Monday, July 7, 2025

ASMAULHUSNA AL BAARI' ..

 



 بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

12.
 Al Baari
The Maker

Yang Maha Pembuat /
Yang Menerbitkan Makhluk / Maha Menjadikan –  
 
Ia menjadikan segala-galanya, iaitu mengadakan sesuatu yang bernyawa yang ada asal mulanya.



Fadhilat Al-
Baari


Sekiranya dibaca ‘Ya Baarii’ sebanyak 100 X selama 7 hari
berturut-turut, ketika berada di dalam kesukaran atau sedang sakit; Insya’Allah akan terlepas dari kesukaran & sembuh dari penyakit tersebut.


Jika perempuan mandul berpuasa 7 hari dan ketika berbuka membaca “Al-Baariul Mushawwiru” sebanyak 21 X. Insya’Allah dikurniakan anak lelaki.


Sesiapa yang berzikir ‘Ya Baari’ pada siang hari sebanyak 100 X, Insya’Allah ia akan selamat dari kebinasaan dan tidak akan merasa takut ia di dalam kubur.


Sesiapa yang membaca ‘Ya Baari’ sebanyak 100 X, selama 7 malam berturut-turut, Insya’Allah akan disembuhkan segala penyakit yang dihidapinya.


والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

 
 WALLAHU A'LAM ..


No comments: