Saturday, April 18, 2026

AMALAN MENGHAPUS DOSA BESAR ..



`Uthman bin `Affan radhiyallah `anh pernah mengajarkan kaedah mengambil wudhu yang paling sesuai dengan sunnah Nabi salla Allah `alaih wa sallam.


Selesai beliau menunjukkan kaedah tersebut secara praktikal, beliau memetik kata-kata baginda salla Allah `alaih wa sallam,


مَنْ تَوَضَّأَ نَحْوَ وُضُوئِي هَذَا ، ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ لَا يُحَدِّثُ فِيهِمَا نَفْسَهُ غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

Terjemahan: 

“Sesiapa yang berwudhu’ sebagaimana wudhu’ saya ini, kemudian dia mengerjakan solat dua rakaat dengan khusyuk, maka diampuni dosa-dosanya yang lepas.

 (Muslim, kitab al-Taharah, bab Sifah al-Wudhu’ wa Kamaluh) 



Kerana itu, antara nama-nama Allah ialah Al-Ghofur (Maha Pengampun).


 Firman Allah di dalam Surah Az-Zumar ayat 53:

 Katakanlah (wahai Muhammad):

 "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.



 Melazimi berwuduk


Wuduk merupakan salah satu cara bagi menghapuskan dosa. 

Ini kerana setiap titisan air yang jatuh dari anggota wuduk maka akan gugurlah dosa-dosa yang dilakukan.


Sabda Baginda Rasulullah:

 “Sukakah kamu semua kalau aku tunjukkan sesuatu amalan yang dapat melebur semua kesalahan dan dengannya dapat pula menaikkan beberapa darjat?”


 Para sahabat menjawab:

 “Ya wahai Rasulullah.”

 Baginda bersabda: 

“Ianya adalah menyempurnakan wuduk walaupun dalam keadaan sukar, banyak melangkahkan kaki untuk ke masjid dan menantikan solat sesudah melakukan solat. Itulah yang disebut ribath (jihad fisabilillah) - [HR Muslim 369].




WALLAHU A'LAM ..


No comments:

AMALAN MENGHAPUS DOSA BESAR ..

`Uthman bin `Affan radhiyallah `anh pernah mengajarkan kaedah mengambil wudhu yang paling sesuai dengan sunnah Nabi salla Allah `alaih wa sa...