Friday, June 20, 2025

KEUTAMAAN SURAH AL BAQARAH ..

 

 
Keutamaan Surat Al Baqarah
 
 1. Doanya Dikabulkan oleh Allah SWT 
 
 2. Dilindungi dari Gangguan Setan
 
 3. Diberi Kecukupan 
 
4. Diberi Surga oleh Allah SWT
 
 5. Dilindungi dari Sihir 
 
6. Mengundang Malaikat 
 
7. Memberikan Ketenangan 
 
8. Menuntun Umat Muslim agar Lebih Bijaksana 
 
9. Mendapatkan Perlindungan Saat di Jalan 
 
 10. Mendatangkan Pahala dan Berkah 
 
 

1. Doanya Dikabulkan oleh Allah SWT

Salah satu keutamaan dari surat Al Baqarah adalah doanya dikabulkan oleh Allah SWT.

 Hal ini pernah disebutkan dalam hadits riwayat Ibnu Majah yang berbunyi “nama Allah SWT yang terbaik dan dengan sebutan tersebut maka dia akan menjawab ada dalam tiga surat”.

Tiga surat yang dimaksud dalam hadits ini adalah 

surat Al Baqarah, Ali Imran, dan Thahaa.

 Jadi, bagi umat muslim yang ingin doanya dikabulkan oleh Allah SWT, mereka bisa membaca surat satu ini.

 

2. Dilindungi dari Gangguan Setan

 

Telah disebutkan bahwa, menjaga rumah agar dijauhi setan adalah salah satu keutamaan dari surat Al Baqarah. 

Dengan membaca surat Al Baqarah, rumah yang sedang dihuni tersebut tidak akan dimasuki setan. Ini juga menjadi keutamaan membaca surat 

Al Baqarah ayat 284-286.

 

3. Diberi Kecukupan

 

Surat Al Baqarah juga dapat membuat umat Muslim lebih tenang dalam menjalani hidup. Sebab, setiap Muslim yang membaca surat ini, akan diberi kecukupan dalam hidupnya.

 

4. Diberi Surga oleh Allah SWT

 

Umat Muslim wajib tahu bahwa keutamaan surat Al Baqarah selanjutnya adalah dijanjikan surga oleh Allah SWT. 


 

5. Dilindungi dari Sihir

 

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda “Bacalah Al Baqarah, karena dengan membaca surat ini, umat Muslim bisa mendapatkan berkah serta meninggalkan berbagai jenis kerugian”.

Tidak hanya itu, di dalam hadits riwayat Ahmad dan Muslim juga disebutkan bahwa, surat ini dapat melindungi umat Muslim dari bahaya sihir. 

Sebab, para tukang sihir tidak akan bisa menjangkau orang-orang yang membaca surat Al Baqarah.

 

6. Mengundang Malaikat

 

Keutamaan surat Al Baqarah bukan hanya dapat melindungi rumah dari gangguan setan, tapi surat ini juga dapat mengundang malaikat untuk selalu berada di sekitar kita. 

Kisah mengundang malaikat ini pernah disebutkan dalam hadits Imam Bukhari dari Usaid bin Hudhair.

Pada saat Usaid membaca surat Al Baqarah, tiba-tiba kuda yang ada di dekatnya berputar tanpa henti. 

Namun, kuda ini berhenti berputar pada saat Usaid berhenti mengaji. Nabi Muhammad SAW pernah mengatakan bahwa itu bukti bahwa malaikat sedang mendekati suara bacaan mengaji Usaid.

 

7. Memberikan Ketenangan

 

Dengan membaca surat Al Baqarah, umat Muslim dapat merasakan ketenangan tersebut. Sebab, salah satu keutamaan membaca surat Al Baqarah adalah memberikan ketenangan.

 

8. Menuntun Umat Muslim agar Lebih Bijaksana

Tidak hanya hati yang tenang, tapi umat muslim juga perlu menjalani hidupnya dengan bijaksana. 


9. Mendapatkan Perlindungan Saat di Jalan

 

Keutamaan lain dari surat Al Baqarah ayat 284-286 adalah mendapatkan perlindungan dari kejahatan saat bepergian ke suatu tempat. 

Dengan membaca surat Al Baqarah ayat 284-286, Allah SWT akan memberikan perlindungan kepada umat-Nya dari berbagai kejahatan dan hal-hal yang tidak disukainya. 

Keutamaan ini sama dengan manfaat sedekah yang dianjurkan untuk dilakukan oleh seluruh umat Muslim.

Agar Sahabat mendapatkan ridha dan perlindunganNya, amalkanlah surat Al Baqarah disertai dengan sedekah.

 

10. Mendatangkan Pahala dan Berkah
 

Keutamaan terakhir dari surat Al Baqarah adalah mampu mendatangkan pahala dan berkah yang diimpikan oleh seluruh umat muslim. 

Pada dasarnya, surat Al Baqarah dapat membukakan pintu langit yang mampu membawa seseorang untuk menyaksikan keindahan ciptaan Allah SWT.

Demikian penjelasan tentang keutamaan surat Al Baqarah.  
 
 
WALLAHU A'LAM  ..
 

CARA KHUSYUK SOLAT ..







Imam Al-Ghazali telah menggariskan 6 cara untuk kita dapat merasai khusyuk dalam solat.

 Antaranya:


1. HUDHUR AL-QALB 

(HADIRKAN HATI)

 
  Hendaklah berusaha membuang semua perkara duniawi yang tidak berkaitan dengan solat dan tidak ada hubungan dengan Allah.

 

2. TAFAHHUM (MEMAHAMI)

 
  Memahami segala makna yang dilafazkan dalam solat seperti makna bacaan surah Al-Fatihah, bacaan ketika rukuk, dan lain-lain.

 

3. AT-TA’DZIM (MENGAGUNGKAN ALLAH)

 
  Berasa diri kita sangat kerdil dan hina di depan Allah yang Maha Agung.

 

4. AL-HAIBAH (MERASA GERUN TERHADAP ALLAH)

 
  Hadirkan rasa takut dan gerun kita kepada Allah.

 

5. AR-RAJAA’ (BERHARAP KEPADA ALLAH)

 
  Sentiasa menaruh harapan agar amalan solat kita akan diterima oleh Allah.

 

6. AL-HAYA’ (MALU)

 
  Hadirkan rasa malu kepada Allah atas kekurangan dan kelemahan diri kita.

 

WALLAHU A'LAM ..


AL QURAN ..


Terdapat 15 kebaikan-kebaikan mengaji Al-Quran di dalam hadis-hadis sahih : 
 
Pertama :
 
 Al-Quran akan menjadi syafaat dihari akhirat. 
 
Daripada Abu Umamah r.a berkata : 
 
Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda:
 
 “Bacalah Al-Quran sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya”.
 
 (Hadis Riwayat Muslim) 
 
Kedua :
 
 Al-Quran sebagai pembela (mempertahankan) orang yang membacanya dihari akhirat. 
 
 Daripada Nawwas Bin Sam’an r.a. telah berkata :
 
 Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda :
 
 “Di hari akhirat kelak akan didatangkan al-Quran dan orang yang membaca dan mengamalkan isi kandungannya, didahului dengan Surah Al Baqarah dan Surah Ali-Imraan, kedua-dua surah ini menghujah ( mempertahankan ) orang yang membaca dan mengamalkannya”. 
 
(Hadis Riwayat Muslim)
 
 Ketiga :
 
 Sebaik-baik amalan adalah orang yang belajar dan mengajarkan Al-Quran. 
 
Daripada Osman Bin ‘Affan r.a. telah berkata: 
 
Rasulullah S.A.W. bersabda : 
 
“Sebaik manusia di antara kamu orang yang mempelajari al-Quran dan mengajarnya kepada orang lain”.
 
(Hadis Riwayat Bukhari) 
 
 Keempat : 
 
Membaca Al-Quran dan susah menyebutnya mendapat dua pahala.
 
 Daripada Aisyah r.a. telah berkata: 
 
Bersabda Rasulullah S.A.W. : 
 
“Orang yang membaca Al-Quran dan susah untuk menyebut ayatnya ia mendapat dua pahala”. 
 
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) 
 
Kelima : 
 
Mukmin yang membaca Al-Quran umpama buah yang harum dan sedap rasanya. 
 
Daripada Abu Musa Al Asy’ari r.a. telah berkata : 
 
Rasulullah S.A.W. bersabda :
 
 “Umpama orang mukmin yang membaca Al-Quran seperti buah Utrujjah ( seperti limau besar ) baunya wangi dan rasanya sedap. 
 
Umpama orang mukmin yang tidak membaca al-Quran seperti buah tamar tidak ada bau dan rasanya manis,
 
 dan umpama orang munafik yang membaca Al-Quran seperti Raihanah (sejenis pokok) baunya wangi dan rasanya pahit dan umpama orang munafik yang tidak membaca al-Quran seperti buah labu yang tiada bau dan rasanya pahit”.
 
 (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) 
 
 Keenam : 
 
Allah SWT mengangkat martabat golongan yang mengaji Al-Quran.
 
 Daripada Omar Bin Al Khattab r.a.
 
 Bahawa Nabi Muhammad S.A.W. bersabda: 
 
“Sesungguhnya Allah mengangkat martabat beberapa golongan dan merendahkan martabat yang lain dengan sebab Al-Quran”.
 
(Hadis Riwayat Muslim) 
 
 Ketujuh :
 
 Kefahaman yang sahih tentang Al-Quran akan menjadi contoh ikutan.
 
 Daripada Ibnu Omar r.a. daripada Nabi Muhammad S.A.W. telah bersabda: 
 
 “Tidak boleh berhasad dengki kecuali di dalam dua perkara :
 
 Lelaki yang dianugerahkan kefahaman yang sahih tentang Al-Quran, ia menunaikan ibadat siang dan malam , lelaki yang dianugerahkan kemewahan harta lalu dinafkahkannya siang dan malam”.
 
 (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) 
 
 Kelapan :
 
 Membaca Al-Quran akan mendapat ketenangan (sakinah) 
 
 Daripada Barra’ dan daripada ‘Azib r.a. telah berkata :
 
 “Seorang lelaki membaca Surah Al Kahfi dan di sisinya seekor kuda yang diikat dengan dua tali, maka awan di langit mula melindunginya dan semakin hampir, dan kudanya mula menjauhinya.
 
 Apabila menjelang pagi beliau pergi berjumpa Nabi Muhammad S.A.W. dan menceritakan peristiwa tersebut maka baginda bersabda :
 
 Itulah ( sakinah ) ketenangan yang turun disebabkan bacaan al-Quran”.
 
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) 
 
Kesembilan :
 
 Sesiapa yang tidak mengingati ayat-ayat Al-Quran umpama rumah yang roboh.
 
 Daripada Ibnu ‘Abbas r.a. beliau berkata : 
 
Rasulullah S.A.W. bersabda :
 
 “Sesungguhnya orang yang tidak ada di dalam ingatannya sesuatu pun daripada ayat al-Quran seperti rumah yang roboh”.
 
 (Hadis Riwayat Tarmizi dan beliau berkata: Hadis ini hasan sahih) 
 
Kesepuluh : 
 
Membaca dan memperelokkan bacaan Al-Quran akan mendapat kebaikannya. 
 
 Daripada Abdullah Bin ‘Umru Bin Al ‘As r.a. 
 
Nabi Muhammad S.A.W. bersabda : 
 
 “Satu masa nanti akan dikatakan kepada orang yang membaca Al-Quran:
 
 Bacalah, perbaikkilah dan perelokkanlah bacaan Al-Quran sepertimana engkau memperelokkan urusan di dunia, sesungguhnya tempat engkau akan ditentukan di akhir ayat yang engkau bacakan”. 
 
( Hadis Riwayat Abu Daud dan Tarmizi dan beliau berkata : 
 Hadis ini hasan sahih ) 
 
Kesebelas : 
 
Membaca beberapa ayat Al-Quran lebih baik daripada mendapat unta yang gemuk. 
 
Daripada ‘Uqbah Bin ‘Amir r.a. menceritakan :
 
Rasulullah S.A.W keluar dan kami berada di tempat duduk masjid yang beratap. 
 
Maka beliau bersabda: 
 
“Siapakah di antara kamu yang suka keluar di pagi hari pada setiap hari menuju ke Buthan atau ‘Atiq, dan dia mengambil darinya dua ekor unta yang gemuk dalam keadaan dia tidak melakukan dosa dan tidak putus hubungan silaturrahim”. 
 
Kami menjawab : 
 
“Kami suka demikian itu. 
 
Sabda Rasulullah S.A.W :
 
 “Kenapakah kamu tidak pergi ke masjid belajar atau membaca dua ayat Al-Quran lebih baik dari dua ekor unta, tiga ayat lebih baik dari tiga ekor, empat ayat lebih baik dari empat ekor unta demikianlah seterusnya mengikut bilangan ayatnya”. 
 
(Hadis Riwayat Muslim) 
 
Kedua belas :
 
 Sesiapa yang lebih fasih memebaca Al-Quran lebih layak menjadi imam solat berjemaah.
 
 Daripada Ibnu Mas’ud r.a bahawa Nabi Muhammad S.A.W bersabda : 
 
Orang yang paling layak mengimami kaum di dalam sembahyang ialah mereka yang terfasih membaca Al-Quran”. 
 
(Hadis Riwayat Muslim )
 
 Ketiga belas :
 
 Nabi SAW mengutamakan sahabat yang paling kuat berpegang teguh kepada Al-Quran untuk dikebumikan jenazah mereka. 
 
Daripada Jabir Bin Abdullah r.a. bahawa Nabi Muhammad S.A.W. 
menghimpun antara dua lelaki yang terbunuh di peperangan Uhud kemudian baginda bersabda :
 
 “Yang mana satukah antara keduanya yang paling kuat berpegang teguh dengan al-Quran maka apabila aku tunjukkan kepada salah seorang daripada keduanya maka dialah orang yang pertama masuk ke liang lahad”. 
 
(Hadis Riwayat Bukhari, Tarmizi, Nasa’ie dan Ibnu Majah)
 
 Keempat belas : 
 
Kelebihan berdoa selepas membaca Al-Quran.
 
 Daripada ‘Imran Bin Husain Bahawa beliau lalu di hadapan qari yang sepang mengaji Al-Quran kemudian dia berdoa kepada Allah kemudian ia kembali membaca kemudian ia berkata aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda : 
 
“Barangsiapa yang membaca al-Quran maka berdoalah kepada Allah dengan al-Quran maka sesungguhnya akan datang beberapa kaum yang membaca al-Quran dan mereka berdoa dengannya”. 
 
(Hadis Riwayat Tarmizi, beliau berkata : Hadis ini hasan) 
 
Kelima belas : 
 
Setiap satu huruf membaca Al-Quran akan mendapat sepuluh ganjaran pahala.
 
 Daripada Ibnu Mas’ud r.a. ia berkata :
 
 “Barangsiapa yang membaca satu huruf daripada al- Quran maka baginya satu kebaikan, satu kebaikan menyamai dengan sepuluh pahala, aku tidak bermaksud :
 
 Alif , Lam , Mim ialah satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf”.
 
(Hadis Riwayat Ad Darimi Tarmizi, beliau berkata hadis ini hasan sahih)
 
 Dalam sebuah hadis Rasulullah S.A.W.bersabda :
 
 Daripada Ibnu Umar r.a berkata:
 
 “Rasulullah S.A.W. telah bersabda maksudnya :
 
 “Hati manusia akan berkarat seperti besi yang dikaratkan oleh air”. 
 
Apakah cara untuk menjadikan hati bersinar semula. 
 
Kata baginda lagi, 
 
” Dengan banyak mengingati mati dan mengaji al-Quran.” 
 
WALLAHU A'LAM ..
 
 https://cepatquran.com/mengaji-al-quran-15-kelebihan-kepada-pembacanya/

KALIMAH LA ILAHA ILLALLAH ..


 
 KALIMAH LA ILAHA ILLALLAH 
 

Kalimah yang paling ringan untuk diucapkan kerana tanpa menggerakkan bibir pun kalimah ini masih boleh dilantunkan. 
 
 1.‘TIKET’ MASUK SYURGA 
 
Sabda Rasulullah SAW,
 
 ”Barangsiapa yang akhir perkataannya sebelum meninggal dunia adalah ‘La ilaha illallah’, maka dia akan masuk syurga”
 
 (HR. Abu Dawud no. 1621) 
 
2. ZIKIR PALING UTAMA 
 
Kalimat ‘La ilaha illallah’ adalah zikir yang paling utama.
 
 Dari Jabir R.A , dari Nabi SAW bersabda, 
 
“zikir yang paling utama adalah 
 
La ilaha illallah dan doa yang paling utama adalah Alhamdulillah.”
 
(HR. Ibnu Majah, An Nasa’I – Shohih Targhib wa Tarhib : 1526 ) 
 
3. PELINDUNG DARI API NERAKA 
 
Dari Umar R.A beliau berkata, Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda,
 

“Sungguh aku akan mengajarkan sebuah kalimat, tidaklah seorang hamba mengucapkannya dengan benar dari hatinya, lalu ia mati di dalam keyakinan itu, kecuali (Allah) mengharamkan tubuhnya dari api neraka. 
 
 Iaitu kalimah Laa ilaha illallah.
 
 (HR. Hakim – Shohih Targhib wa Tarhib : 1528 ).


 
4. JAMINAN MASUK SYURGA 
 
Dari Zaid bin Arqam R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud,
 
 “Barangsiapa yang mengucapkan
 
 ‘La ilaha illallah’ dengan ikhlas, 
 
dia akan dimasukkan ke dalam syurga.”
 
 Lalu ditanya kepada baginda SAW, 
 
“Bagaimanakah yang dimaksudkan dengan ikhlas itu?” 
 
Rasulullah SAW bersabda,
 
 “Ikhlas itu ialah yang mencegah dari melakukan perbuatan-perbuatan yang haram.” 
 
(Hadis riwayat at-Tabarani)
 
 5. PERANTARA DOA
 
 Dari Abu Sa’id Al Khudri R.A dari Rasulullah SAW bersabda, Musa A.S berkata, 
 
“Wahai Tuhanku ajarkanlah kepadaku sesuatu, yang aku akan berdzikir dan berdoa kepadaMu dengannya.” 
 
Allah berfirman,
 
 “Wahai Musa ucapkanlah 
Laa ilaaha illallah.
 Musa berkata,
 “Wahai Tuhanku seluruh hambaMu mengucapkan kalimat ini.
 
 Allah berfirman, 
 
“Wahai Musa, Seandainya langit tingkat tujuh dan apa yang ada didalamnya serta bumi tingkat tujuh selain Aku diletakkan di suatu timbangan, dan laa ilaaha illallah diletakkan di timbangan yang lain, maka akan berat timbangan 
 
laa ilaaha illallah.” 
 
(HR. Ibnu Hibban, Hakim – Fathul Bari : 11/28 )
 
6. MENUNDA HARI KIAMAT 
 
Kalimah ‘Laa ilaaha ilallah’ menunda kiamat, dari Anas bin Malik R.A ia berkata : 
 
Rasulullah SAW bersabda : 
 
“Tidak akan terjadi kiamat (apabila) masih ada orang yang menyebut 
 
laa ilaaha illallah”.
 
(HR. Ibnu Hibban, – Ta’liqotul Hisan: 6809, Ash Shohihah: 3016) 
 
 WALLAHU A'LAM ..


Kalimah tauhid.. LA ILAHA ILLALLAH ..


 
La ilaha illallahu wahdahu la syarikalah, 
lahul  mulku wa lahul hamdu ,
wa huwa ‘ala syai’in qadir.”

Artinya:
 
 “Tidak ada Tuhan Selain Allah, 
tidak ada sekutu bagi-Nya, 
milik-Nya segala kekuasaan dan bagi-Nya segala pujian. 
 
Dia Mahakuasa atas segala sesuatu

Maksud 

La ilaha illallah..

"Tiada Tuhan melainkan Allah".

 Ia adalah kalimah yang paling penting dalam Islam, yang menegaskan keesaan Allah (tauhid) dan menolak segala bentuk penyembahan selain kepada-Nya.

 Ini adalah asas kepercayaan (akidah) seorang Muslim, yang merangkumi penafian terhadap semua tuhan-tuhan selain Allah dan menetapkan Allah sebagai satu-satunya Tuhan yang berhak disembah.

 Penjelasan:

 Laa ilaaha:

 Menafikan segala bentuk ketuhanan atau sembahan selain Allah.

 illallah: 

Menetapkan bahawa hanya Allah yang layak disembah.

 Maksud dan Kepentingan: 
 
 Tauhid: 
 
Kalimah ini adalah dasar tauhid, iaitu kepercayaan kepada keesaan Allah.

 Pengakuan:

 Mengakui bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah.

 Penolakan:

 Menolak segala bentuk syirik (menyekutukan Allah) dan menyembah selain-Nya. 

 Penerimaan:

 Menerima Allah sebagai satu-satunya Tuhan yang berhak disembah dalam segala aspek kehidupan.

 Zikir: 

Kalimah ini juga merupakan zikir yang sangat penting bagi umat Islam, dan memiliki banyak kelebihan.

 Kelebihan dan Keutamaan:

 Kunci Syurga: 

Ulama mengatakan bahwa kalimah ini adalah kunci syurga.

 Penolak Bala:

 Mengamalkan kalimah ini dapat menolak bala dan menghilangkan kesedihan.

 Ketenangan Hati:

 Zikir ini dapat menenangkan hati dan jiwa.
 
 
 Perlindungan dari Siksa:
 

 Barangsiapa yang mengucapkan kalimah ini,

 Insya Allah, akan dilindungi dari siksa Allah. 

 Dengan memahami dan mengamalkan kalimah tauhid ini, seorang Muslim akan sentiasa berada dalam lindungan Allah dan mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat.
 
 
WALLAHU A'LAM..
 

Thursday, June 19, 2025

RIYADH AS SALIHIN - THE MUFARRIDUN ..


 






 

AMAL YG DIRAHSIAKAN ..

 


 Soalan :

Saya sering dengar kata-kata “ seeloknya kita sembunyikan ibadat kita.” Sedangkan kalau kita buat sesuatu bukan niat untuk menunjuk, kemungkinan akan jadi ikutan pada sesetengah orang. Apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan riya’ ini?

Jawapan :

Alhamdulillah, segala puji dan syukur dipanjatkan kepada Allah S.W.T. Selawat dan salam kami ucapkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, para isteri dan keluarga baginda, para sahabat, seterusnya golongan yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga hari kiamat.

Perlu kita fahami apa yang dimaksudkan dengan riya’. Ini supaya tidak tersalah faham tentang makna riya’ yang sebenar.

Jika kita amati,  Allah ada menjelaskan berkaitan sifat riya dalam beberapa ayat di dalam al-Quran  :

ٱلَّذِينَ هُمْ عَن صَلَاتِهِمْ سَاهُونَ ﴿٥﴾ ٱلَّذِينَ هُمْ يُرَآءُونَ

Maksudnya :” (laitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya. (Juga bagi) orang-orang yang berkeadaan riak (bangga diri dalam ibadat dan bawaannya).”

(Surah al-Ma’un :5-6)

Imam Fakhruddin al-Razi menjelaskan bahawa riya’ ialah menzahirkan sesuatu yang tidak ada pada hatinya supaya orang ramai melihatnya sebagai orang kuat pegangan agama.

Rujuk Mafatih al-Ghaib ( 32/301)

Firman Allah di dalam ayat yang lain :

فَمَن كَانَ يَرْجُوا۟ لِقَآءَ رَبِّهِۦ فَلْيَعْمَلْ عَمَلًا صَـٰلِحًا وَلَا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِۦٓ أَحَدًۢا

Maksudnya :

 

” Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya".

(Surah al-Kahfi : 110)

Dalam sebuah hadis Qudsi. Allah berfirman :

أَنَا أَغْنَى الشُّرَكَاءِ عَنِ الشِّرْكِ مَنْ عَمِلَ عَمَلاً أَشْرَكَ فِيهِ مَعِى غَيْرِى تَرَكْتُهُ وَشِرْكَهُ

Maksudnya :

” Aku bebas dari segala sekutu yang ada pada amalan yang dilakukan di mana dia mensyirikan-Ku dengan yang lain. 

Maka aku akan tinggalkannya dan sekutunya itu.”

Riwayat Muslim (7666)

Al-Qadhi Iyadh menyebut :

“ Hadis ini membawa makna (seakan-akan Allah menyebut) Aku menolak amalannya. 

Sifat riya’ itu adalah dalil kebodohan, pandangan yang teruk dan juga tanda buruknya amalan.”

Rujuk Faid al-Qadir (4/483)

Dalam hadis yang lain, Nabi saw pernah menjelaskan tentang makna riya’. 

Sabda Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Mahmud Bin Labid ;

إِنَّ أَخْوَفَ مَا أَخَافُ عَلَيْكُمْ الشِّرْكُ الْأَصْغَرُ قَالُوا وَمَا الشِّرْكُ الْأَصْغَرُ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ الرِّيَاءُ يَقُولُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ لَهُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِذَا جُزِيَ النَّاسُ بِأَعْمَالِهِمْ اذْهَبُوا إِلَى الَّذِينَ كُنْتُمْ تُرَاءُونَ فِي الدُّنْيَا فَانْظُرُوا هَلْ تَجِدُونَ عِنْدَهُمْ جَزَاءً

Maksudnya :

”  Perkara yang paling aku takut terjadi pada kalian adalah Syirik yang kecil. 

Para Sahabat bertanya :

 apa itu syirik yang kcil wahai Rasulullah. 

 

Nabi saw berabda :

 Itulah Riya’. 

Allah swt akan befirman pada hari kiamat kelak : pergilah kepada orang yang kamu hendak tunjukkan amalan kamu kepadanya di dunia dan lihatlah adakah di sisi mereka itu ganjaran (dengan sebab amalam kamu).”

Riwayat Ahmad ( 23630) di dalam Musnadnya

Kesemua ayat al-Quran dan hadis yang telah kami sebutkan merupakan penjelasam berkenaan apa itu riya. 

 

Sheikh Farid al-Ansari membahagikan riya’ kepada beberapa bahagian. 

 

Iaitu riya’ pada agama,tubuh badan, percakapan, percakapan dan lain-lain.

    Contoh Riya’ pada agama dan badan ialah menzahirkan kekurusan dan ketidak kemasan supaya orang menganggapnya bersungguh-sungguh melakukan ibadah serta seakan-akan dia bersedia menghadapi hari akhirat
    Riya’ pada percakapan ialah memberi nasihat dan peringatan dengan niat menzahirkan keprihatinan terhadap hal ehwal orang islam ataupun berzikir kuat-kuat di hadapan orang ramai.


    Riya’ pada amalan seperti contoh menzahirkan qiyam dan ruku’ yang panjang ketika bersolat di hadapan orang ramai.

Abu Umamah al-Bahili ketika melihat orang yang menangis ketika sujud di dalam masjid beliau berkata :

” Hei kamu, alangkah baiknya (jika menangis) di rumah.”

Kami tegaskan disini seperti berikut :

    Jika ibadat suruhan yang mesti dilakukan maka hendaklah dilakukan juga sekalipun datang riya’ tetapi hendaklah mujahadah untuk hilangkan riya’ seperti pergi ke masjid untuk menunaikan solat Jemaah.


    Jika sekiranya ibadat tersebut ada pilihan maka lebih baik dilakukan secara sembunyi kalau riya’ boleh datang dalam dirinya seperti sedekah. 

Maka aula baginya sedekah secara sembunyi tanpa terang-terangan.


    Jika sekiranya menunjuk itu dengan niat sebagai menggalakkan seseorang untuk mengikuti sebagai satu sunnah yang baik maka dibolehkan. 

 

 

Ini yang disabdakan oleh Rasulullah SAW daripada Jarir :

مَنْ سَنَّ سُنَّةَ خَيْرٍ فَاتُّبِعَ عَلَيْهَا فَلَهُ أَجْرُهُ وَمِثْلُ أُجُورِ مَنِ اتَّبَعَهُ غَيْرَ مَنْقُوصٍ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْئًا وَمَنْ سَنَّ سُنَّةَ شَرٍّ فَاتُّبِعَ عَلَيْهَا كَانَ عَلَيْهِ وِزْرُهُ وَمِثْلُ أَوْزَارِ مَنِ اتَّبَعَهُ غَيْرَ مَنْقُوصٍ مِنْ أَوْزَارِهِمْ شَيْئًا

Maksudnya :

” Sesiapa yang buat satu ikutan yang baik lalu diikuti maka baginya pahala dan pahala yang serupa bagi sesiapa yang mengikutinya tanpa ada pengurangan sikit pun pahala mereka. 

Dan barangsiapa yang buat satu ikutan yang jahat lalu diikuti, maka baginya dosa dan dosa yang serupa bagi yang mengikutinya tanpa ada pengurangan sedikit pun.”

Riwayat al-Tirmizi (2890). Imam al-Tirmizi mengatakan bahawa hadis ini bertaraf hasan sohih.

WALLAHU A'LAM ..

 

https://www.muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/2630-al-kafi-824-buat-sesuatu-bukan-niat-menunjuk-adakah-itu-riya

 

 

AL GHURABA ..

Menurut Imam Ibnu Rajab al-Hanbali rahimahullah dalam kitabnya Kasyf al-Kurbah Bi-Wasfi Hal Ahl al-Ghurbah, al-ghuraba' (orang-orang yan...