Monday, October 21, 2024

RIZQ ..REZEKI


8 Jenis Rezeki Yang Dijamin & Disebut Dalam Al-Qur’an

 

1. Rezeki yang telah dijamin

Dalam surah Hud ayat ke 6 , 
 
Allah Ta’ala telah berfirman :
 
” Tidak ada satu makhluk melata pun yang bergerak di atas bumi ini yang tidak dijamin Allah rezekinya” 
 

2. Rezeki Kerana Usaha

Dalam surah An-Najm ayat 39, 
 
Allah Ta’ala telah berfirman :
 
Tidaklah manusia mendapatkan apa-apa kecuali apa yang dikerjakannya”
 

3. Rezeki Kerana Bersyukur

Dalam surah Ibrahim ayat 7, 
 
Allah Ta’ala telah berfirman :
 
“Sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu”
 

4. Rezeki Tidak Terduga

Dalam surah At-Thalaq ayat 2-3,
 
 Allah Ta’ala telah berfirman :
 
“Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya”
 

5. Rezeki Kerana Istighfar

Dalam surah Nuh ayat 10 -11, 
 
Allah Ta’ala telah berfirman :
 
” Beristighfarlah kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, pasti Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan memperbanyakkan harta”
 

6. Rezeki Kerana Bernikah

Dalam Surah An-Nur ayat 32, 
 
Allah Ta’ala telah berfirman :
 
” Dan nikahilah orang-orang yang masih membujang di antara kamu, dan juga orang-orang yang layak dari hamba sahayamu baik laki-laki dan perempuan.
 Jika mereka miskin, maka Allah akan memberikan kecukupan kepada mereka dengan kurniaNYA”
 

7. Rezeki Kerana Anak

Dalam surah Al-Israa’ ayat 31, 
 
Allah Ta’ala telah berfirman :
“Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takut miskin. Kamilah yang akan menanggung rezeki mereka dan juga rezeki bagi mu”
 

8. Rezeki Kerana Sedekah

Dalam surah Al-Baqarah ayat 245, 
 
Allah Ta’ala telah berfirman :
 
Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (infak & sedekah), 
maka Allah akan melipatgandakan pembayaran kepadanya dengan lipatan yang banyak.”
 
https://ypiaman.org/8-jenis-rezeki-yang-dijamin-disebut-dalam-al-quran/






JENIS REZEKI
 
1. Rezeki MADMUM (yg dijamin): iaitu rezeki yang dijamin oleh Allah akan makan dan minum setiap makhluknya.
 
2. Rezeki MAMLUK (yg dimiliki): iaitu rezeki yg telah dimiliki oleh kita. 
 
 
3. Rezeki MAQSUM (yg dibahagi): iaitu rezeki yg telah dibahagi-bahagi kpd semua manusia baik dia musyrik atau Muslim sampai akhir hayat menurut kehendakNya.
 
4. Rezeki MAU'UD (yg dijanjikan): iaitu rezeki yg dijanjikan dan boleh jadi belum sampai kpd kita.
 
 Sesiapa yg tinggi tawakalnya pd Allah, lalu Allah kurniakannya rezeki yg tak disangka-sangka.. dan rezeki paling besar iaitu Syurga bagi hambaNya yg bertaqwa...





No comments:

pembuka rezeki SURAH ALI IMRAN 26 DAN 27 ..

Surah Ali 'Imran ayat 26 dan 27 sering diamalkan sebagai doa pembuka rezeki dan pelunas hutang.  Ayat ini menekankan kekuasaan mutlak Al...