Thursday, November 14, 2024

DOA REZEKI YANG HALAL DAN CUKUP ..

 


Imam Nawawi rahimahullah menyebut: 

Yang dikehendaki dengan maksud hutang adalah kewajiban pada Allah SWT dan kewajiban terhadap hamba seluruhnya, ianya merangkumi segala macam jenis kewajiban.” 

 

(Lihat: Abu Zakaria Muhyiddin Yahya bin Syarf al-Nawawi. Syarh al-Nawawi ‘ala Muslim. juz. 17. hlm. 36). Beirut. Dar Ihya’ al-Turath al-‘Arabi.

 

  • Hadis Ali RA. Daripada Ali RA, bahawa seorang hamba mukatab telah datang menemuinya dan berkata: 
 
“Sesungguhnya aku tidak mampu untuk melangsaikan hutang perjanjian dengan tuan aku (perjanjian kitabah iaitu antara hamba dengan tuannya untuk pembebasan dirinya), 
 
maka tolonglah aku! 
 
Maka Saidina Ali RA berkata: 
 
“Mahukah kamu aku ajarkan kepadamu doa yang telah Rasulullah SAW ajarkan kepada mereka.
 
 (Iaitu) Jika kamu dibebani hutang yang setinggi bukit, 
 
Allah akan selesaikanya untuk kamu? 
 
Saidina Ali berkata:
 
 “Katakanlah:
 
اللَّهُمَّ اكْفِنِى بِحَلاَلِكَ عَنْ حَرَامِكَ وَأَغْنِنِى بِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاكَ

 

Ya Allah!

 Cukupkanlah aku dengan dengan yang halal dan jauhkanlah aku daripada yang haram, dan cukupkanlah aku dengan kurniaan-Mu daripada bergantung kepada selain-Mu.”

 

Riwayat al-Tirmizi. Hadis hasan sahih
 
WALLAHU 'ALAM ..
 
 
 https://www.muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-al-hadith/896-irsyad-al-hadith-siri-ke-180-doa-doa-untuk-melangsaikan-hutang


No comments:

pembuka rezeki SURAH ALI IMRAN 26 DAN 27 ..

Surah Ali 'Imran ayat 26 dan 27 sering diamalkan sebagai doa pembuka rezeki dan pelunas hutang.  Ayat ini menekankan kekuasaan mutlak Al...