Sunday, April 28, 2024

GANJARAN SEDEKAH..


Kebaikan Bersedekah 
 
Terdapat banyak kebaikan bersedekah di bulan Ramadan, antaranya ialah:

1. Menghapuskan Dosa
 
Nabi Muhammad SAW bersabda:

والصدقة تطفىء الخطيئة كما تطفىء الماء النار

“Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.” 

(HR. Tirmidzi, dishahihkan Al Albani dalam Shahih At Tirmidzi, 614)

Hadis ini jelas membuktikan bahawa sedekah itu dapat menghapuskan dosa. 
 
Lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan di mana segala amalan dilipatgandakan pahalanya. 
 
Namun perlu diingat, dosa yang dilakukan hendaklah disertakan dengan taubat. 

2. Mendapat Jaminan Syurga
 
Sesiapa yang berpuasa kemudian bersedekah dan bangun untuk solat malam, Allah menjanjikan syurga untuknya. 
 
Ini berdasarkan sebuah hadis:

Rasulullah SAW bersabda:

إن في الجنة غرفا يرى ظاهرها من باطنها وباطنها من ظاهرها أعدها الله لمن ألان الكلام وأطعم الطعام وتابع الصيام وصلى بالليل والناس نيام

“Sesungguhnya di syurga terdapat ruangan-ruangan yang bahagian luarnya dapat dilihat dari dalam dan bahagian dalamnya dapat dilihat dari luar. 
 
Allah menganugerahkannya kepada orang yang berkata baik, bersedekah makanan, berpuasa, dan solat dikala kebanyakan manusia tidur.” 


(HR. At Tirmidzi no. 1984, Ibnu Hibban di Al Majruhin 1/317, dihasankan Ibnu Hajar Al Asqalani di Hidayatur Ruwah, 2/47, dihasankan Al Albani di Shahih At Targhib, 946)
 

3. Mendekatkan Diri Kepada Allah
Dengan memperbanyakkan sedekah kita dapat mendekatkan diri kepada Allah. 
 
Secara tidak langsung, ia menanamkan sifat tawaduk, rendah hati dan sedar diri bahawa apa yang kita miliki bukan hak kita sepenuhnya. 
 
Dan, apa yang kita dapati hari ini adalah hasil daripada pertolongan Allah bukan usaha kita semata-mata. 

4. Mendapat Naungan Di Hari Akhirat
 
Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW menceritakan tentang 7 jenis manusia yang mendapat naungan dI hari yang ketika itu tidak ada naungan lain selain dari Allah, iaitu hari akhirat.
 
 
Salah satu jenis manusia yang mendapatkannya adalah:

رجل تصدق بصدقة فأخفاها، حتى لا تعلم شماله ما تنفق يمينه

“Seorang yang bersedekah dengan tangan kanannya, ia menyembunyikan amalnya itu sampai-sampai tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya.” 

(HR. Bukhari no. 1421)
 

5. Diberikan Kelapangan Hati
 
Sesiapa yang memberikan sedekah dengan ikhlas dan tanpa mengharapkan balas pasti akan mendapat ketenangan dan kelapangan hati. 
 
Selain itu, sedekah juga membuka pintu keberkatan dan pintu rezeki. Rezeki bukan sahaja dalam bentuk material, namun kelapangan hati juga salah satu rezeki yang tidak ternilai. 


1. Rasulullah Menggandakan Amalan Sedekah Pada Bulan Ramadan
 
Hadis riwayat al-Imam al-Bukhari Rahimahullah, daripada Ibn ‘Abbas R.Anhuma:

كَانَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم أَجْوَدَ النَّاسِ، وَأَجْوَدُ مَا يَكُونُ فِي رَمَضَانَ، حِينَ يَلْقَاهُ جِبْرِيلُ، وَكَانَ جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلاَمُ يَلْقَاهُ فِي كُلِّ لَيْلَةٍ مِنْ رَمَضَانَ، فَيُدَارِسُهُ الْقُرْآنَ فَلَرَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم أَجْوَدُ بِالْخَيْرِ مِنَ الرِّيحِ الْمُرْسَلَةِ‏

Maksudnya: 
 
Adalah Nabi ﷺ seorang yang paling pemurah dan menjadi lebih pemurah pada bulan Ramadhan ketika Jibril AS bertemu dengannya. 
 
Adalah Jibril AS bertemu dengan Nabi ﷺ pada setiap malam pada bulan Ramadhan untuk mengulangkaji Al-Quran dan kemudiannya Rasulullah ﷺ menjadi lebih pemurah daripada hembusan angin yang pantas.

Riwayat Al-Bukhari (3554)
 

2. Sedekah Lebih Afdhal Pada Bulan Ramadan
 
Hadis riwayat Anas RA menyebutkan:
 

سُئِلَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم أَىُّ الصَّوْمِ أَفْضَلُ بَعْدَ رَمَضَانَ فَقَالَ: ‏‏ شَعْبَانُ لِتَعْظِيمِ رَمَضَانَ ‏.‏ قِيلَ فَأَىُّ الصَّدَقَةِ أَفْضَلُ قَالَ: ‏ صَدَقَةٌ فِي رَمَضَانَ ‏

Maksudnya: 
 
Ditanyakan Nabi ﷺ puasa apakah yang terbaik selepas Ramadhan?.
 
 Jawab Nabi ﷺ: 
 
Puasa di bulan Sya’ban untuk mengagungkan Ramadhan. 
 
Ditanya lagi sedekah apakah yang paling afdhal. 
 
Jawab Nabi ﷺ: 
 
Sedekah di bulan Ramadhan.
 

Riwayat Al-Tirmizi (663) dan al-Imam al-Tirmizi mengatakan hadith ini gharib.
 

3. Memberi Makan Orang Berbuka Puasa
 
Keutamaan Sedekah & Hadis Sahih Kelebihan Bersedekah Bulan Ramadan
 
Hadis Rasulullah ﷺ yang mana Baginda telah bersabda:
 

مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ غَيْرَ أَنَّهُ لاَ يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ الصَّائِمِ شَيْئًا

Maksudnya: 
 
Siapa yang menyediakan makanan berbuka buat orang yang berpuasa, maka dia mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu dan tidak dikurangkan sedikitpun dari pahala orang yang berpuasa itu.

Riwayat Al-Tirmizi (807) dan al-Imam al-Tirmizi mengatakan hadith ini hasan sahih
 

4. Naungan Untuk Orang Bersedekah
 
Ibn ‘Uqbah bin Amir meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda: 

Maksudnya: 
 
“Setiap orang akan berada dalam naungan sedekah yang pernah dikeluarkannya pada hari kiamat hingga nasibnya ditentukan bersama yang lainnya”
 
 (Hadis Riwayat Ahmad, Ibn Hibban dan Al-Hakim).

5. Allah Menggandakan Kebaikan (Termasuk Sedekah) Pada Bulan Ramadan
Imam Muslim meriwayatkan sebuah hadis Qudsi yang bermaksud:

“Setiap amalan manusia akan diganjarkan kebaikan semisalnya sehingga 700 kali ganda. 

Allah Azza Wa Jalla berfirman: 
 
‘Kecuali puasa, karena puasa itu untuk-Ku dan Aku yang akan membalasnya.’” 

(Hadis Riwayat Muslim)



Rasulullah SAW bersabda:

"Sesungguhnya sedekahnya orang muslim itu dapat menambah umurnya dan mencegah kematian yang buruk (su'ul khotimah) dan Allah pula akan menghilangkan darinya sifat sombong, kefakiran dan sifat bangga pada diri sendiri." (HR. Thabrani)


Sedekah kepada Keluarga (Istri dan Anak)
 
Bersedekah kepada keluarganya termasuk sedekah yang paling utama. Disebutkan dalam sebuah hadits Imam Muslim..
 Rasulullah SAW menjelaskan:

"Ada empat macam dinar (harta dan penggunaannya). Satu dinar engkau berikan kepada orang miskin, satu dinar engkau belanjakan untuk membebaskan hamba sahaya, satu dinar engkau infakkan di jalan Allah, dan satu dinar lagi engkau nafkahkan kepada keluargamu. Yang paling utama dari keempatnya adalah dinar yang engkau nafkahkan untuk keluargamu." (HR. Muslim).

No comments:

KELEBIHAN SURAH AL FATIHAH..

Doa Penyembuh:    Sunat membaca kepada orang yang sakit dengan al-Fatihah berdasarkan hadith Nabi SAW:   وَمَا أَدْرَاكَ أَنَّهَ...