بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Al-Baqi (الباقي) adalah salah satu daripada 99 Asmaul Husna yang bermaksud "Yang Maha Kekal".
Ia menegaskan bahawa hanya Allah SWT yang kekal abadi tanpa permulaan dan penghujung, manakala seluruh makhluk dan alam semesta akan binasa.
Sifat ini menunjukkan Allah tidak terikat dengan ruang dan waktu.
Makna dan Huraian Al-Baqi:
Kekal Selamanya: Allah SWT sentiasa ada dan akan terus ada selamanya, tidak terkesan oleh masa atau perubahan.
Perbezaan dengan Makhluk: Segala-galanya di dunia ini akan hancur, namun zat Allah tetap kekal.
Dalil: Dirujuk dalam al-Quran, Surah Ar-Rahman ayat 27: "Tetapi kekal Wajah Tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan".
Hikmah Mengimani Al-Baqi:
Meningkatkan Keimanan: Menyedari bahawa tempat bergantung yang hakiki hanyalah Allah yang kekal.
Tujuan Hidup: Menggalakkan umat Islam untuk melakukan amal jariah atau ilmu yang bermanfaat yang pahalanya kekal setelah meninggal dunia.
Zikir: Mengamalkan zikir "Ya Baaqiy" untuk memohon keberkatan dalam usaha dan rezeki.
Memahami Al-Baqi mengajar manusia untuk tidak terlalu mencintai dunia yang fana dan fokus kepada persediaan akhirat.
96. Al Baaqiy
The Ever Enduring And Immutable
Maha Kekal / Yang kekal –
Iaitu kekal hidupNya untuk selama-Iamanya.
Fadhilat Al Baaqiy
Amalkanlah zikir ‘Ya Baaqiy’ sebanyak mungkin tanpa mengira batas waktu,
InsyaAllah dengan ikhtiar ini semua perkerjaan yang telah menjadi punca rezeki tidak akan mudah terlepas, perniagaan tidak akan rugi atau bankrap dengan berkat zikir ini.
Sesiapa menyebut ‘Ya Baaqiy’ 100 kali sebelum solat Subuh, InsyaAllah dosanya akan diampunkan.
Untuk mengekalkan pekerjaan dan usahanya, baca asma ‘Ya Baaqiy’ ini setiap masa sebanyak mungkin, InsyaAllah pekerjaannya akan kekal, jauhi dari kerugian dan kejatuhan maruah.
Jika diamalkan zikir ‘Ya Baaqiy’ 100 X sebelum matahari terbit, InsyaAllah akan terpelihara daripada malapetaka seumur hidupnya.
Amalkanlah zikir ‘Ya Baaqiy’ sebanyak 1000 X pada malam Jumaat. InsyaAllah akan diterima amal solehnya dan terpelihara dari segala bencana.
Wallahu A’lam bishowab

No comments:
Post a Comment