Jaminan Keselamatan
Orang yang mengamalkan membaca kalimah hauqalah juga akan sentiasa mendapat perlindungan Allah. Bukankah Baginda s.a.w. ada bersabda,
“Barang siapa yang menyebut hauqalah, maka Allah akan menyahutnya dengan kata “hamba-Ku akan selamat dan akan diselamatkan.”
Apabila seorang hamba menyebut
“Laa ilaaha illallah, wallahu akbar”
ia membawa maksud dia percaya dengan hatinya tidak ada tuhan melainkan Aku (Allah) dan Akulah yang paling besar. Apabila dia menyebut
“Laa ilaaha illallahu wahdah” ia bermaksud seorang hamba itu hanya satu sahaja yang disembah iaitu Allah S.W.T.
Manakala untuk lafaz
“Laa ilaaha illallahu wahdahu la syarikalah”
bermakna hanya Aku sahaja yang disembah tidak ada tuhan yang lain.
Kemudian apabila menyebut
“Laa ilaaha illallah, lahul mulku walahul hamdu lillah”
ia bermakna hanya Aku sahaja yang mampu memiliki dan dipuji.
Tetapi apabila seorang hamba membaca
“Laa ilaaha illallah,
wala haula wala quwwata illah billah”
ia memberi penjelasan dan maksud yang ketara bahawa hamba-Ku mengakui Akulah Tuhan yang disembah dan Akulah sahaja yang mampu menggerakkan mana-mana perbuatan.
Abu Said al-Khudri mengatakan, Baginda s.a.w. menyebutkan antara amalan-amalan yang baik dan kekal hingga syurga iaitu, bertakbir, bertahlil, bertasbih, bertahmid dan hauqalah.
Begitu juga hadis susunan Abu Daud, dan an-Nasai mengatakan,
“Telah datang seorang lelaki bertemu Baginda s.a.w. mengadukan halnya,
“Ya Rasulullah aku ini tidak pandai belajar dan membaca al-Quran, jadi ajarkan aku sesuatu, apakah amalan yang boleh mendatangkan pahala.”
Jawab Baginda s.a.w.
“Bacalah tasbih, tahmid, walaa ilaa ha illallah, takbir dan hauqalah.”
Justeru itu banyakkanlah zikir walau di mana jua berada, kerana ia merupakan sekecil-kecil ibadah tetapi mempunyai sebesar-besar ganjaran.
Wallahu a’lam
No comments:
Post a Comment