Saturday, March 1, 2025

NIAT PUASA RAMADAN ..


 

Dalam ibadah puasa, niat memainkan peranan yang sangat besar. Ini berdasarkan hadisRasulullah SAW:

“Barang siapa yang tidak berniat puasa sebelum fajar, maka tiada puasa baginya.”

 

(Hadis Riwayat Abu Dawud, Tirmidzi, An-Nasa’i, dan Ibnu Majah – Sahih)

Hadis ini menjadi dalil utama bagi mazhab Syafi‘e yang mensyaratkan niat pada setiap malam sebelum Subuh agar puasa keesokan harinya menjadi sah. 

Ini bermaksud, jika seseorang terlupa berniat sebelum masuk waktu Subuh, puasanya tidak sah dan perlu diqadha (diganti) selepas Ramadan.

 

 

Niat harian bermaksud seseorang perlu berniat setiap malam sebelum waktu Subuh bagi setiap hari puasa Ramadan. Ini adalah pendapat yang lebih kuat dalam Mazhab Syafie.

Lafaz yang boleh digunakan setiap malam sebelum masuk waktu Subuh adalah seperti berikut:

 

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ شَهْرِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى

 

Nawaitu Sauma Ghadin ‘An Adā’i Fardi Syahri Ramadhāna Hadzihis-sanati Lillāhi Ta‘ālā.

 

“Aku berniat untuk berpuasa esok hari bagi menunaikan fardu Ramadan tahun ini kerana Allah Ta‘ala.”

 

 

Niat puasa sebulan bermaksud melafazkan niat pada malam pertama Ramadan bagi keseluruhan bulan Ramadan tanpa perlu memperbaharui niat setiap malam.

Kaedah ini dikatakan memudahkan bagi mereka yang mungkin terlupa berniat setiap malam.

 

Lafaznya adalah seperti berikut pada malam pertama Ramadan:

 

نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كُلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى

 

Nawaitu Sauma Syahri Ramadhāna Kullihi Lillāhi Ta‘ālā.

 

“Aku berniat berpuasa sepanjang bulan Ramadan kerana Allah Ta‘ala.”

 

WALLAHU A'LAM ..

 

No comments:

TAKBIR RAYA ..

DALIL DISUNATKAN TAKBIR Firman Allah Taala : وَلِتُكْمِلُواْ ٱلْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُواْ ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّك...