Tuesday, February 3, 2026

SURAH AL FATIHAH ..





Al-Fatihah adalah Pembuka Al-Kitab yang diturunkan dari Perbendaharaan di bawah Arays dan ia merupakan ‘DOA’ yang paling mustajab.

Nabi Muhammad SAW bersabda:

 “Seutama-utama Al-Quran adalah ‘Alhamdulillahi Rabbil Alamin.’ 

(Hadis riwayat Hakim dan Baihaqi)

Jika diwiridkan dengan khusyuk dan tawaduk, fadhilatnya adalah seperti khatam Al-Quran. 

Rasulullah SAW bersabda: 

“Membaca sekali Al-Fatihah, pahalanya seperti membaca sepertiga Al-Quran.”

Rasulullah SAW juga bersabda:

 “Surah Al-Fatihah adalah untuk apa ia dimaksudkandalam bacaannya.” 

Dan “Fatihah itu pembukaan maksud bagi orang-orang mukmin.”

Diriwayatkan dari Syeikh Muhyiddin Ibnul Arabi di dalam kitab ‘Qaddasallaahusirrahu’:

“Sesiapa yang mempunyai maksud, sebaiknya ia membaca surah Al-Fatihah sebanyak 40 kali selepas solat Ba’diyah Maghrib, kemudian sampaikanlah permohonan hajatnya itu kepada Allah SWT.”


WALLAHU A'LAM ..

No comments:

SURAH AL FATIHAH ..

Al-Fatihah adalah Pembuka Al-Kitab yang diturunkan dari Perbendaharaan di bawah Arays dan ia merupakan ‘DOA’ yang paling mustajab. Nabi Muha...