malam sebanyak seratus ayat adalah dituliskan dia daripada golongan ‎Setiawan.”‎

Tamim Ad-Dhari menerangkan bahawa Rasulullah saw telah bersabda: 
 
“Siapa membaca 100 ayat Quran pada suatu malam nescaya ‎dituliskan pahala dia mendirikan ibadah (sepenuhnya) pada malam itu.”‎

‎5. GOLONGAN YANG BERJAYA MENJADIKAN AL-QUR'AN SEBAGAI AMALAN

AL-FAIZIN
Pembaca 200-299 ayat. 
(20-30 MUKASURAT)

Abdullah bin Omar berkata: 
 
“Siapa membaca pada suatu malam sepuluh ayat Quran tidaklah dituliskan dia daripada golongan yang ‎lalai. 
 
Siapa membaca pada suatu malam 100 ayat Quran adalah dituliskan dia daripada golongan Setiawan dan
 
 siapa membaca 200 ‎ayat Quran adalah dituliskan dia daripada golongan Jiawan.”‎

‎6. GOLONGAN YANG KAYA DENGAN PAHALA DARI BACAAN AL-QUR'AN

AL-MUQANTIRIN
Pembaca 300-1000 ayat. 
(30 HINGGA 70 MUKASURAT)

‎“Siapa membaca pada satu malam tiga ratus ayat Quran adalah dituliskan baginya satu Qinthar dan siapa membaca tujuh ratus ayat, ‎Tidaklah aku mengetahui lagi akan pembalasannya.” 
 
demikian kata Abdullah.‎

Hasan menerangkan bahawa Rasulullah saw telah bersabda:
 
 “Siapa membaca Quran pada suatu malam 100 ayat, tidaklah ia dibantahi ‎oleh Quran pada malam itu, 
 
Siapa membaca Quran pada suatu malam 200 ayat nescaya dituliskan dia orang yang mendirikan ‎peribadatan malam 
(ibadah sepenuh malam)
 
 dan seterusnya 
 
siapa membaca Quran pada suatu malam 500 ayat sampai meningkat ‎‎1000 ayat, adalah ia berpagi-pagi memperolehi 1Qinthar di akhirat.” 
 
Mendengar itu sahabat-sahabat pun bertanya: 
 
“Berapakah satu ‎Qinthar itu?” 
 
Nabi menjawab: “12000.”‎

Abi Ad-Darda menyebutkan sabda nabi saw: 
 
“Siapa membaca 1000 ayat Quran adalah dituliskan dia memperoleh 1 Qinthar ‎pahala sedang satu Qirathnya adalah seperti Changkat yang besar”.‎

Tamim Ad-Dhari dan Fadholah bin Abid pula berkata: 
 
“Siapa membaca 1000 ayat Quran pada suatu malam, adalah dituliskan ‎untuknya 1 Qinthar, sedang 1 Qirath daripada Qinthar itu adalah lebih baik daripada dunia dan isinya dan ia memperoleh lagi pahala ‎mengikut apa-apa yang dikehendaki Allah”.‎

Pahala tiap-tiap huruf Al-Quran dijelaskan dalam sebuah hadis dari Ibn Mas’ud r.a. dari Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:‎

Dari Ibn Mas’ud r.a. telah berkata bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda: 
 
” Barang siapa membaca satu huruf daripada kitabullah ‎maka baginya satu kebajikan dan tiap-tiap kebajikan sepuluh kali gandanya. Aku tidak mengatakan Alif-Lam-Mim itu satu huruf ‎tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.”‎ 
 

Sabda rasulullah saw: 

“Siapa kerap membacakan 10 ayat Quran tidaklah dituliskan daripada golongan yang lalai, 

Siapa membacakan 100 ayat Quran adalah dituliskan daripada golongan Setiawan dan siapa membacakan 1000 ayat Quran nescaya dituliskan daripada golongan Jutawan”. 

(H.D Abi Daud M. Abdullah bin Amru bin Al-Ash)

 

Orang yang tetap bersolat 

(fardhu Maghrib dan Isya’ maka mereka biasanya mencapai tingkat atau golongan pemelihara yaitu orang yang membacakan pada setiap malam tidak kurang daripada 50 ayat Quran 

(termasuk bacaan surah-surah pendek yang dibacakan sesudah Al-Fatihah pada rakaat pertama dan kedua pada solat Maghrib dan Isya’.)

 

No comments:

4 KALIMAT TASBIH TAHMID TAHLILDAN TAKBIR ...

  KALIMAT ZIKIR MENGELILINGI ARSY    بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ     Dari an-Nu’man bin Basyir berkata, Rasulullah SAW bersabda:  ...