Saturday, March 22, 2025

SOLAT SUNAT RAWATIB 12 RAKAAT ..

 

Barang siapa yang menjaga 
12 rakaat solat sunat dalam sehari semalam, 
maka Allah akan membangunkan untuknya sebuah rumah di syurga, iaitu : 
 
4 rakaat sebelum zuhur, 
2 rakaat selepas zuhur,
 2 rakaat selepas maghrib, 
2 rakaat selepas isyak, dan 
2 rakaat sebelum subuh."
 
 (Hadis Riwayat Al-Tirmizi)
 

NIAT & CARA SOLAT SUNAT RAWATIB (Ba’diyyah & Qabliyyah)

 

Sebaik sahaja masuknya waktu solat fardu, maka solat sunat rawatib boleh dilaksanakan dan berterusan waktunya sehingga habis waktu solat fardu.

Pembahagian Solat Rawatib adalah seperti berikut:


Solat sunat Qabliyyah (solat sunat sebelum solat fardu)
 
Solat sunat Ba’diyyah (solat sunat selepas solat fardu)
 

Sunat Rawatib ini boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja, termasuk golongan musafir yang mendirikan solat fardu secara qasar. 

 

Sunat Rawatib tidak didahului dengan azan ataupun iqamah.

 

Sunat Rawatib ini juga didirikan secara bersendirian, dan tidak didirikan secara berjemaah.

 

Waktu Solat Sunat Rawatib

Waktu mengerjakan Solat Sunat Rawatib (Qabliyyah) dikerjakan selepas azan (masuk waktu) solat fardu dan dilakukan sebelum iqamah jika bersolat di masjid.

 

 Jika ia dilakukan di rumah, ia tidak terikat dengan waktu antara azan dan iqamah.

 

Solat Sunat Rawatib (Ba’diyyah) dilakukan setelah kita selesai mengerjakan solat fardu.

 

Ringkasan cara mengerjakan Solat Sunat Rawatib

 
Niat Solat Sunat Rawatib:
 
Mulakan solat dengan Takbiratul Ihram sambil niat dalam hati: 
 
“Sahaja aku solat sunat [waktu tertentu] dua rakaat kerana Allah Taala”.
 
 Gantikan [waktu tertentu] dengan waktu solat fardu yang sesuai (contoh: Subuh, Zohor, Asar, Maghrib, atau Isyak).
 
Bacaan dalam Solat:
 
 Bacalah Surah al-Fatihah diikuti dengan surah atau ayat pilihan.
 
Rukuk dan Sujud:
 
 Lakukan rukuk, kemudian sujud dua kali dengan menjaga tuma’ninah (ketenangan) dalam setiap gerakan.
 
Rakaat Kedua:
 
 Bangun untuk rakaat kedua dengan membaca Takbir. Ulangi bacaan Surah al-Fatihah dan surah pilihan. Kemudian, lakukan lagi rukuk dan sujud.
 
Tahiyyat Akhir dan Salam: 
 
Setelah selesai rakaat kedua, duduk untuk Tahiyyat Akhir dan akhiri solat dengan memberi salam.
 
Solat Sunat Tambahan:
 
 Jika ingin mengerjakan solat sunat lebih dari dua rakaat, bangun untuk menambah rakaat dengan niat yang sama.

 

Niat Solat Sunat Qabliyah Subuh

Solat rawatib di waktu fardu subuh dikerjakan sesudah azan subuh (sebelum iqamat) sebanyak dua rakaat.

Caranya sama sebagaimana solat sunat dua rakaat yang lain.

 

Lafaz niatnya:

 

qabliyyah subuh

  

 Usolli Sunnatas-Subhi Rak’ataini Qabliyyatan Lillahi Ta’ala  

 

Sahaja aku solat sunat sebelum Subuh dua rakaat kerana Allah Taala.

Tidak ada solat rawatib selepas fardu Subuh.

 
 

Niat Solat Sunat Qabliyah Zohor

Cara melakukan solat sunat rawatib Qabliyyah di waktu fardu Zohor ialah sesudah azan Zohor dan sebelum iqamat.

 

Kerjakan sunat rawatib Zohor yang sunat muakkad dahulu.

 

Lafaz niatnya adalah:

 

qabliyyah zohor

  Usolli Sunnataz-Zuhri Rak’ataini Qabliyyatan Lillahi Ta’ala  

Sahaja aku solat sunat sebelum Zohor dua rakaat kerana Allah Taala

 

Kerjakan solat sunat ini sebagaimana solat sunat dua rakaat yang lain.

Selepas salam, sekiranya berkeinginan atau masih mempunyai masa (iqamat belum dilaungkan), terus berdiri untuk mengerjakannya dua rakaat sunat rawatib sebelum zohor yang bukan muakkad.

 

Niat dan cara mengerjakannya adalah sama sebagaimana solat rawatib sebelum Zohor yang muakkad.

 

Selesai solat sunat, barulah dikerjakan solat fardu Zohor.

 

Niat Solat Sunat Ba’diyah Zohor

Sesudah selesai solat fardu Zohor dan sesudah bacaan wirid dan doa, kita berdiri lagi untuk mengerjakan solat sunat rawatib Ba’diyyah 

selepas fardu Zohor yang sunat muakkad.

 

Lafaz niatnya:

 

ba'diyyah zohor 
 

  Usolli Sunnataz-Zuhri Rak’ataini Ba’diyyatan Lillahi Ta’ala  

Sahaja aku solat sunat selepas Zohor dua rakaat kerana Allah Taala

 

Cara mengerjakannya sama sebagaimana solat sunat dua rakaat yang lain.

 

Selepas salam, sekiranya kita mahu menambah amal, bolehlah dikerjakan solat sunat rawatib selepas Zohor yang sunat bukan muakkad.

 

Niat dan caranya sama seperti solat rawatib selepas Zohor yang sunat muakkad.

 

Niat Solat Sunat Qabliyah Asar

Cara melakukan sunat rawatib di waktu asar fardu asar ialah sesudah azan asar dan sebelum iqamat.

Kerjakan sunat rawatib Asar sebanyak dua rakaat.

Lafaz niatnya:

qabliyah Asar

  

 Usolli Sunnatal ‘Asri Rak’ataini Qabliyyatan Lillahi Ta’ala  

Sahaja aku solat sunat sebelum Asar dua rakaat kerana Allah Taala

Kerjakanlah solat sunat ini sebagaimana solat sunat dua rakaat yang lain.

Selepas salam, sekiranya berkeinginan atau masih mempunyai masa (iqamat belum dilaungkan), terus berdiri untuk mengerjakan sekali lagi sunat rawatib sebelum Asar.

Lafaz niat dan caranya sama sebagaimana sebelumnya.

 

Tidak ada solat rawatib selepas solat fardu Asar.


Solat Sunat MAGHRIB

Niat Solat Sunat Qabliyah Maghrib

Cara melakukan sunat rawatib di waktu fardu Maghrib ialah sesudah azan Maghrib dan sebelum iqamat.

 

Kerjakan sunat rawatib Qabliyyah Maghrib 

sebanyak dua rakaat.

Lafaz niat:

qabliyyah maghrib

  Usolli Sunnatal Maghribi Rak’ataini Qabliyyatan Lillahi Ta’ala  

Maksudnya:

Sahaja aku solat sunat sebelum Maghrib dua rakaat kerana Allah Taala.

Kerjakan solat sunat ini sebagaimana solat sunat dua rakaat yang lain.

Niat Solat Sunat Ba’diyah Maghrib

Selepas solat fardu Maghrib dan sesudah bacaan wirid dan doa, kerjakan solat rawatib Ba’diyyah selepas fardu Maghrib.

Caranya sama sebagaimana sunat dua rakaat yang lain.

 

Lafaz niatnya ialah:

 

ba'diyyah maghrib

  Usolli Sunnatal Maghribi Rak’ataini Ba’diyyatan Lillahi Ta’ala  

Maksudnya:

Sahaja aku solat sunat selepas Maghrib dua rakaat kerana Allah Taala.

 

 

Niat Solat Sunat Qabliyah Isyak

Cara melakukan solat sunat rawatib di waktu fardu Isyak ialah sesudah azan Isyak dan sebelum iqamat.

Kerjakan sunat rawatib Qabliyyah Isyak sebanyak dua rakaat.

Lafaz niatnya:

Qobliyyah Isyak

  Usolli Sunnatal Isyak’i Rak’ataini Qabliyyatan Lillahi Ta’ala  

Maksudnya:

Sahaja aku solat sunat sebelum Isyak dua rakaat kerana Allah Taala.

Kerjakanlah solat sunat ini sebagaimana solat sunat dua rakaat yang lain.

 

Niat Solat Sunat Ba’diyah Isyak

Selepas solat fardu Isyak dan sesudah bacaan wirid dan doa, kerjakanlah solat rawatib Ba’diyyah selepas fardu Isyak.

Caranya sama sebagaimana sunat dua rakaat yang lain.

Lafaznya adalah:

 

ba'diyyah isyak

 

  Usolli Sunnatal Isyak’i Rak’ataini Ba’diyyatan Lillahi Ta’ala  

Maksudnya:

Sahaja aku solat sunat selepas Isyak dua rakaat kerana Allah Taala.

 

 https://akuislam.com/blog/ibadah/solat-sunat-rawatib/

 

 

WALLAHU A'LAM ..

 

 

No comments:

ZIKIR virtues of A MILLION GOOD DEEDS ..

Hadis Berkaitan Daripada hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn ‘Umar R.Anhuma beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabd...