Monday, April 29, 2024

Amalan mendapat ganjaran haji dan umrah SEMPURNA..

 

 
Kami mulakan dengan sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Anas bin Malik R.Anhuma bahawa 

 

Rasulullah SAW bersabda:

 

مَنْ صَلَّى الْغَدَاةَ فِي جَمَاعَةٍ، ثُمَّ قَعَدَ يَذْكُرُ اللَّهَ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ، ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ، كَانَتْ لَهُ كَأَجْرِ حَجَّةٍ وَعُمْرَةٍ، تَامَّةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ

 

Maksudnya:  

 

“Sesiapa yang solat Subuh berjemaah, kemudian duduk berzikir kepada Allah sehingga terbit matahari, kemudian solat sunat dua rakaat, maka baginya pahala haji dan umrah yang sempurna, (pahala haji dan umrah) yang sempurna, (pahala haji dan umrah) yang sempurna.”

Hadith riwayat al-Tirmizi (586)

 

Bacaan Talbiyah
>Ibnu Abbas r.a mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda 

 

” Sesungguhnya setiap hari Allah menurunkan 120 rahmat kepada Baitullah ini. 60 rahmat untuk orang yang bertawaf, 40 rahmat untuk orang yang mengerjakan solat dan 20 rahmat untuk orang yang memandang Baitullah”.


Anas bin Malik pula mengatakan Rasulullah s.a.w bersabda 

“2 jenis tawaf di mana apabila seorang hamba Allah dapat melakukannya, niscaya seluruh dosanya akan diampuni seperti ketika ia dilahirkan oleh ibunya.


Dua jenis tawaf itu adalah 

TAWAF SETELAH SELESAI SOLAT SUBUH yang selesai bersamaan dengan terbitnya matahari dan 

TAWAF SETELAH SOLAT ASAR yang selesai bersamaan dengan terbenamnya matahari.” 

 

Kerana itu jika perasan, pada 2 waktu inilah bilangan jemaah yang bertawaf bertambah berlipat kali ganda berbanding sebelumnya.


Ulama’ Besar Tanah Haram, Syaikh Muhammad bin Saleh al-Uthaimiin (Syarh al-Mumti’, 7/407). 

 

Ia dianggap makruh dan tidak disyari’atkan (iaitu berulang-alik mengerjakan umrah dengan keluar ke tanah halal berkali-kali) dengan sekali perjalanan umrah.


Al-Hafidz alFaqih Ibn al-Qayyim (Zaad al-Ma’ad, 2/86) 

menghitung umrah Nabi saw hanya 4 kali dalam sejarah hidup baginda. 

 

Setiap kali kunjungan ke Mekah, baginda mengerjakan satu kali umrah sahaja.


Umrah Hudhaibiyah tahun ke 6 H

Umrah Qadhiyah tahun ke 7H

Umrah Ji’ranah tahun ke 8

Umrah terakhir pada Haji Wada’

Sebaliknya, ibadah yg diutamakan semasa umrah ialah perbanyakkan tawaf.


Dari surah al-Baqarah: 2:125: 

“Dan bersihkan rumahku utk orang2 yang tawaf”.

 Dalil Hadith: 

Barangsiapa yg bertawaf rumah ini (Kaabah) tujuh kali, laksana (pahala) membebaskan seorang hamba” 

(sahih An-Nasa’iy 2919).



Bacaan Talbiyah

Berikut bunyi kalimat talbiyah labaik allahumma labaik lengkap dalam bahasa Arab, Latin, dan artinya.


لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ، لَبَّيْكَ لَا شَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ، إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ

Labbaikallahumma labbaik, labbaika la syarika laka labbaik. Innal hamda wan ni'mata laka wal mulk. La syarika laka.

Artinya: "Aku datang memenuhi panggilan-Mu ya Allah, aku datang memenuhi panggilan-Mu, aku datang memenuhi panggilan-Mu, tiada sekutu bagi-Mu, aku datang memenuhi panggilan-Mu. Sesungguhnya segala puji, kemuliaan, dan segenap kekuasaan adalah milik-Mu. Tidak ada sekutu bagi-Mu."

Bacaan talbiyah ini merupakan yang termashyur karena dilafalkan oleh Rasulullah dan para sahabatnya seperti yang tertuang dalam hadits Syekh Sa'id bin Muhammad Baasyin sebagai berikut.

وصيغته المحبوبة تلبيته صلى عليه وسلم

Artinya: Lafal talbiyah yang dianjurkan adalah lafal talbiyah yang dibaca oleh Rasulullah SAW.


No comments:

ASMAULHUSNA ALLAH ..

      بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ   Allah: ( الله )    Lafaz yang Maha Mulia yang merupakan nama dari Zat Ilahi yang Maha Suci s...