Monday, July 21, 2025

AR RAHMAN DAN AR RAHIM ..

 
 
 
 
 
Imam Ibn Kathir membawakan beberapa dalil menunjukkan hal ini:
 
 } ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ الرَّحْمَنُ} [الفرقان: 59] وقال: { الرَّحْمَنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى } [طه: 5] فذكر الاستواء باسمه الرحمن ليعم جميع خلقه برحمته 
 
 
Kemudian Al-Rahman itu beristiwa di atas Arsy [al-Furqan : 59], dalam ayat lain Allah menyebutkan:
 
 Al-Rahman berada di atas Arsy [Toha : 5].
 
 Perkataan Istiwa disebutkan bersama namaNya al-Rahman menunjukkan rahmatnya umum untuk semua makhluk. 
 
Manakala untuk al-Rahim pula dalilnya seperti berikut;
 
 } وَكَانَ بِالْمُؤْمِنِينَ رَحِيمًا } [الأحزاب: 43] فخصهم باسمه الرحيم
 
 Dia (iaitu Allah) adalah Maha Pemberi Rahmat kepada orang-orang beriman [Al-Ahzab : 
 
43]. Orang beriman dikhususkan pula dengan namaNya al-Rahim.
 
 Antara beza ar-Rahman dan ar-Rahim ialah ar-Rahman adalah nama yang sangat khusus untuk Allah sahaja, seorang manusia hanya boleh memakai nama ar-Rahman dengan diletakkan Abdul Rahman yang bermaksud hamba kepada ar-Rahman. 
 
Manakala nama Allah, Rahim boleh diberikan kepada manusia tanpa perlu menggunakan perkataan Abdul.
 
Apakah kesan beriman dengan nama Allah Ar-Rahman dan Ar-Rahim? 
 
Antara kesan yang akan kita perolehi apabila mengimani nama ar-Rahman dan ar-Rahim ialah kita akan sentiasa berdoa kepada Allah.
 
 Imam Ibn Kathir menukilkan kata-kata ‘Abdullah bin al-Mubarak dalam hal ini:
 
 وقال ابن المبارك: الرحمن إذا سئل أعطى، والرحيم إذا لم يسأل يغضب 
 
Ar-Rahman; apabila diminta Dia Memberi.
 
 Ar-Rahim; apabila Dia tidak diminta, Dia akan Murka.
 
 Ini selari dengan sepotong hadis;
 
 عَنْ أَبِي صَالِحٍ الْخُوزِيِّ ، قَالَ : سَمِعْتُ أَبَا هُرَيْرَةَ ، يَقُولُ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " مَنْ لَمْ يَسْأَلْهُ يَغْضَبْ عَلَيْهِ " 
 
 Abu Hurairah radiallahu ‘anhu berkata:
 
 Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: 
 
Sesiapa yang tidak meminta kepada Allah, Dia Murka kepadanya. 
 
[Riwayat Imam al-Bukhari dalam Al-Adab Al-Mufrad, hadis no: 655, Shaikh al-Albani mensahihkannya] 
 
WALLAHU A'LAM ..

No comments:

HEALING WATER WITH ZIKIR ..

In the Name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful.     My dear brothers and sisters, by the oath of the Lord of the Kaaba, today I ...