Keutamaan Dan Kelebihan Surah Al-Kafirun
Terdapat banyak hadis yang menjelaskan tentang fadhilat dan faedahnya surat ini,
di antaranya:
Surah ini menyamai 1/4 Al-Quran.
Jika dibaca ketika naik matahari dan terbenam matahari, nescaya terpelihara dari syirik.
Jika dibaca sebanyak 10 kali ketika naik matahari,
kemudian berdoa apa-apa hajat yang dikehendaki.
InsyaAllah dikabulkan walau apa hajat sekalipun.
Jika diamalkan selalu surah ini, nescaya semua makhluk suka dan kasih kepadanya.
Terdapat banyak fadhilat atau kebaikan yang bakal kita peroleh jika kita mengamalkan
Surah 3 Qul
(Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan
Surah An-Naas) ini.
Antaranya ialah:
Mendapat ganjaran syurga
Ia mampu menjadi pelindung / pendinding diri daripada gangguan syaitan.
Dengan izin Allah ia mampu menyembuhkan segala penyakit zahir dan batin.
Segala keperluan hidupnya akan dicukupkan dan sempurna.
Terpelihara daripada segala keburukan dan kemudaratan.
Memperoleh pahala sunnah apabila diwiridkan selepas solat fardhu.
WALLAHU A'LAM ..
No comments:
Post a Comment