Thursday, February 19, 2026

SELAWAT MUNJIYAT ..


Bacaan selawat munjiyat


اَللهم صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلَاةً تُنْجِيْنَا بِهَا مِنْ جَمِيْعِ الْأَهْوَالِ وَالْآفَاتِ، وَتَقْضِيْ لَنَا بِهَا جَمِيْعَ الْحَاجَاتِ وَتُطَهِّرُنَا بِهَا مِنْ جَمِيْعِ السَّيِّئَاتِ، وَتَرْفَعُنَا بِهَا عِنْدَكَ أَعْلَى الدَّرَجَاتِ، وَتُبَلِّغُنَا بِهَا أَقْصَى الْغَايَاتِ مِنْ جَمِيْعِ الْخَيْرَاتِ فِيْ الْحَيَاةِ وَبَعْدَ الْمَمَاتِ

Allahuma sholli ‘Ala syayyidina Muhammadin Sholatan Tunjina Biha Min Jami’il Ahwali Wal Afat, Wataqdilana Biha Jami’il Hajat,
Watutohhiruna Biha Min Jami’is Syayyiat, Watarfa’una Biha ‘Indaka A’lad Darojat, Watuballi ghuna Biha Asyqshol Ghoyat Min Jami’il Khoiroti Fil Hayati Waba’dal Mamat.


“Ya Allah selawatkanlah ke atas penghulu kami Nabi Muhammad dan atas keluarga penghulu kami Nabi Muhammad akan sebagai selawat yang melepaskan kami dengannya dari segala keadaan huru hara dan kebinasaan
dan menunaikan bagi kami dengannya segala hajat

 dan membersihkan akan kami dengannya dari sekelian kesalahan

 dan mengankat akan kami dengannya di sisi Mu setinggi-tinggi darjat

dan menyampaikan akan kami dengannya segala tujuan dari sekelian kebaikkan ketika hidup dan selepas kematian.” 






Selawat Munjiyat diiktiraf sebagai salah satu selawat yang sangat utama dan diamalkan secara meluas untuk memohon hajat, keselamatan, dan penyelesaian masalah. Ia merupakan selawat yang sangat dianjurkan untuk dibaca bagi mendapat syafaat dan kecukupan hidup. 

Keutamaan selawat ini adalah berdasarkan faedah spiritual yang besar,
 
Kelebihan Utama Selawat Munjiyat:

Diampunkan Dosa:
 Allah akan mengampunkan dosa dan mengangkat darjat pengamalnya.

Makbul Doa:
 Dipercayai membantu memakbulkan segala doa dan hajat.

Keselamatan: 
Menghindarkan daripada kesulitan dan memberi ketenangan.

Syafaat:
 Mendekatkan diri dengan Rasulullah SAW dan mendapat syafaat di akhirat. 

Ia sering diamalkan (dibaca 11, 41, atau 100 kali) untuk meringankan kesusahan dan mencapai tujuan yang baik.





WALLAHU A'LAM ..

No comments:

SELAWAT MUNJIYAT ..

Bacaan selawat munjiyat اَللهم صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلَاةً تُنْجِيْنَا بِهَا مِنْ جَمِيْعِ الْ...