Monday, November 4, 2024

SURAH AL IKHLAS - QULHU ..

 


Khasiat Surah Al-Ikhlas

Hadis-hadis di atas menunjukkan betapa agungnya Surah Al-Ikhlas, kerana di dalam Surah Al-Ikhlas ini sepenuhnya menegaskan 

‘Kemurnian’ atas ‘Keesaan’ Allah SWT.

 

Adapun khasiat-khasiat yang terkandung di dalamnya banyak sekali, di antaranya:

.

1.  Tercapai Setiap Hajat

Bacalah Surah Al-Ikhlaṣ  1,000 kali selepas solat Subuh dan Maghrib, berdoalah minta apa yang dihajati, Allah akan mengabulkan semua yang dimaksudkan.

 .

2.  Penawar Penyakit

Apabila kita membaca Surah Al-Ikhlas 3 X selepas setiap solat fardu, kita mengubati diri kita sendiri. 

Daripada Abu Hurairah;

Rasulullah SAW bersabda:  

 

“Surah Al Ikhlas adalah penawar segala penyakit (Rohani / Jasmani).”  

 

(HR: Ibnu Majah r.a.)

 .

3.  Menghindari Kesukaran

 

 a. Jika dibaca 3 surah ini – 

Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas pagi dan petang, 

nescaya tidak mengalami apa-apa kesusahan.

 

 b. Bacalah Surah Al-Ikhlas 3 X sebelum terbit matahari dan 3 X selepas terbenam matahari. 

 

Allah selamatkan dari segala kejahatan.

 

WALLAHU 'ALAM ..


No comments:

pembuka rezeki SURAH ALI IMRAN 26 DAN 27 ..

Surah Ali 'Imran ayat 26 dan 27 sering diamalkan sebagai doa pembuka rezeki dan pelunas hutang.  Ayat ini menekankan kekuasaan mutlak Al...