Firman Allah
dalam Surah al-Zumar, ayat 10:
"Sesungguhnya orang- orang yang bersabar akan diberi ganjaran tanpa hisab. "
Ayat ini menunjukkan betapa besar ganjaran bagi mereka yang tabah dan sabar dalam menempuh segala dugaan hidup.
Berdasarkan soalan di atas, kami ingin datangkan sebuah hadith sahih yang diceritakan oleh Rasulullah SAW berkenaan umat terdahulu yang diazab kerana mereka memilih untuk beriman kepada Allah SWT.
Di dalam al-Qur’an terdapat banyak ayat yang menceritakan berkaitan sabar.
Antaranya:
وَاصْبِرْ نَفْسَكَ مَعَ الَّذِينَ يَدْعُونَ رَبَّهُم بِالْغَدَاةِ وَالْعَشِيِّ يُرِيدُونَ وَجْهَهُ ۖ وَلَا تَعْدُ عَيْنَاكَ عَنْهُمْ تُرِيدُ زِينَةَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا ۖ وَلَا تُطِعْ مَنْ أَغْفَلْنَا قَلْبَهُ عَن ذِكْرِنَا وَاتَّبَعَ هَوَاهُ وَكَانَ أَمْرُهُ فُرُطًا
Maksudnya:
“Dan bersabarlah kamu dengan orang-orang yang menyeru kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang yang mana mereka mengharapkan keredhaan Allah SWT semata-mata dan janganlah kamu memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana kamu mahukan kesenangan hidup di dunia.
Dan janganlah kamu taat kepada orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi peringatan Kami di dalam al-Qur’an serta menurut hawa nafsunya.
Di samping tingkah-lakunya pula melampaui kebenaran”.
[al-Kahfi:28]
No comments:
Post a Comment