Tuesday, October 29, 2024

3 FARDHU AIN WAJIB TAHU ..

 



Ilmu Fardhu Ain Terbahagi Kepada 3 Yang Diwajibkan Atas Semua Umat Islam!


1. Ilmu Akidah/Tauhid/Usuluddin


Maksud Akidah adalah pengangan, keyakinan ataupun iktikad seorang islam yang mengaku beriman dan mukallaf. 
 
Ilmu Akidah juga membahaskan tentang sifat-sifat Allah dan sifat-sifat Nabi dan ia membicarakan tentang pegangan kepercayaan umat islam.

2. Feqah

Ilmu Fekah pula terbahagi kepada 4 iaitu:

Ibadah, seperti solat, haji, zakat dan lain-lain

Muamalat seperti mengenai ekonomi, hukum jual beli serta riba dan lain-lain

Jinayah seperti hukum hudud, qisas, ta’zir dan lain-lain

Munakahat iaitu mengenai rumahtangga dan perkahwinan.

3. Tassawuf


Ilmu Tassawuf pula terbahagi kepada 4 iaitu:

Kewajipan Hati seperti Redha, Ikhlas dan lain-lain

Maksiat Anggota Badan seperti yang dilakukan oleh tangan, kaki, mata, mulut, telinga dan lain-lain

Taubat/Rukun Taubat
Maksiat Hati seperti riya’, ujub, takkabur dan lain-lain

Maka kesemua di atas ini adalah ilmu yang paling WAJIB untuk dipelajari oleh setiap individu islam yang mukallaf.
 
 Sama-sama kita perbaiki kehidupan agar menjadi insan yang lebih berilmu untuk mengumpul saham akhirat sebelum pulang ke tempat yang kekal abadi.

 WALLAHU 'ALAM

No comments:

pembuka rezeki SURAH ALI IMRAN 26 DAN 27 ..

Surah Ali 'Imran ayat 26 dan 27 sering diamalkan sebagai doa pembuka rezeki dan pelunas hutang.  Ayat ini menekankan kekuasaan mutlak Al...